Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Mengintai kerja kosong dan contoh surat permohonan kerja dari saya yang dah siap

Saat-saat tamat belajr, apa yang dinanti-nantikan oleh graduan ialah ingin mendapatkan kerja secepat mungkin. Ini kerana mereka ingin membayar kembali pinjaman yang telah dilakukan. Jika mereka-mereka dari golongan orang berada dan kaya-kaya, mereka mungkin lebih mementingkan untuk beristirehat. Kita semua tahu bahawa belajar juga merupakan satu pekerjaan yang meletihkan. Setiap masa menggunakan kepala otak untuk berfikir. Bukan kah begitu.

Oleh yang demikian, perkara ini juga terjadi kepada aku.Aku baru sahaja tamat belajar di sebuah kolej swasta yang pastinya memakan belanja yang besar berbanding lain-lain universiti awam. Mahal betul yuran mereka kenakan.

Jadi, kepada mana-mana company yang ingin mencari seorang pekerja yang penuh berdedikasi bolehlah menghubungi aku secepat mungkin. 


Baru-baru ini aku melihat tawaran kerja di dalam surat khabar dan aku berminat. Dengan tidak membuang masa, aku terus menghantar surat minta kerja beserta sedikit biodata peribadi. Berikut adalah surat mohon kerja yang aku emailkan kepada syarikat tersebut.




Abe Long Encem
5 Jalan 3/4, TamanBukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
MalaysiaAirlines System 
07 Februari 2011

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Abe Long Encem no k/p 8*1021-02-**** mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini.
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu Abe Long Encem adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia…

4. Pengalaman kerja
-Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
-Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur(kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)
-Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat.
Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Abe Long Encem)
25 Jalan 3/4, TamanBukit Indah
68000 Ampang, Selangor

3 comments :: Mengintai kerja kosong dan contoh surat permohonan kerja dari saya yang dah siap

  1. tuan jwb : saya mmg nak sangat ambik awk kerja...mmg syarikat ni khas utk awk...hahaha

  2. kalo aku ade syarikat sendiri..
    kompem aku pilih ko dah.
    jujur budak neh!

  3. gilor koooooooo

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET