Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

breast is best

Alhamdulillah...Hari ini aku mendapat sedikit mood untuk berblogging. Cuma yang menyakitkan hati ialah loading untuk membuka satu-satu blog anda semua, amat memakan masa yang melampau sehingga boleh menyakitkan hati aku. Sebagai contohnya, aku memerlukan hampir 10 mnit untuk membaca tulisan nyah berkaitan bra nya. Dan tak perlu aku terus memberi tahu tentang masa-masa yang aku habiskan menanti untuk blog-blog yang lain finish loading.

Aku telah memasang niat untuk menaip entri ini sebenarnya ketika aku berada di kolej lagi apabila aku terbaca satu artikel di The Star. Dan aku semakin tertarik untuk menaip entri ini apabila aku terbaca entri di blog Cik Nyah. Walaupun perkara yang sama namun ia isu yang berlainan.

Susu merupakan satu source untuk semua bayi mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan susu ibu merupakan susu yang terbaik yang memenuhi keperluan bayi dalam proses tumbesarannya. Susu ibu mengandungi the right balance of nutrisi seperti lemak, protein, laktosa, vitamin, mineral dan air dan ia amat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Malah susu ibu diberi identiti yang cukup mahal dan istimewa apabila WHO dan UNICEF mengiktiraf susu ibu dalam standard yang amat tinggi iaitu " gold standard".


Kita sememangnya telah mengetahui kebaikan-kebaikan yang terkandung dalam susu ibu. Malah ia telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Berikut adalah beberapa buah buku atau artikel yang berkaitan tentang kebaikan-kebaikan susu ibu.

1. Breastmilk and subsequent intelligence quotient in children born preterm by Lucas, A et al, Lancer ( 1992 )

2. Duration of breastfeeding and developmental milestones during the latter half of infancy by Vestergaard, M et al, Acta Pediatrica ( 1999 ).


3. Breastfeeding and child cognitive development by Kramer, MS et al, Archives of General Psychiatry ( 2008 )


Malah Susu ibu juga merupakan makanan otak kepada bayi-bayi. Apa yang diperlukan oleh otak bayi dalam proses tumbesaran semuanya ada terkandung dalam susu ibu sehingga susu ibu di gelar sebagai "brain building". Apa yang dibekalkan oleh susu ibu sehingga ia di gelar sedemikian?


1. Fatty acids
2. Phospolipids
3. Taurine
4. Choline
5. Zinc

Oleh itu, kaka-kanak yang baru lahir seharusnya dibekalkan susu ibu bukannya susu tepu yang dijual di pasaraya yang diperbuat dari susu lembu. Tidak hairanlah jika anak-anak kelak berperangai seperti haiwan jika susu ibu di abaikan sebaliknya digantikan dengan susu tepu buatan dari haiwan seperti lembu.



p/s : jangan hanya ingin menjaga breast anda sentiasa "montok", maka anak anda merasa susu lembu sejak lahir.



Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET