Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Tamat sudah untuk sementara waktu.....

Assalamualaikum.....dan alhamdulillah....

Hari ini, Ahad, 30 Januari 2011, hari yang ditunggu-tunggu sejak 2 tahun setengah yang lepas. Alhamdulillah, paper yang aku rasa hampir2 fail sudah diketahui rsultnya telah lulus walaupun bukan A tapi cukuplah. Heheheh..... Maka mulai esok, aku sudah tidak perlu lagi pergi ke kolej. Kerja full time la plak kali ni. 

Dan..perlulah aku simpan duit untuk bayar kembali hutang-hutang ( PTPTN ) pemberian oleh kerajaan yang dengannya aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran walaupun hanya sekadar diploma.Tapi alhamdulillah dan aku bersyukur. Jika diberi kesempatan, aku ingin terus belajar untuk degree pula nanti. Doa-doakan moga hajat aku tercapai.

Berterus-terang aku katakan, setiap kali hampir ujian aku akan cukup bizi. Bukan bizi stadi tapi bizi terhadap perkara lain seperti layan anime, baca blog dan mungkin menulis blog, atau bizi dengan kerja aku. Begitu juga dengan kali ini, aku bizi baca blog pula. Dan blog yang paling aku baca beberapa kali ialah blog sejarah berfakta untuk menjawab persoalan-persoalan dari Lim Kit Siang. 

Blog seperti itu memang mendapat perhatian dari aku. Kerana? Sebab? Oh..senang saja. Kerana aku orang Melayu yang berpijak di bumi nyata yang tidak sesekali melupakan jasa-jasa yang diberikan. Aku bukan seperti anjing yang menggigit tangan tuannya yang memberi makan. Aku tidak sesekali seperti itu yang hampir kebanyakan umat Melayu sekarang yang hampir-hampir berkelakuan seperti itu.

Aku tidak sebegitu marah mahupun melenting jika bangsa-bangsa lain mengutuk bangsa aku. Aku tidak cepat untuk melatah. Aku tidak cepat untuk berdendam. Aku tidak sesekali mencerca mereka. Namun, aku akan cepat terasa jika bangsa aku sendiri yang memperlekehkan bangsanya. Mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya. Mungkin pada asalnya niat mereka sekadar untuk menegur tapi menegur juga ada caranya. Bukan dengan mengutuk atau mencerca.

Pernah aku mendengar cerita dari pakcik-pakcik dan makcik.  Tika bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir menubuhkan PROTON, bertujuan untuk menghasilkan kereta nasional negara. Orang-orang cina mengutuk dan memperlekeh tindakan Tun. Apa kata mereka?

" Jarum pun melayu tak reti nak buat, inikan pula sebuah kereta " 

Ayatnya mungkin tidak berbunyi sedemikian tapi maksudnya sama sahaja. Memperlekeh tindakan Tun yang bertujuan untuk memajukan ekonomi orang Melayu dan juga Malaysia. 

Apa yang tidak enak di dengar, kata-kata itu turut disokong oleh orang Melayu sendiri. Dan akhirnya? Berapa banyak model kereta nasional buatan Malaysia berada di jalan raya? Itukah yang di katakan orang Melayu dan Malaysia yang tidak pandai membuat jarum apatah lagi kereta? Jika jarum mungkin ya tapi bukan jika kereta.

Malah mereka yang mengata, mengutuk dan memperlekeh itulah yang akhirnya merayu-rayu dan meminta-minta seolah-olah minta sedekah untuk menjadi pengedar-pengedar. Inilah yang kita boleh golongkan mereka dalam golongan tidak sedar diri.

Dengan penubuhan PROTON jugalah industri automitif negara di pelbagaikan. Sub-sub kontrak diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu untuk menghasilkan spare part untuk setiap bahagian kereta. Itu pun mereka tidak reti bersyukur. Malah sehingga kepada pengedar PROTON itu sendiri hanya dari kalangan bangsa Melayu. Khas untuk mereka barangkali*. Namun yang sedihnya, tangan si pemberi itu digigit sekali. Cukup sedih.




p/s : Malas nak tulis panjang2...sambung lain hari plak. 

0 comments :: Tamat sudah untuk sementara waktu.....

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET