Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

UMNO-BN ialah punca semua kesilapan...

Bertemu semula kita pada hari ini dengan pandangan dan pendapat peribadi aku yang tak seberapa. Jika ada benarnya, maka bolehlah anda ceduk dan jika salah, tidak salah untuk anda menegur. Menjadi tanggungjawab anda menegur jika sesuatu yang dikhabarkan adalah tidak benar.

Berbalik kepada tajuk di atas, sempena dengan ucapan oleh Najib Tun Razak semalam. Beberapa akta telah dimansuhkan untuk kebaikan semua rakyat dan negara termasuklah Akta ISA. Pihak pembangkang dari dulu lagi berusaha dan menuntut supaya akta tersebut dimansuhkan mungkin demi agenda mereka yang tersembunyi terutamanya DAP. Mereka menggunakan orang Melayu. Dan sekarang akta tersebut dimansuhkan seperti yang mereka inginkan. Berita yang cukup baikuntuk mereka. Namun bunyinya cukup sinis. Keputusan kerajaan memansuhkan Akta ISA turut mereka politikkan. Pemansuhan akta tersebut dikatakan demi kebaikan peribadi Najib sendiri dan bukannya untuk kebaikan rakyat. Sebab itulah aku letak tajuk seperti di atas. Sama ada najib terus menggunakan ISA atau memansuhkan ISA, kesannya sama sahaja. Mereka hanya pandai menunding jari menyalahkan kerajaan.





Contoh-contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa sahaja tindakan kerajaan sama ada tentang perkara baik apatah lagi jika yang tidak baik, kesan buruk pastinya kerajaan yang menjadi penerimanya. Apa sahaja niat kerajaan untuk membantu pasti akan dimanipulasikan yang kemudiannya akan diwar-warkan sebagai gula-gula demi pilihanraya yang akan datang. Oleh itu, usahlah kita terkejut. Ini sememangnya menjadi perkara biasa dan lumrah kepada mereka yang tamak yang mungkin tidak pernah menyebut perkataan SYUKUR kepada ALLAH S.W.T yang mengatur semua ini.

Berikut pula notes hasil nukilan daripada pemilik fesbok ini. Mungkin juga merupakan pendapat beliau tentang perubahanyang dilakukan oleh Najib Tun Razak semasa berucap sempena dengan perutusan hari merdeka Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia. Pendapat beliau jika dibaca dan diteliti lebih kepada tuduhan peribadi. Apa-apa pon, anda boleh baca notes beliau di bawah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 POINT PENTING UCAPAN NAJIB: Demi Besan Komunis...ISA di hapuskan??

by Ibn Falaky on Friday, September 16, 2011 at 8:48am
1. MEMANSUHKAN Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960?
*Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi.ISA di cipta oleh Pihak British dan Barat adalah untuk mengekang dan menghalang Pengaruh Komunis. ISA bukan sahaja digunakan di Malaysia...ia meluas di semua tanah Jajahan British. Dan sudah banyak lagi ISA tidak relevan sekarang ini kerana Kuasa Besar Kominis seperti Russia telah runtuh. Di Malaysia ia digunakan bagi menahan dan memenjarakan musuh politik BN dan juga demontrasi jalanan...Ia digunakan sebagai untuk mengekalkan Pemerintahan UMNO BN. Tetapi jika ia dimansuhkan...adalah kerana Besan Komunis bakal kita terima...hehe

2. GUBAL 2 UNDANG-UNDANG BARU menggantikan ISA?
* Sedangkan banyak hal hal lain yang tidak mengunakan ISA pun mereka mengunakan Hukum Rimba dan Akta Citarasa UMNO sebagai menghalang Kebangkitan rakyat. Rakyat yang berdemo pun boleh di bunuh ini kan pula akta baru?. Baju T.Shirt pun boleh diharamkan dan dirampas. Undang2 cita rasa Umno berkemungkinan boleh digantikan sebagai akta baru itu....hehe

3. MEMANSUHKAN Akta Buang Negeri 1959?
* Biomarix bertinbum masuk...Undi hantu dan I/C palsu berluasa. Adakah dengan membuang daerah itu dapat menambahkan PATI lagi sebagai pengundi BN?...Daerah mana datangnya pengundi Bimatrix itu??....hehe

4. MENGKAJI Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984?
* Harakah dan lain lain paper pun boleh kena haram dan sekat penerbitannya walaupun akta ini tidak digunakan. Misalnya "Felda Bangkrap" adakah akta ini digunakan??...tak guna pun mereka Umno BN sekat jugak...Dan media masa yang dinaungi UMNO BN sepenuhnya tidak pernah bebas pun. Sebagai satu contoh lagi Kontravesi Mat Sabu Mat Indera...UMNO BN membuat fitnah meluas di media masa mengatakan PAS dan Mat Sabu adalah penyokong Komunis...sedangkan Ucapan sebenarnya tidak disiarkan. Kalau ada mana ucapan balasan pembangkang..ia sudah di editkan..akta ini sedang berjalan??...hehe

5. MENGKAJI seksyen 27 Akta Polis 1967 peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun?
* Perhimpunan pembangakan tidak pernah diluluskan dan dibenarkan walaupun permit di mintak. Perhimpuan Patriotik yang tak berfedah langsung itu pun boleh diluluskan. Adakah akta ini digunakan? Demo kepala lembu,demo Umno di penang yang hampir huru hara dan mengancam bangsa cina di bandar penang itu adalah akta khas buat Umno??..hanya akta baru mengikut hawa nafsu Umno Bn sahaja boleh di buat. Asalkan ia bukan pembangkang...hehe

6. Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua2 Majlis Parlimen agar ketiga2 proklamasi darurat ditamatkan?
* Selama ini akta yang terkandung dan diguna pakai oleh UMNO BN itu adalah akta akta darurat yang sekarang walaupun tidak darurat telah banyak digunakan. Aadakah negara kita sekarang baru tak darurat??..dulu selama ini darurat ke??...tidak darurat pun akta akta ini di gunakan...hehe

Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi.
Penghapusan ISA??....Itulah gula-gula PRU13 nanti.

Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi...Gula-gula bakal di taburkan lagi setiap kali PRU. Dan selepas PRU ianya tidak relevan disebabkan Pelbagai Alasan lah kononnya buat UMNO BN....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi aku, apa juga tindakan kerajaan. Hasilnya tetap negatif. Mengapa aku berkata sedemikian? Jawapan yang cukup senang dah mudah. Fikiran pembangkang telah di SET kan NEGATIVE. Formulanya lebih kurang seperti di bawah.

1. negatif + negatif + negatif  + negatif = mestilah negatif.

2. negatif + positif + negatif + positif = juga negatif

3. positif + positif + positif + positif = hasilnya tetap juga negatif.

Jika berpandukan kepada formula diatas, formula yang ketiga sepatutnya hasilnya sepatutnya positif. Ini kerana sumbernya adalah positif. Sebaliknya hasilnya tetap negatif adalah di sebabkan setiap pemikiran mereka telah di setkan sebagai hasil yang negatif. Jadi, kesimpulannya, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan, janganlah mereka berharap akan mendapat reaksi dan tindak balasyang positif dari rakyat terutamanya dari parti dan penyokong pembangkang.

Bagi aku, jika sesuatu perkara yang akan kita lakukan akan mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan, maka bolehlah kita pertimbangkan untuk dilaksanakan tetapi sebaliknya jika lebih banyak keburukan, maka abaikan. Jangan diteruskan jika kita telah mengetahui lebih banyak keburukan yangakan kita terima yang kesannya akan menyusahkan rakyat.

0 comments :: UMNO-BN ialah punca semua kesilapan...

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET