Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

KINI aku bergelar BAPA

Assalamualaikum...w.b.t

Seperti biasa pada sem last ni, kelas aku banyak pukul 8 pagi. Apala nasib asyik kena bangun awal ja..hak hak hak tapi ok pe, aku memang bangun awal-awal pagi pun. Hari ini, selain ke kelas, aku juga ada tugas lain yang perlu dibuat. Nama pon aku dah kerja kan. Buat sementara waktu, aku pegang dulu jawatan pembantu tadbir. Haaaaaaa? payah nak jumpa pembantu tadbir lelaki kan? Tapi yang pasti aku bukan yang pertama. Teringat zaman-zaman 2 tahun setengah yang lepas. Rindu pulak nak kuar jalan-jalan owang bayar dan percuma. hahahhahahaha


Berbalik kepada tajuk. Seperti yang aku katakan, selain kelas, aku dikehendaki ke bank untuk deposit cek-cek gaji termasuk aku yang punya!!! Wow!!! Minggu depan tebal la poket. Hak Hak Hak tapi leceh sunggu hari ni, jam 12.30 tengah hari aku ke BSN lalu terus nombor giliran aku ambil. Aku lihat nombor yang tertera, 225!! Dan aku lihat di screen pula, 142!!! Erk...mak kau ah nak kene tunggu. Baik aku blah dulu dan terus ke Bank " saya mesti pilih!! ". Siap deposit cek, aku pun balik la....


Tapi sebelum ke bank, aku pergi ke JPN a.k.a jabatan pendaftaran negara. Tujuan aku cuma satu..tiada dua mahu pun tiga. Sekadar mendaftar kelahiran yang lahir pada 3 Novermber 2010. Aku lewat 4 hari dan akibatnya, aku didenda RM5.00. Siot jerk... isi borang daftar kelahiran amatlah senang. Bukan payah sangat pun dan masa untuk siap pun tidak lama sangat. Cuma nak tunggu giliran tu sahaja yang lambat.


Sesi komplen..
Perhatian buat Jabatan Pendaftaran Kemaman, kalau dah tahu ramai orang, kenapa hanya buka 3 kaunter sahaja. Kenapa di biarkan kosong lagi 3 kaunter? Kerana kamu lah, rakyat semakin membenci kepada kerajaan. Buat kerja ala kadar, sekadar lepas batuk di tangga *bukan semua tapi hampir keseluruhan.


Semasa menanti giliran untuk dipanggil, aku sempat menolong beberapa kakak dan makcik mengisi borang untuk membuat kad penganalan. Aku memang pakar pun. Hahahaha...sebut sahaja pasal perkara 132, walaupun tak lancar, aku bulih juga bercerita. Hahahaha


Aku sempat bersembang dengan beberapa orang kakak dan makcik.


 Aku ditanya oleh mereka tujuan aku ke JPN.


Jawab ku mudah dan ringkas, " daftar kelahiran ". 


Mereka terus menambah, " owh, anak pertama eh? "


Aku senyum sahaja.


Mula-mula aku sekadar mengiyakan sahaja. Tapi selepas itu, aku menjawab " saya sekadar pemaklum "  sahaja aku sambil menunding jari ke arah bapak kanak-kanak yang aku bawa tersebut.


Lantas mereka menambah, " sekarang ni ramai je yang ambil anak angkat. Boleh je jadi ayah ".


Aku tersengih-sengih sahaja.


Selesai sahaja proses membuat sijil lahir. Aku terus balik kerana aku mengejar masa. Ini kerana aku masih mempunyai kelas pada waktu petang. Mana nak hantar bapa kanak-kanak tersebut, mana nak datang semula nanti. Aduh...ditambah pula dengan traffic yang tersangkut-sangkut. Mungkin kerana cuti sekolah telah bermula dan Aidiladha dah habis.








p/s : Moga-moga cepat2 la termakbul doa kakak-kakak dan makcik-makcik tu...Hehehehe
p/s : lupa nak gitau, bayi yang aku daftarkan tadi tu baby girl, nama dia aishah bt osman...mula-mula aku nak mempengaruhi soh ayah die letak aisya sofea


                                                                                                    w'salam

2 comments :: KINI aku bergelar BAPA

  1. hehe.. mmg pun...kaunter bka sket..pastu tmpt mnunggu pn sket...panas pulak...adoi la..

  2. eeuuww..huhu
    tahniah2..
    mesti ramaikan daftar, bestnya..=)

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET