Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Melayu memang bodoh. kn?

Salam...dan selamat petang ke malam.


Aku baru sahaja lepas ronda-ronda di tepi pantai. Angin di pantai timur memang kencang. Musim tengkujuh pun dah nak abes. Cuma CNY je belum lagi. Walau sekuat-kuat angin pantai, rasanya tidak sekuat "angin" yang bakal  menghempuk di seceruk pelusuk blog Y.A.B Tun Dr Mahathir setelah terbaca entri Tun yang terbaru. Sila klik di sini untuk tatapan anda semua. 


Berbalik kepada tajuk entri aku pada kali ini. Mengapa aku sanggup berkata sedemikian walhal aku juga orang Melayu. Mengapa aku sanggup berkata sedemikian sedangkan dalam entri aku yang sebelum ini, aku tegas mengatakan bahawa aku cukup "panas" jika orang melayu itu sendiri mengata-mengata dan mencerca bangsa melayu. Bangsa mereka.


Berbalik kepada entri terbaru Tun, Aku sekadar mengiyakan dan bersetuju apa pendapat beliau. Orang Melayu yang cerdik dan bijaksana seharusnya berfikir bagaimana cara dan kaedah yang terbaik untuk menyatukan bangsa Melayu. Tidak semestinya berfikir dengan menubuhkan parti-parti baru. 


Cuba kita lihat, sejak awal sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Semua pemimpin-pemimpin parti yang tidak berpuas hati terhadap satu-satu parti sama ada di buang atau pun mengundur diri, pasti akan menubuhkan parti yang baru dengan tujuan-tujuan yang tertentu sama ada berbentuk peribadi mahupun mungkin untuk masyarakat umum.


Pertama :


Setelah keluar dari parti UMNO, pengasas UMNO itu sendiri telah menubuhkan parti lain ( IMP ) dengan tujuan yang sama semasa penubuhan UMNO, iaitu menuntut kemerdekaan. Siapa beliau? semestinya Dato' Onn bin Jaafar.


Kedua :


Tengku razaleigh, salah seorang pemimpin tertinggi UMNO juga mengikut langkah seperti pengasas UMNO, setelah keluar dari UMNO, beliau menubuhkan parti Semangat 46. Tujuannya? Tanyalah sendiri pengasasnya sama ada berbentuk peribadi mahu pun masyarakat ramai. Untuk lebih nampak hebat dan diterima ramai, pada pilihan raya 1998, Semangat 46 bergabung dengan PAS dan tentunya mencapai kemenangan. Namun, mungkin pengasasnya berasa tindakan menubuhkan parti Semangat 46 tidak ke mana-mana dan tidak berhasil mungkin. Apa yang jadi sekarang? Di mana pengasasnya? Bersama UMNO kn?


Ketiga:


Bekas timbalan perdana menteri, anwar ibrahim ( maap la yerk ceq tak bubuh datuk seri coz pada ceq u tak layak pun for that title ). Kekecewaan tidak dapat menjadi perdana menteri menyebabkan isterinya menubuhkan parti PKR yang pada hemat aku, parti yang bertujuan untuk memecahbelahkan bangsa melayu. Penubuhan atas dasar peribadi kononnya ingin menuntut keadilan untuk suami dan rakyat. Walhal, penubuhan bertujuan untuk menjadikan suaminya perdana menteri. 


Keempat : 


Angpa p tanya zaid ibrahim. Apa yang dia nak buat sebenarnya. Merajuk dengan UMNO, lari masuk PKR. Merajuk dengan PKR, mana plak dia nk pergi. Katanya ingin menubuhkan  parti baru lagi. Berapa banyak mau ada parti melayu kat malaysia? Saja ingin menjahanamkan pemikiran rakyat melayu malaysia. Apa yang bodoh n bengap sangat?


Lagi?


Angpa cari sendiri lah yerk..Malas nak taip dan tunjuk aib orang banyak sangat. Bukan kita tak tahu betapa buruknya perangai dan kita jugatahu betapa besarnya dosa menceritakan aib orang lain.Kan?


Diringkaskan, dipendekkan cerita, apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir ada benarnya. Orang Melayu mempunyai sifat dengki yang cukup tinggi ( seperti yang tertulis dalam buku Malay dilemma ). Tidak senang melihat bangsa mereka kaya dan senang. Tidak suka melihat ada dari bangsa mereka yang berjaya. Bukan mereka ingin meningkatkan usaha agar mereka juga turut berjaya tetapi sebaliknya merangka usaha-usaha untuk menjatuhkan bangsa mereka sendiri untuk mencapai kejayaan. Islam tidak mengajar penganutnya sedemikian.




p/s: Bila pegangan agama lemah dan ampuh..itu lah jadi nya

1 comments :: Melayu memang bodoh. kn?

  1. tak suka politik.. :P

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET