Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Trip ke Desaru, Johor.

0 comments


Seperti entri saya sebelum ini, ada menyatakan bahawa saya akan ke Desaru. Kali pertama ke sana. Tidak tahu bagaimana keadaannya nanti. Bersama dengan anak-anak buah seramai 70 orang, saya telah menyewa dua buah bas dengan kos keseluruhan RM 3 800.00. Perghhhh abes licin duit tapi takpe, itu bukan duit saya pun. Duit organisasi sebenarnya. Hahaaah Kalau habis 10K pon, ade ceq kesah? hahaha


Trip kali ini bermotifkan tugas sebenarnya. Aku ( tadi bukan main ber saya-saya. Hahahaha ) ditugaskan untuk menghantar 70 orang anak buah aku ke Desaru untuk bekerja di sana. Harap-harap pegawai dari Putrajaya sedia menanti aku di sana. Jika tidak, aku terpaksa membuat keputusan yang agak pelik dan kadang-kadang boleh juga dikatakan agak pelik dan memalukan kot. Hahhahaha Apa-apa pun, kita makan angin dulu!!!! hahahaha


Jika mengikut apa yang dirancangkan, kami sepatutnya bertolak pada jamm 7.30 tapi disebabkan mereka agak lambat, menyebabkan kami lewat 30 minit. Nak kena snap gambo banyak-banyak ni. Hehehe Jom layan gambo-gambo dulu...












p/s : Lepas je Mersing, aku terlelap. So xde la gambonye selepas itu. Nantikan untuk the next entry, pic-pic lawak dari saya. TQ!

tarif elektrik akan DITURUNKAN!!!

4 comments
Berita Harian, 27 Mei 2011


Tarif elektrik akan ditentukan pada hari ini, itu apa yang tertulis di dada akhbar Berita Harian. Sama ada tarif elektrik akan naik mahu pon turun atau statik pada tarif yang sedia ada. Kenaikannya pasti hanya melibatkan nilai sen sahaja. Tidak seperti petrol dan diesel yang dinaikkan oleh Arwah PM kita yang ke lima dahulu. Kenaikan tarif yang betul-betul menyusahkan rakyat.


Mentang-mentang bini dia orang cina, semua perkara yang dibuat hanya untuk kebaikan orang cina sahaja. Pada aku, itu baru betul-betul perdana menteri yang sebenar pada ketika itu. Paklah bukanlah PM tapi bininya ( jane abdullah ). Kenaikan petrol dan diesel secara mendadak menyebabkan rakyat terutamanya lapisan bawahan merasa bahang dan derita. Semua harga barang-barang naik mendadak juga.


Rosmah mungkin PM untuk kali ini ( kata orang la ) tapi dia hanya pandai guna duit sahaja ( mungkin ) tapi jane abdullah walaupun tidak menggunakan wang rakyat ( mungkin ) tapi semua rakyat hidup susah akibat kenaikan bahan api dan juga harga barang-barang lain. Jadi mana lagi teruk?


Harap-harap tarif elektrik akan diturunkan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat. Pada pendapat aku, memang tarif elektrik akan diturunkan memandangkan General Election ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi demi mendapatkan sokongan dari rakyat. Apa yang dilakukan adalah sama seperti harga RON95 yang masih kekal harganya.






p/s : apa2 pun, aku Melayu, dan aku akan tetap sokong UMNO. PKR? Bleh blah la beb......

minggu makan angin..

3 comments
Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tentulah nak bercerita tentang kerja aku yang seperti jalan-jalan cari makan. Dan minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan. Tak pernah lagi terasa sepenat ini sejak dahulu kala. Hahahaha


Kata orang tua-tua, jika hujan mula turun pada hari Jumaat, maka hujan akan berterusan sama ada  sekejap hujan sekejap panas ataupun hujan secara berterusan sehinggalah ke hari Jumaat yang akan datang. Nasib yangsama juga menimpa aku tapi ia tiada kaitan dengan hujan. Cuma terkena hujan tuh adalah.


Bermula denganhari Jumaat, aku menaiki motor LC aku dari Rantau Panjang terus ke umah aku di Cherating. Kira-kira aku cukup senang. 75 KM untuk satu jam aku bawak motor. Itu kira-kira budak darjah satu pun pandai. Masa keseluruhan yang aku ambil untuk bawak motor dari Rantau Panjang, Kelantan menuju ke Cherating, Pahang cukup lama. Lebih kurang 5 jam sahaja. Tempoh tersebut termasuklah masa yang aku ambil untuk berhenti isi minyak. Aku tidak berhenti makan atau minum.


Jam 5.20 petang di Rantau Panjang, lebih kurang jam 10.30 malam aku berada di rumah aku, Cherating. Bagi aku penat tidaklah sangat. Cuma nasib aku kali ini kurang baik seperti selalu. Mula dari sempadan Kelantan-Terengganu ( Jerteh ), aku ditimpa hujan lebat. Motor yang aku bawak sekitar 140/130km/j, aku perlahankan ke 110/120km/j. Ini kerana penglihatan yang agak terhad. Aku kehujanan hampir satu jam. Hampir sampai di Kuala Terengganu. Sejuk tak reti nak kata dah.


Keesokan harinya ( Sabtu ), jam 8 malam aku bertolak dari Cherating menuju ke Ipoh. Juga dengan menaiki motorsikal LC aku. Dengan tidak seberapa pantas, aku tiba di Kuala Lumpur jam 12 tgh malam dan jam 3.30 pg aku sampai di terminal bas Gopeng, Ipoh. Mengapa aku tiba lewat di Ipoh? Jawapannya cukup senang, ketika aku masuk ikut exit Simpang Pulai, didapati polis sedang mengadakan sekatan jalan. Nak mampos! aku mana ade lesen, so aku cabut la ikut highway semua. Itulah sebabnya aku sampai lewat....


Sementara menanti adik aku sampai dari Kelantan, aku tidor dulu di terminal untuk menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan. Ok...nanti sambung kemudian plak...


bubbye...

Movie time!

6 comments
Sejak sehari dua ni, aku terasa macam nak menonton filem or etc. Cadang nak g tengok kat pawagam. Banyak movie yang aku nak tengok bebenonye. FF5, kongsi, lagi ape tajuk eh, lupe pulak. Apa-apa pun malam nanti aku nak pergi kuantan, tengok bulih satu or dua movie then terus naik bas balik kelantan. Dah lama benor aku simpan motor kat sana. ENtah-entah dah berkarat kot. Aku tak pasti. ( pada hal ayah aku pinjam ) Hahahhaha


Adala dua tiga jenis movie aku download. Kebanyakannya movie Siam. Aksi punya movie. Boleh tahan la jugak citer yang aku tengok ni. Tajuk die Yamada, The Samurai Of Ayuthaya





Movie ni tahun lepas punya. Subtitle malay or english not supported. Jadi, jika anda tidak memahami bahasa siam, adalah tidak digalak untuk menonton. Kang anda tidak faham apa yang di cakapkan. Saya lain la..Hahahaha


Seperti di Malaysia yang terkenal dengan silatnya, begitu juga dengan siam yang terkenal dengan Muaw Thai. Sama juga dengan silat, terdapat pelbagai jenis aliran silat. Jadi, begitu juga dengan muaw thai, terdapat pelbagai jenis aliran muaw thai dan muaw thai ayuthaya adalah salah satu. Ia bukan setakat seni mempertahankan diri, malah yang lebih dasyat ialah seni mempertahankan diri untuk pahlawan-pahlawan mereka membunuh musuh.








Untuk download, sila klik link di bawah.


Mediafire
1. Yamada, The samurai of Ayuthaya - Part 1
2. Yamada, The Samurai of Ayuthaya - Part 2


Fileserve
1. Yamada, The Samurai of Ayuthaya

p/s : Jadi, untuk siri aksi, anda tidak akan kecewa. Selamat menonton.

duit datang menyembah kaki ku

5 comments
Salam Kenal. 
mengirimkan balasan Anda ke email pribadi saya rosdiana@hotmail.com   Saya Rosdiana. A.C. Saya tinggal dan bekerja di London . Saya menikah dengan seorang warga negara Amerika. Kami hidup menetap di London . Suami saya menikah dengan istri lain, seorang warga negara Amerika sebelum dia bertemu saya. Dia tidak membawa ini untuk memberitahu saya sebelum kami menikah. Jadi saya berstatus istri kedua.



Saya hidup bahagia dengan dia tapi jujur istri pertamanya memberi saya neraka di rumah kami. Saya berencana untuk memindahkan uang suami saya ke Indonesia, negara asal saya. Jika saya tidak bertindak cepat sekarang, saya akan kehilangan segalanya dalam satu detik.



Saya bekerja di perusahaan suami saya sebagai akuntan. Saya memegang bagian account. Saya berencana untuk memindahkan jumlah total sebesar £ 2,000,000.00 GBP [Dua Juta Pounds Inggris] keluar dari perusahaan ini untuk masa depan.



Apabila saya tidak bertindak sekarang, akan ada masalah ketika suami saya meninggal dunia nanti karena istri pertamanya memiliki semua koneksi di perusahaan kami ini.



APAKAH ANDA MAMPU MENERIMA DANA UNTUK INVESTASI DAN MENYIMPANNYA SAMPAI SAYA TIBA DI INDONESIA ?

  

Saya butuh orang terpercaya yang tidak akan pernah mengkhianati saya.

  

Saya telah mengurus semua pengaturan tentang bagaimana dana tersebut akan tiba di Indonesia tanpa masalah. Kesepakatan ini 100% bebas masalah. Jika Anda siap untuk membantu, langsung balas email ini kerosdiana@hotmail.com  karena tidak ada waktu lagi yang dapat disia-siakan. Silahkan juga hubungi saya di



INI PENTING TOLONG DILIHAT.

Diana London
___________________________________________________________

Ok, itu email yang saya terima dari ntah siapa yang mengirimnya. Pada pendapat anda, adakah email tersebut boleh dipercayai atau tidak? Jawapannya sudah tentu tidak bukan?
Bagi aku, siapalah yang bodoh ingin memberikan wang yang sebegitu banyak kepada orang yang mereka tidak kenali. Bagi aku, sesiapa yang percaya akan mesej ini, pasti dia tidak pernah bersekolah. Atau pun dia memang dilahirkan untuk ditipu oleh orang bijak pandai yang semestinya suka mengambil kesempatan ke atas mereka-mereka yang tidak seberapa panjang akalnya.
Sama juga dengan kes-kes di mana ramai rakyat Malaysia, gadis-gadis dan wanita-wanita terutamanya. Mereka dijanjikan dengan hadiah dan wang yang menarik. Malah percutian ke luar negara lagi. Mereka kemudiannya di beri begasi atau beg untuk di bawa bersama semasa ingin berlepas. Dan akibatnya, mereka di tangkap oleh polis kerana cubaan menyeludup dadah. Akibatnya, mereka dipenjarakan di luar negara. Sudah tentu keluarga mereka di sini, tidak dapat melawat mereka. Tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Membuatkan keluarga mereka di sini amat susah hati. Berapa banyak kes-kes sebegini yang masih belum selesai perbicaraan.
Pendek cerita, gunakan akal yang diberikan Allah. Fikir lah semasak-masaknya. Siapa nak bagi duit secapa percuma jika tidak ada kerja yang akan di lakukan.

p/s : masuk tandas pun kene bayar beb,....kadang2 30sen tau dak.

kerja sia-sia

2 comments
Argghhhh...aku benci hari ini. Betul-betul membuang masa aku sahaja.  Kalo aku penuh kan masa tersebut dengan tidur pun best. Ni tak...terpaksa ke kuantan sebanyak 2 kali. Betul-betul membuang masa dan tenaga aku je.


Kali pertama, aku ke kuantan bersama dengan bos aku. Macam biasa la, banyak yang kami sembangkan. Tapi satu perkara yang sejak akhir-akhir ini kami sering berbincang. Tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang staff perempuan. Boleh dikatakan agak melampau dan kadang-kadang memang melampau pun. 


Kadang-kadang bos aku terpaksa mengawal kemarahan beliau. Bukan senang untuk menjadi pentadbir. Itulah yang selalu aku dengar apabila bersembang dengannya. Dan aku juga merupakan pentadbir seperti bos aku. Tak lama lagi jadi bos la plak aku. Hahahaha


Ok..lupakan pasal tu. Apa yang aku nak ceritakan di sini. Aku terpaksa menggunakan bas untuk ke kuantan pada kali yang kedua. Oleh kerana pada kali pertama pergi bersama bos, aku terlupa untuk mencatat nombor akaun. Oleh itu, cek tidak dapat di bank in kan. Agak lama juga aku berada di bank. Selalunya, jika hanya untuk cek, masa yang di ambil sekejap sahaja. Aku terpaksa berbohong sunat mengatakan dah selesai. Walhal aku membawa balik semula cek tersebut.


Akibatnya, aku terpaksa pergi sekali lagi ke kuantan dengan menaiki bas. Motor aku, ayah aku pinjam. Di kelantan sana..Jadi, jika aku ingin ke mana-mana, selain bersama bos aku, aku terpaksa menaiki bas. Hahahah sedih sungguh.


Gara-gara sekeping cek yang tak seberapa, aku keletihan hari ini. huhuhuhu








p/s : cepat pelupa betol la aku

the winner is...............??????

4 comments
OK...skang ceq nk umumkan pemenang bagi kontes yang di anjurkan oleh Cik Adibah. 




...


...


...


...


kejap.. ceq nak call cik Adibah. Mana la budak ni hilang


....


...




...




Cik adibah cakap dia kena call tanye si Ezad plak.




...






...




...




...




...




...






...






Lambat lagi ka ni....letih la kene tunggu.




....


....






....






....






...




....


Okay... cik Adibah dah call saye. Sat na




...




....




...




...




...
oh.. cik Adibah cakap.. tunggu malam nanti. ok. kite tggu!

Aweq baru la beb!!!

4 comments
Assamualaikum w.b.t kepada semua blogger-blogger sama ada otai mahupun newbie seperti saya.


Hajat di hati sebenarnya ingin menghasilkan satu entry untuk menyertai kontes yang dibuat oleh blogger sekencangangin. Begitulah draft-draft yang aku hasilkan. Tak kira mahu menghasilkan entry yang sebagaimana,. cuma apa yang pemilik blog mahukan adalah penghayatan. Jika lawak, maka selawak-lawaknya. Jika sedih, maka sesedih-sedihnya. Jika menakutkan, maka-maka betul-betul menyeramkan sehingga terbawa ke alam pertiduran ( mimpi la ). Jika penghayatan islam, maka benar-benar terasa hingga  ke lubok hati!!


Namun, hajat tersebut terpaksa aku batal. Bukan kerana malas, tetapi tak ada idea yang bebetolnya. Lagipun, sejak habis belajar bulan Januari lepas, aku sudah mula malas untuk menggunakan otak sangat. Hanya untuk kerja-kerja yang penting sahaja baru aku gunakan dengan penuh berhemah. hehehe


Tengah hari tadi, aku bersembang lebih kurang 30 minit bersama dengan bakal peguam muda. Biasala kan, credit aku ditaja oleh celcom selama 7 hari bermula jam 0000 pagi tadi. Kesempatan ini aku gunakan buat bersembang tanpa memikirkan banyak mana credit akan habis. Terima kasih Celcom!!


Good! Okay! Baik! Friendly! Ape lagi yerk yang boleh aku tujukan kepada bakal peguam muda kelahiran perak ini. Aku boleh bersembang baik walaupun ia baru kali pertama. Aku tidak kekok untuk berbicara walhal aku sebenarnya malu untuk bersembang dengan para-para wanita terutamanya yang lebih muda dari aku. 


Kepada sesiapa yang sedang mencari kawan or yang lebih dari itu, aku rekemenkan bakal peguam muda ini jika ia masih lagi belum berpunya. Aku pun tak tanya dia dah ade yang punya atau tidak. Hahaaha


Tanggapan pertama aku, dia baik.


p/s : Bakal peguam muda tersebuat ialah blogger ini!

Panggilan percuma 7 hari

3 comments
Salam semua....


Di sini ingin aku nyatakan kepada anda bahawa esok ( Sabtu 14/5/2011 ) merupakan sambutan bufday untuk telefon aku. Oh..simcard la beb..Ini bermakna aku akan mendapat panggilan percuma ke nombor 8pax secara percuma selama tujuh hari. Oh.. aku amat teruja!!


Namun, apa yang aku kesalkan, nombor celcom aku merupakan cemcol upax. Jadi aku hanya boleh meng"add" nombor-nombor upax untuk list 8pax aku. Tapi ia tentu susah dan terhad bukan? Dalam list 8pax aku, just ada 3 nombor sahaja. Itu pun kawan lama aku dan aku tidak tahu adakah mereka masih menggunakan nombor itu atau tidak.


Ok..Tawaran terhebat dan terhangat dari aku ( Abe Long ) untuk semua pengguna celcom upax!!! Jom sembang-sembang sampai batery fon abes!!! Sila inbox kan no fon ada ke account fesbook saye -=> eyeshield21@skychatz.org


Tawaran ini hanya terhad kepada 2 hari selepas entry ini di post. Jadi, kepada aweq-aweq, anda di alu-alukan. Kepada guys-guys terutanya Ezad Amir, harap maaf, permohonan anda terpaksa ditolak disebabkan oleh sedikit masslah teknikal yang tidak boleh di elakkan. TQ!




Aku daftar somcard ni atas nama owang len. hhuhuhu




p/s : Dok tengah pikiaq, nak call sape la nanti. Kalo tak gune, rugi plak kan?
p/s2 : Befday simcard je okek? Bukan befday aku pon.
p/s3 : pasal aku taip entry ni hari jumaat, okay?

Jawapan untuk blogger YaYa faNtasy - bertudung bukan tggu kamu ikhlas dahulu baru nak bertudung.

8 comments
Salam semua.....


Sejak semalam, aku berada di depan laptop hampir 20 jam jugak kot. Kerja-kerja aku semua aku letak tepi. Kenapa letak tepi? Pasai keje aku jaga owang, aku sorang mau jaga hampir 800 orang. Perghhhh letih la. Mana sempat jaga.


Okay lupakan pasal kerja. Semalam semasa tengok-tengok kat wall MALAYSIAN BLOGGER UNITE, aku tengok si Adibah Mazlan nak buat kontes. Tanya-tanya pendapat kontes apa yang sesuai di buat. Maka aku sekadar menjawab, apa-apa aja. Lantas aku menawarkan khidmat sebagai sponser hadiah. Nilainya cume kecil sahaja, RM30 berupa topup mana-mana sama ada Celcom, Maxis mahu pun DiGi. Tak kisah la kan.


Malamnya, aku ronda-ronda, pusing-pusing. Tengok-tengok sudah agak ramai yang menyertai kontes tersebut. Refer di sini jika masih ada yang tidak tahu. Bagi mereka yang dah tahu tapi masih belum sertai, cepat-cepat kerana hadiah telah meningkat kepada RM50 dan anda berpeluang untuk terbang bersama-sama Air Asia di mana-mana destinasi di seluruh dunia. Refer di sini pulak yerp...


Salah satu peserta kontes tersebut ialah cik yaya dengan blog YaYa faNtasy. Entry yang dihasilkan agak menarik namun, pendapat beliau tidak aku setujui walaupun memang benar, setiap amalan yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan ikhlas. 


Beliau berpendapat, tidak ada gunanya jika bertudung tapi tidak dilakukan dengan ikhlas. Tambah-tambah jika bertudung dikepala tapi terdedah di bahagian lain. 


Sebagai seorang muslimah, yang mengamalkan Islam sebagai panduan hidup, dan semestinya beragama Islam, kita seharusnya tahu dan maklum bahawa menutup aurat adalah wajib. Sama ada ikhlas atau tidak, itu terpulang kepada kamu. Namun, Islam menghendaki kita menutup aurat demi menjaga kesucian diri. 


Kita semua tahu kan definisi wajib? 


Jika dilakukan, akan mendapat pahala. Jika ditinggalkan akan berdosa. Dengan kata lain, sama ada kita suka atau tidak, kita ikhlas atau tidak, kita mesti melakukannya.


Sama juga dengan solat, adakah kita pasti semua manusia yang beragama Islam mendirikan Sembahyang 5 waktu denagn penuh ikhlas dan khusyuk? Jika mereka tidak ikhlas, maka adakah mereka tidak perlu Solat? Tunggu apabila ikhlas baru mula Solat?


Setiap amalan yang dilakukan, jika mahukan keikhlasan dari hati, maka lakukan selalu. Dengan melakukannya setiap hari dan waktu, akan sampai masa di mana kamu akan melakukan dengan ikhlas. Jika kamu hanya menanti ikhlas itu datang dan baru ingin melakukannya, maka bermimpi lah kamu.




p/s : maaf jika terasa. Terpaksa mengatakan sesuatu yang benar walaupun kamu mungkin marah dan terasa.

Hadiah tambahan untuk Kontes dari Adibah Mazlan

4 comments
Salam dan selamat sejahtera.....


Adakah anda sudah menyertai kontes dari Adibah Mazlan




Jika belum, pastikan anda cepat-cepat menyertainya. Anda pasti tidak akan menyesal.


Mengapa?


Kerana anda akan mendapat hadiah berupa topup sebanyak RM40.00 sahaja.


Dan sini saya umumkan sekali lagi bahawa hadiahnya bukan setakat itu. Bukan saya atau Adibah Mazlan sahaja yang men"sponsor"kan hadiah. Terdapat pihak yang ketiga turut memberikan peluang untuk anda memenangi hadiah yang lebih menarik dan pasti!!!!!! MELETOPPPPPP!!!!!!!




Bagaimana? Anda berpeluang untuk terbang bersama Air Asia di mana-mana destinasi. Bagaimana untuk memenangi hadiah tersebut? 


Pastinya dengan menyertai KONTES dari Adibah Mazlan !!!! dan memenangi Topup RM40.


Syarat menyertai kontes ini cukup senang


1. Follow blog cik Adibah Mazlan dan Abe Long ( saye le tu ).


2. Letak tajuk kontes "blog paling simple tapi bebas" dan link kan ke blog Adibah Mazlan dan di MALAYSIAN BLOGGER UNITE.


3. Tag Adibah Mazlan dan Abe Long. 


Lain-lain syarat sila lihat di SiNI okay?


JIKA anda memenangi kontes ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang di sponsor kan oleh  Air Asia dan DiGi berupa terbang ke mana-mana destinasi di seluruh dunia!!!


Bagaimana untuk berpeluang memenangi hadiah yang seterusnya?






p/s   :   Klik di sini.......terhad untuk pengguna DiGi sahaja yerp?



Contest menulis entry bebas!!!!!

8 comments

Hhohohohoh.....contest dari Cik Adibah Mazlan!!!!!!! 



hello semua . 
hari ini  Saya nk buad kontez . kontez apa ? kontez blog entri paling simple tpi Bebas . 
siapa mau join . jom lihat rules dye ok . 

bermula dari jam 5 Petang / 11mei2011


tamat pada 5petang / 12mei2011








1) mesti follow blog adibah mazlan  &  abe long ( wajib )
2) letak tajuk kontez ni "blog paling simple tapi Bebas"
3) letak link kontez ni di MALAYSIAN BLOGGER UNITE *senang JUDGE nak tengok*
5) tag Adibah mazlan &  Abe Long di entri korang
6) Gurl and Boy
7) mesti warga malay





hadiah ?
ok don't worry Adibah dan Abe Long bagi hadiah but seorang sahaja win . 

TOPAP RM 10 ( maxis only)  dari Adibah Mazlan

TOPAP RM 30 ( terrpulang kepada pemenang guna Maxis , Celcom, Digi ) dari Abe Long

Activity Generating Income.....

0 comments
Salam semua...selamat pagi, petang, dan malam....


Aku mempunyai hobi yang berubah-berubah, kadang-kadang aku suka melakukan aktiviti bersenam, kadang-kadang berjalan-jalan, kadang-kadang menonton wayang dan main bowling. Kesemua hobi-hobi tersebut semestinya perlu mengeluarkan wang kecuali bersenam. Jadi, aku berfikir dan bertanyakan pendapat kepada bos aku. 


Hobi terbaru aku ini, telah aku lakukan hampir 2 bulan sebenarnya. Dan semestinya hobi terbaru aku ini juga memerlukan pengorbanan wang. Ya..!! Sudah banyak wang yg aku keluarkan untuk aku meneruskan hobi tersebut. Agak-agak boleh dikatakan membazir tak? Nak tak nak, aku mesti mengeluarkan wang juga. Kalau asyik wang keluar ja, bila wang mau masuk nya? Bila la mau boleh kawen nih?


Kali pertama aku keluarkan sedikit wang, RM40 sahaja. Okay, aku dapati RM40 adalah amat tidak mencukupi. Jadi aku topup lagi RM100.. Peringkat pertama pengeluaran sebanyak RM140 sahaja dan okay, aku dapati sudah mencukupi bagi peringkat permulaan..Itu hanya kos untuk permulaan sahaja.


Bagi peringkat kedua, bermula 2 bulan yang lepas, kos sampingan aku adalah sebanyak hampir RM10 sehari. Jadi, sila darabkan sehingga ke hari ini. Kos sampingan akan sentiasa meningkat dari hari ke sehari.


Bagi peringkat ketiga pula, aku perlu membeli beberapa material dan bahan-bahan yang diperlukan untuk digunakan pasa setiap hari. Jadi, untuk permulaan, aku keluarkan duit sebanyak RM123 sahaja. Dan seterusnya RM40. Kemudiannya aku keluarkan pula sebanyak RM50. 


Oleh kerana ia adalah hobi, maka aku tidak kisah berapa yang harus aku keluarkan. Asalkan aku berpuas hati dengan pencapaikan dan hasilnya. Walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja aku sebagai pegawai tadbir yang menjaga ratusan manusia, hobi tetap hobi dan aktiviti tetap aktiviti.


Baru-baru ini, aku keluarkan pula duit melebihi RM300. Walaupun aku rasa poket aku semakin kering, aku tidak kisah. Dan hari ini, aku turut keluarkan RM50 lagi sebagai duit tambahan untuk hobi aku yang baru.. Itu tidak termasuk lagi perbelanjaan sampingan lain seperti bersuka-ria, bbq ayam. Aku tidak kira semua itu. 


Aku hanya memerlukan sebulan sahaja lagi. Selepas sebulan yang akan datang, dalam perkiraan aku, aku akan boleh membekalkan sayur 80KG sehari untuk kegunaan masakan di kantin, di sini. Dalam perkiraan aku, aku hanya perlu darabkan RM3.5/KG pada setiap hari.


    RM     3.50 / kg
x                80    kg
          280.00    sehari
x                30    hari
       8 400.00    sebulan




Jadi dalam sebulan, aku pendapatan sampingan aku adalah seperti di atas. Namun, aku yakin aku tidak akan mendapat pulangan sebanyak itu. Mungkin hanya 1/3 sahaja.


Itulah hobi baru aku sekarang, hobi dan aktiviti yang menjana pendapatan.




p/s : 3 bulan lg boleh la kawen. kan?

Gunakan ISA, tahan mereka yang cuba menjadikan kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Mereka memang biadap dan tak sedar diri. Dasar pendatang!!

1 comments
Salam dan selamat sejahtera semua, pembaca blog saya, dan seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, hari ini, saya masih lagi bernyawa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Masih boleh menaip dan membuat entry yang tak seberapa. Entri kali ini, berbentuk nasionalis. Bukan berbentuk " racist ". Hanya sekadar apa yang terfikir di kepala. Hanya sekarang pandangan dari saya, seorang rakyat Malaysia seperti anda semua dan saya adalah Melayu. 

Pelbagai isu yang timbul sekarang dan disensasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Sungguh tidak berguna mereka ini semua. 

Kisah isu video seks pakcik nuar berahim, saya tidak ingin mengambil kisah. Itu masalah moral dan peribadi pakcik nuar sendiri. Tidak ada kaitan dengan saya, tidak ada kaitan dengan bangsa Melayu, dan tidak ada kaitan dengan lain-lain kaitan. Ya!! dia merupakan Melayu, mencemarkan nama bangsa Melayu itu sendiri tapi Melayu sebenarnya tidak bersalah dan Melayu itu sendiri tidak terlebih dan tidak terkurang kedudukannya.

Begitu juga dengan Islam, kesucian Islam sedikit pun tidak tercalar, maruah Islam itu sendiri tidak tergugat. Yang tercalar dan berbau busuk itu, pakcik nuar itu sendiri. Antara benar atau tidak dakwaan mengatakan pelakon video seks itu, terserah kepada pihak polis membuat siasatan. Adakah benar atau tidak. Dan jika benar seperti yang diwar-warkan bahawa pihak polis mungkin akan dipengaruhi oleh pihak kerajaan teraju parti barisan nasional, jangan kita lupa, pengadilan di Mahkamah Ilahi adalah Maha Adil Dan Saksama. 

Sama juga dengan kes liwat pakcik nuar berahim yang tidak berkesudahan. Biar yang Maha Kuasa lagi Maha Adil dan Saksama yang menentukan. Namun, kita sebagai rakyat di Malaysia yang mempunyai Undang-undang dan Perlembagaan sendiri, biarlah pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh tanpa terlibat dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik masing-masing. Biarkan ia diadili dengan adil dan saksama dengan peruntukan undang-undang yang kita terutamanya mengikut syariat Islam. Kenapa? Kerana pakcik nuar berahim tu merupakan orang Melayu yang beragama Islam.

Dan isu yang terbaru, yang mengatakan terdapat pihak-pihak bukan Islam yang sedang berusaha keras untuk menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Bagi aku, di sinilah ketika dan masanya pihak kerajaan sepatutnya menggunakan Akta ISA dan menahan mereka-mereka yang terlibat jika ia benar-benar terbukti. Jika benar-benar terdapat pihak yang terlibat, gunakan Akta ISA. Tidak perlu takut-takut. Usah gentar dengan mereka-mereka yang mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan pihak kerajaan dengan memberikan pelbagai fitnah kepada rakyat untuk tidak menyokong pihak kerajaan. 

Jika benar pihak kerajaan berbuat demikian, saya pasti, seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam akan menyokong pihak kerajaan tanpa berbelah bahagi. Di sinilah waktu dan masanya  UMNO-BN menyatakan pendirian bahawa UMNO bukan sahaja parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi juga parti yang kuat memperjuangkan agama Islam. UMNO-BN usah takut dan gentar dengan ugutan dari mana-mana pihak walaupun dari parti komponen BN sendiri. Nyatakan pendirian kamu dengan tegas. Biar seluruh orang Melayu di Malaysia dan rakyat yang beragama Islam  yang lain. Biar mereka yakin dengan kamu. Biar mereka akhirnya akan menyokong kamu.

Tengok sini, PAS dan  PKR jadi pak turut DAP , jadi, UMNO-BN seharusnya memainkan peranan sebagai pembela kepada Agama Islam. Tidak perlu menunggu PAS atau PKR mengambil tindakan. Mereka sudah tersesat dengan perjuangan parti untuk ke Putrajaya. Mereka lebih mementingkan kuasa berbanding ISLAM yang mereka anuti yang kian ditindas. Mereka bukan sahaja tidak membuat apa-apa tindakan malah turut menyokong apabila terdapat beberapa blogger yang mendedahkan isu ini dikatakan sebagai racist,  sebagai penghasut kepada rakyat kerana pendedahan mereka dikatakan sebagai menghasut orang ramai. Apabila blogger Melayu mempertahankan hak mereka sebagai bumiputera, mereka turut dikatakan racist. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang menyatakan sedemikian merupakan dari bangsa dan kelompok yang sama. Dari bangsa Melayu yang bergama Islam sendiri. Malah ada pihak yang menghasut orang ramai supaya membuat laporan polis.


Cuba kamu lihat sedutan video tersebut, adakah kamu sebagai melayu tidak terasa dengan kandungan sedutan video dari nawawi? Mereka secara terang-terangan mengata kepada kita bangsa Melayu, namun kamu hanya berdiam diri sahaja. Tapi apabila salah seorang dari bangsa kamu cuba membela kaum kamu juga, kamu akhirnya menentang, membuat laporan polis, dan menuduh mereka racist. Adakah kamu seorang yang berpelajaran? Atau kamu langsung tidak berpelajaran? Gunakan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir, bukannya gunakan kepala lutut kamu.



p/s : Fikir-fikirkan, guna akal.bukan kepala lutut. orang kafir sedang menjatuhkan agama islam kamu. takkan kamu nak biar sahaja? malah lebih bodoh, kamu menyokong mereka. Islamkah kamu?

"KAMU" apa baran dengan RM10? RM15?

2 comments
Salah satu daripada dua buah kegemaran aku ialah durian. Wah...raja buah tu. Aku masih ingat ketika aku masih bersekolah awal menengah di Rantau Panjang, Kelantan. Setiap kali musim buah durian, harganya memang murah. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang jauh beza harganya.


Sekarang, jika ingin membeli durian kampung contohnya, amat payah sekali ingin berjumpa dalam bentuk selonggok RM10. Jika ditanya, RM10 juga tapi untuk satu kilogram dan bukannya selonggok. Memang juah bezanya. Satu biji pun dah menjangkau hampir RM20 atau lebih jika buahnya besar. Betapa nilai wang sudah rendah jika dibandingkan dengan dahulu.


Aku masih ingat. Jika dibawa RM50, jika pergi ke Jeli, kamu boleh membawa pulang buah durian satu bonet kereta. Malah jika satu guli 50kg, harganya kadang tidak mencecah pun RM40. Dan jika kamu bawa nilai wang yang sama, dengan RM50 tu, belum tentu kamu boleh membawa pulang durian walaupun 5 biji. 


p/s : untung mereka-mereka yang mempunyai dusun durian. Freeeeeeeeeee je kan? 

Kau ni ada "hati" ke tak?

2 comments
Dah hampir seminggu berlalu, jika aku melihat si bapa dan si emak muda yang baru sahaja kehilangan anak sulong mereka baru-baru ini, aku sedikit sebak. Kadang-kadang hampir menitiskan air mata namun aku kuatkan hati.


Tapi yang menghairankan aku, "orang itu" berlagak seperti biasa sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku sememangnya hairan. Kadang-kadang aku terfikir, adakah "orang itu" benar-benar seorang insan yang bergelar wanita. Seorang wanita yang mempunyai hati yang halus dan mudah tersentuh. Namun "orang itu" berlainan dari wanita-wanita lain. MUngkin hatinya cukup keras.


Adakah bukan sahaja mata kamu dikaburi dengan wang, adakah hati kamu juga sudah bertukar menjadi nilai wang? Hanya wang yang kamu fikir, yang kamu ingat, yang bertahta di hati kamu?




p/s : berubahlah seperti kamu yang dahulu.

Bagi kamu, nilai nyawa hanya sekadar RM10? RM15?

3 comments
 Aku masih teringat kata-kata seorang ustaz semasa beliau mengadakan ceramah di masjid berdekatan dengan rumah aku ketika aku berada di tingkatan dua dahulu. Mungkin ayat yang digunakan tidak sama seperti yang aku akan katakan namun maksudnya tetap sama.

Katanya " Syaitan bersorak dan bergembira ketika saat manusia mencipta wang ".

Jika dahulu mungkin aku akan tertanya-tanya mengapa uztaz tersebut mengatakan yang syaitan sungguh germbira apabila manusia mula mencipta wang. Bukan aku langsung tidak faham tapi tidak sefaham seperti fahamnya aku hari ini. Aku mungkin juga akan terjebak dalam kancah sedemikian namun, doa aku, hati aku tidak akan ditutupi dengan kegelapan terhadap wang.

Aku tahu ini merupakan satu takdir, namun aku masih terkilan dan cukup marah. Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku menjerit dan memaki seseorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga perihal kesihatan. Telah diberikan arahan untuk di bawak ke klinik, tapi di lengah-lengahkan dan pelbagai alasan yang di berikan. Telah diberikan surat untuk dirujuk ke hospital namun turut di lambat-lambatkan.

Lebih menyakitkan hati, keutamaan diberikan untuk dibawa ke klinik kepada mereka yang sakit tapi kelihatan tidak sakit. Kerana mereka boleh memberikan sedikit wang kepada kamu, mungkin RM10 atau RM15, maka kamu lebih mengutamakan mereka. Mereka yang tidak mampu memberikan kamu wang, maka kamu abaikan. Walhal semua kos perubatan ditanggung oleh pihak pengurusan. Satu sen pun tidak perlu kamu ambil dari mereka-mereka.

Besar sangatkah nilai wang RM10, RM15? Hanya kerana nilai sebanyak itu, kamu sanggup melihat 1 nyawa terkorban? Bukan aku ingin menyalahkan takdir, tidak sesekali aku terniat sedemikian. Aku tahu, ibu bapa kepada budak itu juga tahu. Tapi tindakan kamu, amat menyakitkan hati aku.

Kamu tidak seperti kamu yang setahun yang lepas. kamu tidak seperti kamu yang dua tahun yang lepas. Dan kamu tidak seperti kamau ketika kamu mula-mula bekerja di sini. Kamu yang dulu, cukup jujur dan amanah. Tapi, hanya kerana sedikit wang, mata kamu kabur, hati kamu gelap. Kamu lebih nampak RM berbanding pahala yang kamu perolehi dari kerja kamu yang ikhlas.

Kamu, berubahlah. Kembalilah kepada kamu yang asal. Janganlah kamu terus menjadi seperti apa yang kamu lakukan sekarang. Wang ringgit tidak akan ke mana. Janganlah kamu menjadi hamba kepada wang.

Walaupun kanak-kanak tersebut sedikit pun tidak mempunyai pertalian saudara dengan aku, tapi aku tetap menitikkan air mata saat doktor mengesahkan pemergiannya. Aku sememangnya telah mengetahui, di riba aku, kanak-kanak tersebut, Mashitah, kembali kepada Yang Maha Mencipta.




p/s : Nurse yang membantu doktor berkata kepada aku " Sabar yer encik, kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ANAK encik".  TAPI AKU BELUM KAWIN LAGI

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET