Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

minggu makan angin..

Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tentulah nak bercerita tentang kerja aku yang seperti jalan-jalan cari makan. Dan minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan. Tak pernah lagi terasa sepenat ini sejak dahulu kala. Hahahaha


Kata orang tua-tua, jika hujan mula turun pada hari Jumaat, maka hujan akan berterusan sama ada  sekejap hujan sekejap panas ataupun hujan secara berterusan sehinggalah ke hari Jumaat yang akan datang. Nasib yangsama juga menimpa aku tapi ia tiada kaitan dengan hujan. Cuma terkena hujan tuh adalah.


Bermula denganhari Jumaat, aku menaiki motor LC aku dari Rantau Panjang terus ke umah aku di Cherating. Kira-kira aku cukup senang. 75 KM untuk satu jam aku bawak motor. Itu kira-kira budak darjah satu pun pandai. Masa keseluruhan yang aku ambil untuk bawak motor dari Rantau Panjang, Kelantan menuju ke Cherating, Pahang cukup lama. Lebih kurang 5 jam sahaja. Tempoh tersebut termasuklah masa yang aku ambil untuk berhenti isi minyak. Aku tidak berhenti makan atau minum.


Jam 5.20 petang di Rantau Panjang, lebih kurang jam 10.30 malam aku berada di rumah aku, Cherating. Bagi aku penat tidaklah sangat. Cuma nasib aku kali ini kurang baik seperti selalu. Mula dari sempadan Kelantan-Terengganu ( Jerteh ), aku ditimpa hujan lebat. Motor yang aku bawak sekitar 140/130km/j, aku perlahankan ke 110/120km/j. Ini kerana penglihatan yang agak terhad. Aku kehujanan hampir satu jam. Hampir sampai di Kuala Terengganu. Sejuk tak reti nak kata dah.


Keesokan harinya ( Sabtu ), jam 8 malam aku bertolak dari Cherating menuju ke Ipoh. Juga dengan menaiki motorsikal LC aku. Dengan tidak seberapa pantas, aku tiba di Kuala Lumpur jam 12 tgh malam dan jam 3.30 pg aku sampai di terminal bas Gopeng, Ipoh. Mengapa aku tiba lewat di Ipoh? Jawapannya cukup senang, ketika aku masuk ikut exit Simpang Pulai, didapati polis sedang mengadakan sekatan jalan. Nak mampos! aku mana ade lesen, so aku cabut la ikut highway semua. Itulah sebabnya aku sampai lewat....


Sementara menanti adik aku sampai dari Kelantan, aku tidor dulu di terminal untuk menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan. Ok...nanti sambung kemudian plak...


bubbye...

3 comments :: minggu makan angin..

  1. ang direct jalan ja..

  2. payah gila travel guna motor ja

  3. tuh la pasal... kene sekali.. mc dah xnk nek motor dah.. tuh kalo dalam situasi aku la...

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET