Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Nilai RM semakin kecik dan kecik bila semua harga naik???

idea asal klik di sini...


Cuba tanya makcik-makcik dan mak-mak kamu semua, apa sangat nilai sekeping RM bernilai 50? Jika nak dibandingkan dengan 10 tahun lepas, amat berbeza sekali terutamanya selepas negara berada di bawah pemerintahan perdana menteri ke-5. Segala-galanya bermula di situ. Titik permulaan nilai RM semakin menipis. Jika kita ke pasaraya sekarang, bakul kecil pun tak sampai setengah diisi, dah lebih dari RM50, kan? 


Setiap kali harga barang-barang naik, setiap kali itu jugalah semua rakyat akan bising-bising. Bermacam-macam jenis alasan diberikan. Ya! Aku tahu, setiap rakyat yang bergelar pengguna ada hak untuk setiap penjelasan. 


Setiap kali pada awal setiap tahun pada setiap kali sesi persekolahan dibuka, maka ibubapa akan bising-bising kerana duit tidak mencukupi untuk pelbagai bayaran. Termasuklah yuran persekolahan, segala buku-buku sama ada buku tulis, buku nota, buku latihan, buku rujukan, yuran kelas tambahan, baju dan seluar sekolah untuk lelaki dan baju kurung sekolah untuk perempuan. Dengan kata lain, jumlah wang banyak diperlukan. Itu belum lagi duit poket untuk anak-anak pada setiap hari. Dan yang lebih memeritkan, jika mereka mempunyai anak-anak yang ramai yang masih bersekolah.


Begitu juga pada setiap awal bulan Julai, ibubapa sekali lagi mengeluh. Perbelanjaan yang lebih besar diperlukan untuk mendaftarkan anak mereka yang berjaya menempatkan diri di institusi pengajian tinggi. Perbelanjaan untuk keperluan mendaftar, membeli barang-barang keperluan, kos minyak dan makan minum bagi mereka yang menghantar semasa pendaftaran dan lain-lain kos yang berkaitan.


Ibubapa akan mengeluh. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kononnya negara akan melangkah menjadi negara maju tidak lama lagi. 


Setiap kali berlakunya kenaikan harga barang-barang, maka mereka menuduh kerajaan tidakprihatin kepada rakyat. Mereka hanya lebih memfokuskan poket masing-masing poket kroni-kroni mereka. Itu mungkin ada benarnya. Untuk perbelanjaan yang seperti diatas dangan ditambah perbelanjaan harian di rumah, segala bil-bil air dan elektrik, mereka akan bising-bising menuntut supaya kerajaan menurunkan harga barang-barang keperluan asas.


Tapi, pernah kah mereka merungut untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain? Undi AF,Mentor, Rajalawak or Maharaja  lawak, rokok, melepak di kedai makan atau restoren setiap hari. Atau lain-lain perbelanjaan yang menurut segala kehendak mereka. Walhal terdapat sesetengah perbelanjaan tersebut sebenarnya tidak mendatang sebarang keuntungan sebaliknya merugikan. Mereka tidak pernah terfikir untuk menggunakan wang yang digunakan untuk perbelanjaan tersebutuntuk disimpan dan digunakan apabila amat diperlukan kelak. Mereka tidak fikirkan soal tersebut. Dan mereka tidak pernah salahkan diri sendiri untukperbelanjaan tersebut.


Pernah sekali aku bertanyakan seorang chatter, " ada baiknya jika kamu gunakan duit yang kamu UNDI AF, Mentor dan lain-lain rancangan sepertinya itu dengan memberikan kepada ibubapa atau menyimpan untuk masa depan"


Jawapan yang aku terima dari soalan tersebut cukup "positiif". Dan aku sememangnya menjangkakan jawapannya. " Ada aku gune duit kamu undi AF? Ade aku menyusahkan kamu? ikut suka aku la duit aku"


Itulah jawapan yang aku terima dari pemikiran seorang gadis muda yang sudah berkerjaya. Cukup "positif". 


Dan kita pun tahu, golongan yang fanatik mengundi untuk rancangan seperti itu bukan terhad kepada golongan muda tetapi turut melibatkan golongan tua. Itu adalah hakikat. 


Apa-apa pun, mereka tidak pernah memikirkan bahawa mereka sebenarnya mampu untuk mengubah keadaan sebenarnya. Setiap keputusan mereka akan memberi kesan. Jika keputusan mereka berpandukan akal pemikiran yang wajar, maka petusannya pasti positif dan jika keputusan dibuat berdasarkan nafsu semata-mata, pastinya keputusannya negatif. 




p/s : Menabung akan memastikan masa depan terjamin....

0 comments :: Nilai RM semakin kecik dan kecik bila semua harga naik???

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET