Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

dijajah 400 tahun, DEB cuma 20tahun Cukup ka?

Seeperti biasa dan seperti yang selalu akulakukan, apabila aku terbaca artikel tidak kira sama ada dari pro kerajaan atau pro pembangkang,, jika aku tidak bersetuju, maka akan aku tetap katakan aku tidak bersetuju. Kali ini ia ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ibrahim Ali berkenaan DEB dan Tanah Melayu yang dijajak British lebih dari 400 tahun.

Berbanding dengan lain-lain negara di Asia tenggara yang dijajah, Tanah Melayu yang namanya kini adalah Malaysia merupakan yang paling cepat membangun dan sedang menuju ke arah sebuah negara maju. Malah jika dibandingkan dengan Thailand, negara yang tidak pernah dijajah, Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia yang membawa maksuh Melayu Punya lebih membangun berbanding Thailand.

Jadi, apa yang ingin saya katakan, negara yang paling cepat membangun dengan percambahan ekonomi yang pesat telah membuka mata kepada lain-lain negara di dunia untuk mencontohi Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia. Jika lain-lain pemerintah sama ada dari kalangan negara membangun atau mundur, mereka menjadikan negara sebagai contoh dan banyak pendapat-pendapat kita mereka minta. Bagi mereka, negara kita cukup bertuah kerana memiliki negarawan yang boleh dikatakan bijak dan bijaksana. Kenapa kita yang menjadi rakyat negara ini pula tidak mengucap syukur dikurniakan negarawan yang ulung. Adakah kerana terdapat pentadbir-pentadbir yang korup?

Berbalik kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali,tempoh masa 20 tahun selepas penubuhan DEB iaitu dari 1970 hingga 1990 adalah tidak mencukupi bagi lebih memajukan lagi ekonomi orang Melayu. Mungkin betul dan mungkin juga tidak. Jika dibandingkan dengan pencapaian negara sehingga kini, kita sepatutnya telah mencapai 30% pegangan ekonomi untuk kaum bumiputera. Adalah tidak mustahil jika sasarn 30% pegangan ekonomi negara dimiliki oleh orang Melayu. Tapi, apakah penyebab tidak berlakunya seperti yang disasarkan. Berikut adalah beberapa pendapat yang negatif (mungkin) yang keluarkan dengan penuh emosi oleh beberapa orang yang boleh dikatakan agak !@#$%^&*?



Konklusinya sebab mengapa Melayu tetap tidak boleh mencapai matalamat untuk memegang 30% pegangan ekonomi negara adalah berpunca dari Melayu-melayu seperti diatas yang hanya pandai menyalahkan orang lain sebaliknya diri sendiri hanya kerja untuk cari kelemahan dan kesilapan orang lain. Jika ramai rakyat Tanah Melayu yang namanya kini Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak,walaupun diberi 400 tahun sekali pun, usahkan 30%, 10% pun belum tentu gamaknya.

Itu belum lagi ditunjukkan dengan perangai-perangai yang ingin cepat kaya dalam tempoh yang singkat. Kena ampu sikit oleh kaum cina, terus percaya bulat-bulat. 

p/s : Melayu tetap Melayu yang ciri-cirinya kuat dengki dengan kejayaan orang lain dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan diri mereka.


0 comments :: dijajah 400 tahun, DEB cuma 20tahun Cukup ka?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET