Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

GEMPAR!!! Rahsia disebalik putusnya pertunangan Khairul Fahmi Che Mat

Dalam banyak-banyak hal, aku boleh dikatakan lambat menerima maklumat. Tidak kisahlah apa juga perkara dan isu dan aku juga turut lambat mengeluarkan pendapat dan komen aku. Bos aku selalu berkata, jangan cepat membuat keputusan sehingga kita betul-betul yakin keputusan yang kita buat adalah betul. Usah terburu-buru membuat keputusan yang akan menyelesaikan satu masalah tetapi hakikatnya mencipta lebih dari satu masalah. Bagi aku, apa juga keputusan yang ingin dibuat, kaji terdahulu baik dan buruk. Lihat mana yang lebih banyak, baiknyakah atau buruknyakah.

Berbalik kepada cerita asal yang ingin aku ketengahkan sebenarnya, aku baru sahaja lepas membaca entry dari kapten atuk yang dahulunya aku kenalinya sebagai fatt chin chow. Sehingga kini aku masih lagi memanggilnya dengan panggilan ah fatt. Dah terbiasa macam tu. Ceritanya berkaitan Khairul Fahmi Che Mat yang putus tunang.

Aku bersetuju dengan pendapat Ah Fatt yang mengatakan tempoh pertunangan adalah satu tempoh untuk kita memastikan keserasian antara kita dan bakal isteri. Jika dirasakan tiada keserasian, maka lebih elok diputuskan pertunangan tersebut untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Jika wujudnya kerasian, maka lebih elok dipercepatkan perkahwinan bagi mengelakkan timbulnya pelbagai fitnah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkenal dan menjadi perhatian orang ramai.

Okay, itu sahaja yang ingin aku taipkan pada Jumaat hari ini. Walau apapun, lakukanlah sesuatu kerja dengan niat yang ikhlas dan niat untuk beribadat. Maka hidup kita tidak akan rugi di dunia mahupun di akhirat kelak. Itu sahaja. Innamal a'mal lubin niat.

Drpd Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W tlh brsabda:

" Sesungguhnya sesuatu perkara itu bergntung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatkannya.Jika hijrahnya adalah karana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi,atau kerana wanita yang ign dikahwininya,maka hijrahnya adalah berdasarkan apa yang diniatkannya. "

0 comments :: GEMPAR!!! Rahsia disebalik putusnya pertunangan Khairul Fahmi Che Mat

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET