Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

PTPTN or PTPTipu ? which one?



Sebelum aku bercakap banyak, korang tengok aje blog di atas. Cun kan? Tuan punye blog pon cun jugak. Tapi mulutnya mungkin kurang cun, Opss...bukan mulut tapi jarinya yang kurang cun semasa menaip. Kalau tak nampak, sila klik di sini ya?

Kita orang melayu, diajar supaya menghormati orang lain, bersopan santun dan berbudi bahasa. Apabila bercakap, bercakap dengan nada yang tidak terlalu tinggi dan lemah lembut. Kita juga diajar supaya berbuat baik dengan orang lain, terutamanya yang berbudi dengan kita. Kita diajar sejajar dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah, Nabi junjungan kita. Selaras dengan agama Islam yang kita anuti.


Jadi, kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu kita. Ucaplah terima kasih dan bersyukurlah kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kita semua tahu, barangsiapa yang bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi, maka Allah akan menggandakan lagi rezekli mereka. Kita tahu itu.


Jika kamu menganggap pinjaman PTPTN itu satu penipuan yang akan membebankan diri kamu pada masa akan datang, maka usahlah kamu pinjam dan gunakan. Carilah duit lain. Usahakalah untuk mendapatkan biasiswa yang semestinyatidak perlu kamu bayar balik. Atau, gunakanlah duit kamu sendiri.


Jika kamu tahu kamu tidak mampu, dan kamu tahu kamu perlu  mendapatkan pinjaman PTPTN juga untuk melanjutkan pelajaran, maka berterima kasihlah. Bersyukurlah kepada Ilahi dengan rezeki yang kamu perolehi.






p/s: maaflah kalau kamu terasa dengan entri kali ini.



8 comments :: PTPTN or PTPTipu ? which one?

  1. tima kasih banyak-banyak sebab promote page aku...
    aku tak perlu kan kau menilai aku.. cukup allah ja tahu.
    tima kasih~

  2. betol bwetol betol . setuju sangat2 . napa kata PTPTN penipu? sebab diorg bg pinjam ckit , tp kne byr lebih ke?? dah kata PINJAMAN, mestilah ada interest . sebab diorg nak wat pusing balik modal nak bg pinjam kat org lain pulak. bukan yg pinjam, akn byr serentak dengan jumlah yg mereka pinjam. dah dpt duit tu, kira beruntung la. tak tau ape lagi yang tak puas hati .

  3. terima kasih ptptn !

  4. mula2 kurang percaya dgn kenyataan Abe Long. Tapi bila baca komen si tuan blog, erm percaya dengan kata-kata itu..

    Ya, kita patut bersyukur. PTPTN tipu? Mana ada.. Kita sendiri yang sign masa nak minta kelulusan PTPTN. Dah turunkan tanda tangan, tak baca dulu ke?

    kite bersyukur kerana tanpa PTPTN, kite akan susah masa hidup di kampus dan menyusahkan parent.

  5. saya tahu, entri sy kali ini mengguris perasaan dia. sy mintak maaf but this is a truth..walopon rase pahit, kene bgtau jugak.

  6. emm.. sy pun pinjam ptptn.. ptptn da wat usrah untuk studnt.. turunkan lg plak tu jumlah pembayaran.. bersyukur sb ad yang tolong bila kita perlukn pertolgan kan.kalau tak de ptptn, mana nk cri duit smbg blajr kalau yg pinjaman lain kita tak layk?

  7. yana suka ckp duit ptptu.. bkn ptptn .. dah sedar! betul lah apa yg anda ckp niii..

  8. Ape da... Nak kutuk2 blogger lain pulak... tak cool okey... Kenapa RAMAI pelajar sebut PTPTIPU? Banyak sebab munasabah.. Sebagai contoh, PTPTN mengenakan caj perkhidmatan yg tinggi. Bukankah itu riba? Dalam Islam riba itu HARAM. Persoalannya, benarkah PTPTN itu bantuan? Atau perniagaan like bank loan?. Perlukah kadar bunga yg tinggi jika benar2 utk membantu? PTPTN boleh dikatakan "Along" la kiranya.. Ramai terdesak sbb x mampu jadi PTPTN datang menawarkan "bantuan" bersama Riba.. Perlukah seorang ISLAM bersyukur apabila terlibat dalam riba? Islamkah anda jika support riba? Sekarang anda bangga & konon2 bersyukur dgn PTPTN.. Apabila anda perlu bayar nanti.. anda akan rasa kenapa org sebut "PTPTpU". cth, nak g luar negara pon x leh nanti kalau x habih bayar walaupun kita byr tiap2 bulan. Ha takkan nak tunggu 10 tahun hbis byr baru boleh buat haji atau sambung blajar oversea? Kot2 mati x sempat! salah siapa? PTPTN ada byk peraturan MENGARUT.. Jadi jangan mengutuk pendapat org lain sekiranya mereka sebut PTPTPU. Bukan sebab TAK bersyukur tetapi ada sebab munasabah.. Think! Kenapa perlu ada peraturan "sampah" walaupun mereka bukan peminjam tegar? Kasihan blogger tersebut kerana dimalukan oleh anda. Sedarlah bahawa "Allah bayar Cash hari ni". Jangan riak atas kesenangan yg diberi.. ~ Maaf jika terkasar bahasa ~ Buka mata, buka minda agar kita tidak tertipu dgn permainan dunia. Sekian, Harap maklum.

    p/s : Saya bekas peminjam PTPTN. Tetapi sudah mendapat tajaan JPA. baru pinjam 3500 dah kena bayar 2x ganda.. Ha? bukan PTPTipu namanya?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET