Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Aku Kau dan Dia

Alhamdulillah..Hidup aku sihat dan wal afiat. Diberi kesihatan yang baik. Mulakan pagi yang masih gelap-gelapn dengan mentaati sebagai hamba.Semoga berterusan hingga ke akhir nafas dan kalam aku di dunia. Selesai semua, aku mula mengadap lappy compaq aku, lappy Hp dibiarkan terus online. Begitu juga dengan desktop yang ikhlas online menjalankan tugas download-download. Hehehehehe


Aku terima satu mesej dari seorang sahabat yang rapat dengan aku. Disuruhnya aku melihat walls facebooknya. Dan bila aku bukak, hanya walls yang berkaitan dengan kakaknya yang ingin bercuti ke Sarawak. Waaaa...Bestnya kan dapat melancong ke Sarawak dengan ditaja oleh Datuk. Percuma lagi. Sempat juga aku memesan butang baju melayu mutiara darinya. Manalah tahu kan...dapat percuma juga. hehehehe


Aku memang rapat dengan sahabat baik ini dan dia pula seorang perempuan, bakal cikgu yang akan bergelar cikgu tidak lama lagi. Boleh dikatakan aku memang kamcinglah dengannya. Senang minta tolong dan aku pula senang saja menolongnya. Biasala kan.. orang berbudi kita berbahasa. Buat baik mesti dibalas dengan kebaikan juga. 


Kini kawan baik aku ini mula mengenali seorang jejaka yang mungkin akan dijadikan teman hidupnya pada suatu hati nanti. Aku bersyukur kerana dia telah dapat melupakan kisah dukanya yang berlaku 2 tahun setengah yang lepas. Mak dia lagi la gembira. Tahniah aku ucapkan. 


Namun, keakraban kami disalah ertikan oleh jejaka tersebut. Dikatanya aku mengganggu hubungan mereka. Jika betul aku sedemikian, sudah tentunya dari dulu lagi aku "melamarnya" sebelum jejakan tersebut mengenali si gadis ini. Betul tak?


Dan sekarang, aku kembali berada di dalam dilema. Pernah aku menasihati si gadis supaya menjaga perasaan si jejaka tersebut. Dan dalam masa yang sama supaya kurang berinteraksi dengan aku. Konon-kononnya aku ni seorang yang baik la kot walhal tak de la sangat pun. Pada si jejaka, tidak usah kamu bimbang, aku tidak mempunyai niat untuk mengorat pun gadis yang kamu cintakan ini. Apa kata jika kamu berkawan dengan aku pula..? Mungkin kamu akan lebih mengetahui bahawa aku dan si gadis tidak mempunyai apa-apa hubungan melainkan seorang kawan. 


Sebenarnya kisah kamu ini persis seperti kisah aku juga. Jika dahulu wataknya 2 orang gadis dan seorang jejaka, namun sekarang wataknya seorang gadis dan 2 orang jejaka. Si gadis ini menjadi mangsa akibat salah faham oleh seorang lagi gadis. Akibat tidak tahan dengan perangainya walaupun telah diberi penjelasan demi penjelasan, aku akhirnya mengambil langkah berdiam diri dan memutuskan hubungan dengannya. Mangsanya ialah gadis yang kamu cintakan ini.


Dan kini, kisah itu kembali berulang. Persis lagu hits kumpulan Newboys di awal pembabitan mereka sebagai penyanyi. Sejarah mungkin berulang. Ya!!! Sejarah memang akan berulang jika kita yang salah meletakkan diri di tempat yang sepatutnya. Kini, si gadis yang kamu cintakan ini juga sekali lagi menjadi mangsa akibat salah faham kamu. Usah kamu terlalu memaksa. Padahnya, kamu akan mengalami nasib yang sama seperti kisah 2 orang gadis dan seorang jejaka. Akibatnya, kamu mungkin akan kecewa. 


Aku masih muda berbanding kamu. Namun tidak salah kiranya aku memberi sedikit nasihat yang mungkin berguna kepada kamu kelak. Kadang-kala, tua itu tidak semestinya betol dan muda itu tidak semestinya gopoh.






p/s : Hak Hak hak Hak ingin sahaja aku tag kamu!!!!!

3 comments :: Aku Kau dan Dia

  1. Kau semakin bijak berbahasa ye abe long.. Heehee.. ;)

  2. biase lah... blaja kn..
    hhahaaha

  3. aku yang masih blurrrr

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET