Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Sekadar pertanyaan .....Mesti baca!!

Aku selalu mendengar ( memang 100% ) mereka berkata bahawa duit/wang yang diuruskan oleh kerajaan adalah WANG RAKYAT. Adakah ini bermakna kerajaan memang tak ada duit sendiri?


Bagaimana pula dengan sesetengah pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Malaysia ber Mentalitikan Subsidi. Jadi, setiap perkara/kerja yang mereka ingin lakukan, kerajaan perlu memberikan subsidi agar kos menjadi lebih murah.


Apa pendapat anda berkenaan dengan 2 pernyataan di atas.
Pendapat anda amat dialu-alukan.
Terima kasih.

3 comments :: Sekadar pertanyaan .....Mesti baca!!

  1. kerajaan bukan semata-mata menguruskan duit rakyat. duit kerajaan datangnya dari hasil bumi malaysia ni jugak, macam hasil MINYAK, hasil PERTANIAN, hasil PERINDUSTRIAN dan segala aktiviti ekonomi lain.

    duit kerajaan yang datang dari rakyat tu sebenarnya datang dari cukai pendapatan/cukai perniagaan dan segala macam cukai lah.

    semua negara pun bagi subsidi terhadap rakyat negara masing2. macam negara Brunei subsidi minyak adalah 100%.

    negara ni negara kita, kalau subsidi tak mengalir kepada rakyat maka pada siapa lagi? takkan pada orang asing pulak.

  2. Jadi Alexandriana Alia, kerajaan perlu terus memberi subsidi? Jika subsidi terus dan terus diberikan, aku berpendapat, rakyat tidak akan pernah merasa susah walo sedikit (mungkin).
    Jadi, setiap apa sahaja yang dilakukan, rakyat dengan secara automatik akan mengharapkan subsidi diberikan kepada mereka. Tidak salah diberikan jika kepada yang betul-betul memerlukan.

    Pihak pembangkang terutamanya, melaung-laungkan bahawa DEB sudah tidak releven. Sudah tidak diperlukan sekarang kerana rakyat sudah pandai berdikari. Jadi, dari mana datangnya subsidi jika bukan dari DEB? Jadi, jika DEB sudah tidak diperlukan, bukankah ia bermakna subsidi juga turut tidak diperlukan?

  3. sebenarnya subsidi patut diberikan kepada mereka yang LAYAK. tapi mana ada kes macam ni kat negara kita. semua orang dapat subsidi minyak yang sama. tak kira jutawan, mahupun orang kebanyakan, akan beli petrol dengan harga yang sama.

    rakyat yang susah akan terus susah sebab mereka beli minyak sama harga dengan si jutawan beli minyak. yang makan gaji tiap bulan akan tetap makan gaji, yang kaya raya akan terus kaya.

    plus, mungkin kerajaan patut bezakan subsidi golongan kaya raya dan rakyat biasa.?

    yang kaya akan terus kaya, sebab mereka ada duit untuk malabur juta-juta setahun dan dapat pulangan berkali ganda selepas beberapa tahun, yang makan gaji akan tetap makan gaji.

    mmg saya hanya merujuk kepada rakyat yg memerlukan. sebab kebajikan golongan memerlukan adalah tanggungjawab kerajaan, takkan nak biarkan rakyat susah dan terus susah.

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET