Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Ingat ko je yang betol?? ngok

Salam dan slamat sejahtera..

Makin hari makin tua, umur makin meningkat dan ingatan pun makin kurang namun alhamdulillah, aku masih inagt lagi username dan password blog aku yang pada hakikatnya aku hampir-hampir lupa. Cuma aku lebih bernasib baik kerana meng"save"kan username dan password pada browser firefox.

Sebelum aku terlupa akan tujuan utama hari ini, jom kita terus ke topik utama yang aku ingin kongsikan bersama. Sebelum itu juga, aku ingin tegaskan di sini bahawa JIKA 1 JARI ANDA MENUNDING KEPADA SESEORANG, JANGAN KAMU LUPA BAHAWA 4 JARI KAMU MENUNDING KE ARAH KAMU SENDIRI. Aku fikir peribahasa tersebut sesuai untuk topik kali ini.

Jika selama ini aku banyak membaca berita-berita di dada akhbar berkaitan dengan saling tuduh-menuduh dan salah-menyalah di kalangan orang Melayu dalam banyak hal terutamanya apabila berlakunya sesuatu masalah. Namun kali ini aku cukup terkejut apabila S. Vell Paari anak kepada presiden MIC dengan terang-terang menuduh UMNO adalah punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam MIC. Tuduhan ini seolah-olah sengaja ditimbulkan untuk menutup kesalahan sendiri.

Pelik ah sekarang nih, ke memang dah jadi trend? Ade je masalah, mesti nak tuduh sana tunding sini. Mesti nak salahkan orang lain. Silap diri sendiri taknak mengaku. Isk..tak faham aku dengan orang-orang sekarang ni. Mungkin ingat diri sendiri semua betul kot. Orang lain punya semua salah.

Agaknya die lupe kot. Dia tuduh 1 keburukan orang lain walhal dalam masa yang sama dia juga tunjuk 4 keburukan diri sendiri. Berbelit punya orang. 



p/s : Ingat la wei, skali ko kate at orang, 4 kali ko kate kat diri ko sendiri...


Salam.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET