Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Terpaksa melacur demi membesarkan anak. Bolehkah?

Salam dan selamat sejahtera......

Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang melacurkan dirinya semata-mata mahu membesarkan anak-anak?

Pernahkah anda mendengar pencuri yang mencuri pada setiap malam di rumah-rumah orang kaya semata-mata mahu membantu orang-orang miskin di kampungnya.

Pernahkah anda semua mendengar salah satu atau kedua-dua kisah di atas? Pada pemikiran anda semua, betul atau tidak tindakan yang dilakukan oleh si ibu yang terpaksa melacurkan dirinya semata-mata mahu membesarkan anak-anaknya dan si pencuri yang daif, mencuri di rumah orang-orang kaya dan kemudiannya diberikan kepada orang-oranag miskin? Apa pendapat anda?

Apa  yang kita tahu, niat si ibu dan si pencuri tadi cukup mulia, mahu membesarkan anak-anak dan mahu membantu orang-orang miskin. Tidak ada seorang pun ibu yang tahan melihat anak mereka kelaparan yang akhirnya akan menyebabkan kemungkinan mati kebuluran. Malah cukup mulia niat si pencuri tadi yang sanggup mencuri demi untuk menolong orang-orang miskin yang mungkin kelaparan kerana tidak ada wang untuk membeli makanan. Soalnya di sini, wang adalah penyebabnya. Si ibu sanggup melakukan kerja terkutuk tersebut untuk mendapatkan wang untuk memberi makan anak-anak dan si pencuri tadi tidak takut tangannya  di potong semata-mata untuk membantu fakir miskin.

Namun, tahukah kita semua. Niat sahaja masih tidak cukup. Walaupun kita tahu, apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan, kita telah diganjari pahala awal-awal lagi. Itu baru sahaja niat. Belum lagi melakukan apa yang diniat itu.Itulah ISLAM. Cukup mudah dan indah jika kena pada caranya.

Niat yang mulia akan lebih mulia apabila disertai dengan cara yang betul tapi bagaimana pula dengan niat yang mulia tapi disertai dengan cara yang cukup hina dan jijik seperti 2 situasi di atas? Adakah cukup dengan niat sahaja untuk kita menghalalkan segala yang kita lakukan? Cukupkah sekadar niat?

Ingatlah Niat sahaja tidak cukup untuk kita menghalakan cara yang akan kita lakukan. Kita perlu tahu, semulia manapun niat, mestilah dilakukan dengan cara yang betul. 

Pernah dengar cerita seorang pelacur di masukkan ke syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing?

Fikir-fikirkanlah terlebih dahulu apa yang ingin kita lakukan dan bagaimana caranya. Niat tidak menghalalkan cara tapi cara itu sendiri yang akan menghalalkan niat.

2 comments :: Terpaksa melacur demi membesarkan anak. Bolehkah?

  1. SEMUA ORG TERNANTI NANTI PROGRAM SEUMPAMA INI
    DUDUK DIAM PUN DAPAT DUIT (ROI)
    JOIN SKRG JGN SAMPAI TERLEPAS PELUANG
    PENDAFTARAN PERCUMA DI :-
    Mulakan langkah bebas kewangan anda dengan Revolusi Perniagaan Internet!
    Berminat?
    www.libertygold4u.com/nakincome

  2. niat tak menghalalkan cara...
    banyak lagi cara untuk dapatkan duit...
    jgn mencari jalan mudah je...
    guna kan lah tulang 4 kerat tuk berkerja walaupun sebagai pencuci tandas..
    itu jauh lebih mulia dari jadi pelacur atau pun pencuri..

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET