Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

ape ko tengok? tak puas hati?

Perubahan mendadak berlaku pada diri ku pada hari ini. aku tidak tahu angin apa yang menyebabkan aku jadi begini. hari ini, aku naik bas menuju ke kelas. aH seperti biasa tapi hari ini aku awal ke kelas lebih kurang 2 jam. aH..rajin nye aku. di dalam bas, walaupun orang tidak ramai tapi tetap sama seperti biasa, aku punye driver bawak bas macam nak race kat track ja..aku bangga kerana 10 minit sahaja dah sampai di kolej aku.


Aku hairan, orang di kiri kanan asyik melihat aku. adakah aku terpakai bedak di muka? aH..mane pernah aku berbuat demikian...aH..tidak mungkin. aku cuba-cuba untuk melihat di cermin..walaupun samar namun cukup jelas ku lihat, tak ade pon bedak. aku tidak hiraukan pandangan orang ramai terhadap aku. aH..aku ensem kah hari ini? mungkin kot. tapi takkan la ensem sampai pakcik-pakcik dan lelaki dewasa juga turut memandang aku. oH...aku bukan geiiiiii!!!!!

Turun dari bas, ku juga mendapati keadaan yang sama berlaku. sehinggalah aku sampai ke library, tempat pertapaan aku sebelum masuk ke kelas. dan tika itu baru aku perasan mengapa orang ramai asyik memandang aku dan kadang-kadang ku lihat mereka seolah-olah membisikkan sesuatu dengan teman-teman mereka. ingin tahu apakah dan mengapa mereka memandang aku sedemikian rupa seolah-seolah mereka terpegun dengan kekacakan aku? tunggu di akhir entri yang ku taip ini.
*********************************************************

Aku sedikit hairan dengan cara kita orang melayu. bagaimana kita menentukan keturunan-keturunan. apa yang aku tahu, setiap keturunan ditentukan oleh pihak lelaki. bukankah begitu? contohnya seorang lelaki cina berketurunan Lee berkahwin dengan seorang perempuan cina berketurunan Tong, sudah tentunya nama keluarga perempuan tersebut juga akan ditukar kepada Lee or orang akan panggilnya mrs lee. dan anak-anak mereka juga akan mewarisi nama keluarga lee dan bukannya Tong. begitu kan?

Begitu juga jika perempuan cina berkahwin dengan lelaki india. keturunan yang berikutnya ditentukan pihak lelaki dan anak-anak mereka akan berbangsa india. dan sebaliknya jika perempuan india berkahwin dengan lelaki cina. keturunan yang seterusnya adalah berbangsa cina dan akan terus menggunakan nama keluarga pihak lelaki.



Tapi ia berbeza dengan kita orang melayu. tak kira sama ada lelaki atau perempuan, jika mereka berkahwin dengan bangsa lain. anak-anak mereka tetap akan menjadi bangsa melayu. jika lelaki melayu berkahwin dengan bangsa lain, sudah semestinya anak mereka berbangsa melayu. itu sudah pasti. namun ia tetap berlaku juga kepada perempuan melayu jika berkahwin dengan lain-lain bangsa. anak-anak mereka tetap berbangsa melayu.

Unik kan kita bangsa melayu?
*****************************************************


Berbalik kepada persoalan aku diatas mengapa orang memandang aku semacam sahaja seolah-olah aku begitu kacak dan ensem. tidak aku nafikan aku sememangnya kacak ( kakakakakakakakakaka ) namun itu bukan penyebabnya. aku pun tidak tahu mengapa hari ini aku terlalu rajin untuk MEMBACA!!!! tunggu bas pun, aku membaca. dalam bas pon aku membaca, berjalan ke kelas pun aku membaca, masuk library pon aku membaca.


p/s : aku sememangnya seorang yang kacak dan ensem lagi rajin membaca!!!!!!!!!

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET