Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Aku jadi tok bomoh laaaaaaaa...Hahahaha

Assalamualaikum... w.b.t

Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk menaip dan seterusnya menge"post"kan entri baru. Sudah agak lama aku menyepikan diri. Beginilah keadaan tatkala dilanda kesibukan bekerja dan dalam masa yang sama dikehendaki menghadiri kelas-kelas pada setiap hari. Perlu bekerja keras untuk kedua-duanya. Ditambah pula dengan di semester terakhir. Dengan kata lain, untuk mengelakkan dari me"repeat"kan paper. Moga-moga tidakla kan? Hehehe

Ok, aku sebenarnya bukan ingin berbicara berkenaan kerja ataupun kelas. Dah boring untuk aku menaip entry sedemikian. Semua orang kerja, semua orang juga belajar dan semua orang juga kerja dan belajar seperti aku.

Aku, sebenarnya langsung tidak mempercayai perkara-perkara seperti hantu atau yang seerti dengannya. Bukan kerana aku ego atau bongkak tapi oleh kerana aku tidak pernah nampak atau terserempak. Telah banyak kali aku mendengar cerita-cerita dari orang ramai, samada dari orang tua-tua, dari pemandu bas ekspress, dari bos aku sendiri malah yang lebih boleh dikatakan sahih, aku juga mendengar sendiri dari beberapa orang bomoh yang aku sedia kenal.

Dan yang lebih terbukti, baru-baru ini aku dipertunjukkan dengan keadaan dimana beberapa remaja perempuan dirasuk oleh 4 jenis mashlus halus yang berlainan. Ada yang jenis mengamuk, ada yang jenis gelak-gelak dan ketawa, ada juga jenis memberi respon jika salah seorang dari mereka dirasuk dan ada juga yang jenis duduk diam-diam dan tiba-tiba meraung. Aku mengelaminya selama 4 hari berturut-turut sehinggakan aku terpaksa tidur pada jam 3 hingga 4 pagi. Waktu mereka dirasuk bermula apabila azan Maghrib dilaungkan.

Mengapa kejadian seperti ini berlaku? Pada pengamatan aku, terdapat dua jenis sebab dan sebab yang paling kerap ialah adalah disebabkan SAKA ataupun jin atau mahkluk peliharaan bomoh itu sendiri. Apa yang berlaku baru-baru ini, adalah disebabkan oleh makhluk atau jin peliharaan bomoh yang tidak ditunaikan janji antara bomoh dan peliharaannya.

sebagai contoh, aku berikan 1 nama hantu atau makhluk halus yang antara paling popular dikalangan kita orang Melayu. Hantu Raya. Semua orang kenalkan hantu raya yang mempunyai wajah yang kadang-kadang cukup cantik dan kadang-kala cukup menakutkan dan lebih menakutkan apabila mendengar hilaiannya... Apabila difikirkan dan dikaji mungkin, apa gunanya hantu raya sebenarnya? Apa sebabnya orang tua-tua zaman dahulu memelihara dan membuat perjanjian dengan hantu raya? Aku cuma ada 1 sahaja jawapan dan jika kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut, maka lebih baik kamu bertanyakan bidan-bidan kampung.

Setahu aku, hantu raya digunakan oleh bidan kampung zaman di mana ibu-ibu melahirkan anak di rumah. Tanyalah nenek-nenek kamu atau ibu-ibu kamu, ketika waktu bersalin, siapakah yang berada bersama ibu kamu di dalam bilik? Jawapan aku, ibu kamu yang hampir melahirkan anak dan bidan. Itu sahaja. Namun apa yang aneh apabila selesai sahaja melahirkan anak, ibu dan bayi berada dalam keadaan bersih tanpa setitik darah pun ketika bayi tersebut dihulurkan kepada ayah kamu. Maka orang ramai akan memuji-muji bidan tersebut. Seterusnya akan menjadi punca pendapatan kepada bidan tersebut. Tapi tahukah kamu semua, siapakah yang membersihkan bayi dan ibu yang bersalin tersebut? Adakah bidan tersebut? Jawapannya susah tentunya bukan bidan tersebut tetapi makhluk atau jin peliharaannya iaitu hantu raya. Hantu raya lah yang melakukan kerja-kerja membersihkan darah kotor yang terpalit pada bayi dan juga ibu yang bersalin bukannya bidan.

Dan sekarang, bidan-bidan kampung tersebut tidak lagi diperlukan perkhidmatannya. Kita semua telah memilih bidan di hospital yang menggunakan pelaratan dan mesin yang canggih. Kesannya, ibu yang bersalin akan membersihkan dirinya sendiri. Ibu bersalin akan di papah ke tandas untuk membersihkan diri sendiri. Akibatnya, kita sering kali terserempak dengan hantu raya yang berterbangan pada malam-malam hari. Mengapa? Jawapannya terlalu senang, ini kerana bidan kampung tersebut tidak lagi menunaikan janjinya memberikan darah sebagai habuan kepada makhluk belaannya.Nak masuk tandas pun kena bayar lah!!! Inikan pula apabila membuat perjanjian dengan makhluk halus mahu pun jin atau iblis. Bak kata tok bomoh, pengerasnya!!!

Baru-baru ini, aku ada belajar sedikit ilmu kebomohan ini. Haahahahaha..nampaknya lepas ini boleh lah aku menjadi tok bomoh yang katanya Allahyarham P.Ramli, bomoh temberang. Oleh kerana tempat yang aku tinggal sekarang ni agak luas iaitu lebih kurang 10 hektar, dikatakan bahawa tempat ini sedikit keras dan berpenunggu..Maka aku telah diperturunkan ilmu kebomohan yang mana perlu aku perlu buat pada setiap awal disember setiap tahun. Cara-cara dan ayat quran yang perlu aku baca telah diajar. Maka aku perlu lakukan pada setiap tahun. Jadi bomoh la plak aku lepas ni. Aku masih ingat, terdapat salah seorang yang dirasuk  hantu kena penampar aku 4 kali. Dan budak perempuan tersebut yang tengah histeria tersebut tiba-tiba diam dan menurut apa yang aku suruh lakukan. Dengan kata lain, menurut perintah aku. Di suruh mengucap, maka dia mengucap. Disuruh baca ayat qursi, juga turut di bacanya. Hantu yang merasuki badan remaja perempuan tersebut seolah-olah keluar dan mengaku kalah setelah satu atau dua penampar singgah di pipi.

Rupa-rupanya, menurut tok bomoh yang menurunkan sedikit ilmu kebomohannya kepada aku mengatakan, di lengan kiri dan kanan aku  terdapat susuk atau urat yang ada pada setiap tok bomoh. Oleh sebab itulah hantu tersebut tidak berani melawan aku. Hahahah giler ke hape. Tiba-tiba ja dikatakan aku sesuai. Isk..isk..Aku yang tak pernah mempercayainya memiliki sedikit kelebihan seperti itu. Isk..isk...Lepas ni boleh la aku jadi bomoh temberang agaknya. Hahahaha 


p/s : Sapa yang dirasuk tu, panggil aku la na... nanti aku tampaq pipi hangpa sampai hantu tu kuaq...hahahahahah

3 comments :: Aku jadi tok bomoh laaaaaaaa...Hahahaha

  1. wahhh caya lah abe long. tak tau pulak aku ada 'urat' yang membezakan tok bomoh dgn org biasa. hehe.

  2. hahahaha
    aku pon tatau gak....
    tok bomoh tuh yang gitau....
    kalo ang kene rasuk, pggey aku naaaa
    ntn aku tampaq skali dua...sah3 okay nnt
    hahahaha

  3. percaya makhluk halus??
    aku percaya....

    hantu setakat ni x pernah jumpe la...
    tapi syaitan tu mmg wujud..jin sume tu la yg jadik hantu..
    manusia pon ade yg hantu kan..

    =p

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET