Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Aweq owang len, mimpi plak asik owang len...ape kes?

InsyaALLAH, jika ada jodoh takkan ke mana walaupun jauh. Aku pegang kata-kata itu. Jika seseorang tersebut telah ditentukan sebagai jodoh kita, maka macam mana jauh sekali pun, kita akan bersama dengannya.


Seperti juga dengan aku, aku juga punya rancangan masa depan dan berkeluarga. Calonnya sudah ada. Keluarganya juga telah aku jumpa. Cuma tunggu harinya sahaja. Orangnya tinggi sedikit dari aku, memang sejak dulu lagi, aweq aku lebih tinggi sedikit dari aku. Aku tidak tahu mengapa akau suka yang tinngi sedikit dari aku. Adakah kerana aku kurang tinggi? Tapi kata orang tua-tua, jika isteri lebih tinggi dari suami, murah rezeki. Betul ke macam tu?


Namun, sejak sebulan yang lalu, aku agak kerap bermimpikan seorang gadis. Wajahnya mirip dengan bekas aweq aku dulu. Jika dilihat dari atas ke bawah, dilihat wajahnya, seolah-olah orang yang sama. Atau mungkin kembar seiras. Tapi yang pasti, mereka bukan kembar. Memang aku sering usha-usha budak tu dari jauh. Hanya kerana wajahnya yang hampir seiras dengan bekas aweq aku 4 tahun yang lalu dan ditambah dengan senyumnya yang manis.


klik di sini jika anda ingin melihat rupa paras bekas aweq aku yang kini telah berkeluarga. Telah lama aku tidak menghubunginya. Dan aku tidak akan berbuat sedemikian. Diakan dah berkeluarga. Tidak perlu diganggu.


Apa-apa pun, aku perlu berfikiran waras. Yang lepas biar lepas. Yang penting, fikirkan masa depan. Aku sememangnya tidak mempunyai jodoh dengan nya. Namun, mungkin dengan gadis yang bagi aku seiras seakan-akan kembarnya adalah jodoh aku. Manala nak tau kan? 


HAhahaha..tapi aku tidak begitu. InsyaALLAH aku akan berkeluarga dengan gadis yang ku panggil cik asmah.




p/s : kawen dua pon bleh jugak kan? hahahahahhaha

4 comments :: Aweq owang len, mimpi plak asik owang len...ape kes?

  1. awek lu tu tak kawin lagikan

  2. aweq yg mana? yg baru ni ka? lom lg lah...

  3. mana tau mimpi ko petanda tu jodoh ko
    jeng3

  4. hohoho.. ok gak kan kalo mcm tu ahfat?
    tp kalo dapat dua2 lg bgus kan

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET