Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

jahanam kau mamak...!!!!!!

Hari ini, aku ponteng kelas di atas beberapa sebab yang aku rasa tidak mungkin kamu semua akan percaya masih ada lagi orang seperti aku kini. tapi itulah kenyataan yang perlu aku akui. Maaf ye cik-cik yang ngajor saye. bukan niat nak kelentong tapi terpaksa...hehhehe
Pada mulanya aku memang dah bersiap ingin ke kelas. dan aku juga telah berada di bus stop menanti driver aku datang menjemput. aku tunggu tidak lame, lebih kurang 15 - 20 minit sahaja. aku buat satu panggilan dan tidak terangkat atau tidak dijawab. maka aku terpaksa membatalkan niat aku untuk ke kelas dan terus pulang ke rumah. aH...

Semasa aku berada di rumah, ada orang datang mengetuk "gate" kawasan umah aku. dan aku memang dah agak sape yang akan datang. selalunya memang macam tu. dan bos aku dah pesan, kalo "orang-orang" itu datang, katakan "Cherating tidak lagi menguruskan hal "itu" dan suruh sahaja die pergi ke ibu pejabat di kuala lumpur." aH...seperti biasa "orang-orang" degil dan mula mendesak aku apabila kehendaknya untuk mendapatkan nombor telefon milik bos aku tidak berjaya. akhirnya aku terpaksa berterus-terang. " bos saya pesan jangan bagi kat sape-sape nombor telefon die". aH.."orang-orang" itu degil juga. Dalam hati aku mula mengomel, " kamu patut bersyukur "kami" terima kamu dan beri kamu "itu".
**********************************************************

Hari ini bos aku mengajak aku pergi ke kuantan. aH...aku ni macam anak die je. Nak bank in duit, aku yang di ajak. nak bayar kereta, aku jugak yang di ajak. katanya die tak pandai nak gunakan mesin deposit. aH..orang tua kan. mungkin macam tu kot. cuba sekali dan bila tidak berjaya terus mengatakan tak reti. padahal 3 jenis ijazah telah dipegangnya. dan next year akan dapat lagi 1 ijazah.
Hari ini kami singgah makan di kedai mamak. niatnya ingin makan capati tapi tidak tercapai. jadi kami hanya makan nasi sahaja. ketika dalam perjalanan pulang, bos aku mula menurunkan sedikit ilmu kepada aku. aH..sudah banyak ilmu kehidupan aku dapat darinya.
********************************************************

Bos, kire..!!!!! panggey Pak Abu apabila telah selesai makan bersama-sama dengan 3 orang kawannya di sebuah kedai mamak di  ibu negara selepas selesai berbincang dengan bos nya iaitu Tun Dr. M beberapa bulan yang lepas.
Disebabkan mereka bertiga makan menu yang sama iaitu kari kepala ikan, ayam goreng, sayur dan jus oren. maka senanglah untuk mengira budjet. makanan di restoren tersebut memang sedap. pak abu dan kawannya bersembang itu bersembang ini. ada juga terselit isu-isu semasa.
Selesai sahaja makan, pak abu memanggil salah seorang mamak yang bekerja di situ. maka seorang mamak yang berada di kaunter bayaran telah datang ke meja di mana Pak Abu bersama kawannya makan bersama-sama dengan kalkulator yang lebih besar dari tapak tangannya.

" kire bos "

semasa ingin mengira berapa jumlah yang perlu dibayar, mamak tersebut telah bertanyakan sesuatu kepada kawannya dalam bahasa urdu
" !@%$@#$%^&*&@#$%*&#$%^*&6@#$%^&* "
dan di jawab
" (*&^%@#$%^*&^%$#@~!@#$%) "

" semua sekali RM73.80 incik "

Mungkin kenapa mereka bercakap dalam bahsa yang kita tidak paham adalah supaya kita tidak paham tapi itu satu kesilapan besar jika menganggap pak abu dan seorang lagi kawannya tidak memahaminya.
Ketika kawan pak abu iaitu pak ali ingin membuat bayaran, pak abu ada mencadangkan supaya pak ali menyuruh mamak tadi membuat sekali lagi pengiraan.

Maka pak ali ingin membuat bayaran, pak ali menggunakan bahasa urdu bercakap dengan mamak yang membuat pengiran tadi.

" berapa tadi kamu kira "

" RM 73.80 "

" nasi sepinggan berapa? "
" jus oren segelas berapa? "
" ayam goreng seketol berapa? "
" kari kepala ikan berapa semangkuk? "

" Oh..itu harga untuk pelanggan yang bukan regular customer ke? "
" Jadi, sebab kami bukan regular customer maka kamu nak sembelih dan mengenakan cas yang tinggi? "
" kamu kira sekali lagi "

Maka si mamak tadi berpura-pura mengira sekali lagi dan ternyata sebanyak RM30 telah dikurangkan.

"maap incik, tadi tersalah kire 2 kepala ikan"
"maap incik"
"maap incik"
********************************

Selang beberapa minggu selepas itu, pak abu pergi pula ke kota bharu untuk berjumpe dengan staffnya di sana. selesai sahaja kerjanya, staffnya telah membawa pak abu dan kakitangan yang lain makan di sebuah restoren melayu yang agak popular juga. ketika sampai, orang penuh sedang menikmati hidangan.
Dan seperti biasa, pak abu akan meminta buku menu yang telah sedia disenaraikan harga-harga untuk setiap makanan. selesai sahaja makan, pak abu memanggil pekerja di restoren tersebut untuk mengira dan membuat bayaran. sama seperti mamak sebelum ini, die datang bersama dengan kalkulator di tangan dan mula membuat pengiraan.

"sumo skali 94 ya 50 posen ( semua sekali RM94.50 ) "

Ketika pak abu menghulurkan not RM100 kepada pekerja tersebut, pak abu meminta di buatkan sekali resit supaya memudahkan pak abu membuat claim. ia di tambah dengan keraguan charge yang dikenakan terhadap mereka.

" oH...sebab boh ore mulo-mulo hok mitok resit, jadi sayo bui discount sebanyok 35 ya ( disebabkan bos orang pertama yang mintak resit, jadi saya beri discount sebanyak RM35 ) "
"payoh nok jupo ore supo boh mitok resit ni ( susah nak jumpa orang seperti bos ) "
" nih penghargae tuk boh ( penghargaan untuk bos )"
**********************************************************

p/s : dan aku pernah try ketika aku mkn di kedai mamak bersama seorang teman. aku mencube seperti yang di ajar kepada aku. dan ternyata, kedai mamak memang sembelih harga jika kita bukan regular customer.
p/s : jika mamak bercakap dengan mamak yang lain ketika ingin mengira apa yang kamu makan...ape kate cube tanye harga untuk satu2 hidangan yg kamu ambil.
p/s : berkesan jika kamu melihat menu dan makan hidangan yang sama.

*****TAHNIAH kepada adik perempuan aku kerana mendapat 8A dalam PMR. Like brother like sister

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET