Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Fakta menarik umat Islam di hari Jumaat.

0 comments
Salam di petang Jumaat.
Hari ni tak nak cakap banyak..juga tak nak taip panjang-panjang. Cuma sekadar ingin berkongsi fakta yang agak menarik sahaja.


Faktanya adalah hujan dan masjid pada hari jumaat.
Cuba bayangkan...........
Suatu hari dari pagi sampai petang, hujan turun mencurah-curah dengan agak lebatnya membasahi bumi. Lalu mak di dapur atau mungkin juga di ruang tamu berkata kepada mungkin juga suaminya atau mungkin juga kepada anak lelakinya, " dah pukul 1 lebih ni, tak pergi jumaat ke? "
Lalu si anak atau mungkin juga si suami menjawab, " tunggu kejap, hujan lebat kat luar tu. Nanti pergi la bila hujan berhenti. "


********************************************************************


Tatkala selesai solat jumaat, tiba-tiba sahaja hujan turun lebih lebat dari sebelum waktu jumaat tadi.
Umat manusia yang menunai solat Jumaat tadi memenuhi tangga-tangga dan pintu-pintu masjid menunggu untuk pulang sedangkan imam belum pun membaca doa lagi.


********************************************************************
Lalu si ibu kembali bertanya,  " awal balik, hujan lebat lagi kat luar tu. Redah hujan yer? Tak tunggu hujan berhenti dulu ke? "


********************************************************************


p/s : Oh, itulah kita. Mungkin terlalu panas dan rimas untuk kita berada di masjid untuk tempoh yang agak lama kan? Perginya lewat baliknya awal. Cuba kita lihat jika terdapat program seperti JOM HEBOH, perginya awal dan baliknya lewat malah sanggup berhujan dan berpanas!!!

2011punye azam

1 comments
Hahahahha
Belom penah-penah lagi aku buat azam bila nak masuk tahun baru tapi tahun ni, aku nak buat azam lah. Sekurang-kurangnya aku ada target dan ada perkara yang aku nak buat dan nak capai. Baru la nampak macam owang yang berkeyakinan dan bermatlamat. Jelas dan terang kot.


Hahahaha... 
Nak tergelak jugak aku bile terfikir nak buat azam tahun baru ni. Aku berazam ni pun sebab bos aku dan jiran sebelah umah aku asyik dok bercakap dan dok bertanya la jugak kadang-kadang. Last-last, aku buat keputusan sebelom 12 Disember 2010 hari tu.


Terus-terang aku dengan dia then dia setuju. IsyaALLAH, ade rezeki, ade jodoh. Pertengahan tahun hadapan aku akan kawen lah.


hahahahhaha
oklah....tuh je azam aku tahun depan.
hahahahhahaha
tatata

jumaat cuti!!!

1 comments
Jumaat cuti umum


29/12/2010 11:38pm


Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010






p/s: mana aciiiii!!!!! aku blajaq kat terengganu, jumaat mmg dh tersedia cuti!!!!

entri tanpa kata-kata

0 comments




Aku jadi tok bomoh laaaaaaaa...Hahahaha

3 comments
Assalamualaikum... w.b.t

Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk menaip dan seterusnya menge"post"kan entri baru. Sudah agak lama aku menyepikan diri. Beginilah keadaan tatkala dilanda kesibukan bekerja dan dalam masa yang sama dikehendaki menghadiri kelas-kelas pada setiap hari. Perlu bekerja keras untuk kedua-duanya. Ditambah pula dengan di semester terakhir. Dengan kata lain, untuk mengelakkan dari me"repeat"kan paper. Moga-moga tidakla kan? Hehehe

Ok, aku sebenarnya bukan ingin berbicara berkenaan kerja ataupun kelas. Dah boring untuk aku menaip entry sedemikian. Semua orang kerja, semua orang juga belajar dan semua orang juga kerja dan belajar seperti aku.

Aku, sebenarnya langsung tidak mempercayai perkara-perkara seperti hantu atau yang seerti dengannya. Bukan kerana aku ego atau bongkak tapi oleh kerana aku tidak pernah nampak atau terserempak. Telah banyak kali aku mendengar cerita-cerita dari orang ramai, samada dari orang tua-tua, dari pemandu bas ekspress, dari bos aku sendiri malah yang lebih boleh dikatakan sahih, aku juga mendengar sendiri dari beberapa orang bomoh yang aku sedia kenal.

Dan yang lebih terbukti, baru-baru ini aku dipertunjukkan dengan keadaan dimana beberapa remaja perempuan dirasuk oleh 4 jenis mashlus halus yang berlainan. Ada yang jenis mengamuk, ada yang jenis gelak-gelak dan ketawa, ada juga jenis memberi respon jika salah seorang dari mereka dirasuk dan ada juga yang jenis duduk diam-diam dan tiba-tiba meraung. Aku mengelaminya selama 4 hari berturut-turut sehinggakan aku terpaksa tidur pada jam 3 hingga 4 pagi. Waktu mereka dirasuk bermula apabila azan Maghrib dilaungkan.

Mengapa kejadian seperti ini berlaku? Pada pengamatan aku, terdapat dua jenis sebab dan sebab yang paling kerap ialah adalah disebabkan SAKA ataupun jin atau mahkluk peliharaan bomoh itu sendiri. Apa yang berlaku baru-baru ini, adalah disebabkan oleh makhluk atau jin peliharaan bomoh yang tidak ditunaikan janji antara bomoh dan peliharaannya.

sebagai contoh, aku berikan 1 nama hantu atau makhluk halus yang antara paling popular dikalangan kita orang Melayu. Hantu Raya. Semua orang kenalkan hantu raya yang mempunyai wajah yang kadang-kadang cukup cantik dan kadang-kala cukup menakutkan dan lebih menakutkan apabila mendengar hilaiannya... Apabila difikirkan dan dikaji mungkin, apa gunanya hantu raya sebenarnya? Apa sebabnya orang tua-tua zaman dahulu memelihara dan membuat perjanjian dengan hantu raya? Aku cuma ada 1 sahaja jawapan dan jika kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut, maka lebih baik kamu bertanyakan bidan-bidan kampung.

Setahu aku, hantu raya digunakan oleh bidan kampung zaman di mana ibu-ibu melahirkan anak di rumah. Tanyalah nenek-nenek kamu atau ibu-ibu kamu, ketika waktu bersalin, siapakah yang berada bersama ibu kamu di dalam bilik? Jawapan aku, ibu kamu yang hampir melahirkan anak dan bidan. Itu sahaja. Namun apa yang aneh apabila selesai sahaja melahirkan anak, ibu dan bayi berada dalam keadaan bersih tanpa setitik darah pun ketika bayi tersebut dihulurkan kepada ayah kamu. Maka orang ramai akan memuji-muji bidan tersebut. Seterusnya akan menjadi punca pendapatan kepada bidan tersebut. Tapi tahukah kamu semua, siapakah yang membersihkan bayi dan ibu yang bersalin tersebut? Adakah bidan tersebut? Jawapannya susah tentunya bukan bidan tersebut tetapi makhluk atau jin peliharaannya iaitu hantu raya. Hantu raya lah yang melakukan kerja-kerja membersihkan darah kotor yang terpalit pada bayi dan juga ibu yang bersalin bukannya bidan.

Dan sekarang, bidan-bidan kampung tersebut tidak lagi diperlukan perkhidmatannya. Kita semua telah memilih bidan di hospital yang menggunakan pelaratan dan mesin yang canggih. Kesannya, ibu yang bersalin akan membersihkan dirinya sendiri. Ibu bersalin akan di papah ke tandas untuk membersihkan diri sendiri. Akibatnya, kita sering kali terserempak dengan hantu raya yang berterbangan pada malam-malam hari. Mengapa? Jawapannya terlalu senang, ini kerana bidan kampung tersebut tidak lagi menunaikan janjinya memberikan darah sebagai habuan kepada makhluk belaannya.Nak masuk tandas pun kena bayar lah!!! Inikan pula apabila membuat perjanjian dengan makhluk halus mahu pun jin atau iblis. Bak kata tok bomoh, pengerasnya!!!

Baru-baru ini, aku ada belajar sedikit ilmu kebomohan ini. Haahahahaha..nampaknya lepas ini boleh lah aku menjadi tok bomoh yang katanya Allahyarham P.Ramli, bomoh temberang. Oleh kerana tempat yang aku tinggal sekarang ni agak luas iaitu lebih kurang 10 hektar, dikatakan bahawa tempat ini sedikit keras dan berpenunggu..Maka aku telah diperturunkan ilmu kebomohan yang mana perlu aku perlu buat pada setiap awal disember setiap tahun. Cara-cara dan ayat quran yang perlu aku baca telah diajar. Maka aku perlu lakukan pada setiap tahun. Jadi bomoh la plak aku lepas ni. Aku masih ingat, terdapat salah seorang yang dirasuk  hantu kena penampar aku 4 kali. Dan budak perempuan tersebut yang tengah histeria tersebut tiba-tiba diam dan menurut apa yang aku suruh lakukan. Dengan kata lain, menurut perintah aku. Di suruh mengucap, maka dia mengucap. Disuruh baca ayat qursi, juga turut di bacanya. Hantu yang merasuki badan remaja perempuan tersebut seolah-olah keluar dan mengaku kalah setelah satu atau dua penampar singgah di pipi.

Rupa-rupanya, menurut tok bomoh yang menurunkan sedikit ilmu kebomohannya kepada aku mengatakan, di lengan kiri dan kanan aku  terdapat susuk atau urat yang ada pada setiap tok bomoh. Oleh sebab itulah hantu tersebut tidak berani melawan aku. Hahahah giler ke hape. Tiba-tiba ja dikatakan aku sesuai. Isk..isk..Aku yang tak pernah mempercayainya memiliki sedikit kelebihan seperti itu. Isk..isk...Lepas ni boleh la aku jadi bomoh temberang agaknya. Hahahaha 


p/s : Sapa yang dirasuk tu, panggil aku la na... nanti aku tampaq pipi hangpa sampai hantu tu kuaq...hahahahahah

Bicara tentang terima seruan

2 comments
Assalamualaikum...w.b.t


Alhamdulillah...Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, aku diberi petunjuk. Aku tidak tahu, mengapa perasaan ini hadir tapi yang nyata aku terasa seolah-olah sudah sampai masanya aku tamatkan semua ini. Mungkin sudah sampai waktu untuk aku tinggalkan semuanya dan mulakan dengan perkara baru, harapan baru dan matlamat baru.


Oh..tiba-tiba idea aku hilang. Nampaknya aku terpaksa berhenti di sini dahulu. Aku perlu bereskan program bersama Datuk TSUM MKN pada hari jumaat nanti. Tapi sebelum tu, nak p usha aweq dulu...


Hahhahahahah




p/s : Nak g usha then terus propose....amacam?

Bicara tentang befday.....

1 comments
Hari ini aku sedikit kurang ajar, sedikit tidak sopan dan sedikit tak malu...Sebelum aku meneruskan penulisan kali ini, awal-awal lagi aku ingin minta maaf jika ada yang akan terasa nanti..Tidak kira yang masih hidup, yang akan hidup mahu pun yang telah tiada internet connection tak ada..

Hehehehe.....

Bukan apa sangat pun, bila sebut sahaja hari jadi, maka ternampaklah hadiah-hadiah dari ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan tidak lupa juga hadiah dari teman-teman dan kawan-kawan.

Aku cuma nak bagitahu, befday aku dah dekat!!!!!! Tapi aku tak pernah celebrate or dapat hadiah...Sedihnya...huhuu

Oklah..sape-sape yang rasa diri dah kaya dan baik hati lagi pemurah, sempena befday aku yang ke 20 ni, aku nak dua menda ni...

1. The legendary Doctor Hur Jun


Tak perlu aku citer banyak pasal drama yang ni. Korang dah sedia maklum agak-agaknya. Ehehehehe Tapi kalo boleh, cari yang subtittle in Malay. Kalo takde jugak, Subtitle English pon boleh jugak.. Ehehhehe

2. The Legend Of Condor Hero ( 1998 )


Nih citer aku tengok mase tingkatan bape ntah..best la jugak. Citer tajuk ni banyak versi, tapi aku nak yang keluaran tahun 1998 punye. Hehehehe 

Dua mende nih je aku nak..Agak-agak ade tak sape-sape nak sponsor hadiah nih tuk aku? Hehehehe....


p/s : Camne la ek rasenye bile dapat hadiah befday??

Kedua : Langkah menjadi bos

1 comments
Assalamulaikum.....


Jika sesiapa yang telah terbaca kisah pertama, ini merupakan kisah susulan langkah aku untuk menjadi bos. Hahahah ( berangan je lebih ). Tapi tidak mustahil untuk tempoh beberapa Hari? Minggu? Bulan? Tahun? Hananan mana la tau..Tuah ayam nampak di kaki, Tuah aku? kot2 la penampaq ka.. mana nak tau kan..


Okay!! ini merupakan entry merapu. Tiada kaitan antara yang telah hidup, yang masih hidup mahupun yang akan hidup. Hahahahah Ape-ape pun....Saja ja nak menaip.. Dah dua hari tidak menaip gara-gara exam yang ntah ape-ape. Hahahah sebenarnya frust sebab macam tak bape nak boleh jawab jerk 1 paper....Hahahaha Wat malu jerk....Iskkk....


Okay..Cuma nak gitau, Bos aku takde. So???? so ape lagi, aku la yang jadi bos. Aku yang berpeluang untuk membuat keputusan semasa ketiadaan bos aku. Hahahahaha Giler riak takbur... cissss






p/s : sok bace paper cari bahan tuk entri!!!! Zazssssss,,,!!!!!

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET