Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Sekadar pertanyaan .....Mesti baca!!

3 comments
Aku selalu mendengar ( memang 100% ) mereka berkata bahawa duit/wang yang diuruskan oleh kerajaan adalah WANG RAKYAT. Adakah ini bermakna kerajaan memang tak ada duit sendiri?


Bagaimana pula dengan sesetengah pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Malaysia ber Mentalitikan Subsidi. Jadi, setiap perkara/kerja yang mereka ingin lakukan, kerajaan perlu memberikan subsidi agar kos menjadi lebih murah.


Apa pendapat anda berkenaan dengan 2 pernyataan di atas.
Pendapat anda amat dialu-alukan.
Terima kasih.

Wanna be a doctor? Mesti ada ciri-ciri berikut.

3 comments
Mula-mula nak bagitau, saya bukan doktor. Dan boleh juga dikatakan sebagai tidak layak untuk bercakap tentang ilmu kedoktoran. Walau bagaimanapun, dari segi perspektif dan pandangan selaku orang luar, ada juga pentingnya.

Ya!! Aku memang sukakan drama kedoktoran ini. Satu jalan cerita yang pada pendapat aku cukup menarik. Dan aku rasa, semua doktor harus mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang ditonjolkan dalam drama tersebut.

1. Tidak akan membiarkan pesakit yang memerlukan pertolongan.
2. Tidak akan berputus asa walaupun peluang untuk diselamatkan cuma sekadar 1%.
3. Pesakit diutamakan dengan memberi rawatan dan perkhidmatan yang terbaik.
4. Tidak menjadi seperti sesetengah orang yang hanya mementingkan wang dalam memilih pesakit.
5. Lagi? sila fikir sendiri

Apa-apa pun, bagi aku, selain kerja seorang guru yang cukup mulia, kerja sebagai doktor juga tidak kurang mulianya. 

Jadi, kepada anda-anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, atau sedang dalam pengajian ilmu perubatan atau seorang pelatih doktor atapun anda sememangnya seorang doktor, saya rekemenkan 2 drama dari Jepun ini untuk anda tonton.


1. Godhand Teru


Walaupun drama ini berpandukan kepada anime, tapi apa yang penulis  cuba sampaikan boleh kita ambil sebagai panduan. Kita semua tahu, kita bukan tuhan, dan semestinya bukan kita yang menentukan mati hidup seseorang. Namun, sikap tidak mudah menyerah kalah, tidak mudah putus asa sebaliknya sedaya-upaya berusaha untuk menyelamatkan nyawa manusia. 

Bagi aku. jalan cerita yang agak menarik walaupun terdapat aksi dan sedutan yang mungkin boleh diklasifikasikan sebagai sedikit dongeng. Tidak mungkin manusia mempunyai tangan tuhan. Kan? Jika anda berminat untuk menonton, sila download dari link-link yang disediakan di bawah.

Episod 1       Episod 2        Episod 3        Episod 4        Episod 5        Episod 6


2. Iryu, Team Medical Dragon 

Ia mempunyai tiga musim setakat ini dan musim yang ke3 mula disiarkan pada awal Januari 2011. Rasanya tidak perlu aku banyak songeh, jika anda ingin menonton, jangan segan-segan, jangan silu-silu. Boleh klik di link-link di bawah.

Iryu Team Medical Dragon Season 01
  • Season 1
      Episod 1     Episod 2     Episod 3     Episod 4     Episod 5     Episod 6     Episod 7    

     Episod 8     Episod 9     Episod 10    Episod 11

Iryu Team Medical Dragon Season 02
  • Season 2
      Episod 1 part 1       Episod 1 part 2     Episod 2     Episod 3     Episod 4     Episod 5     

     Episod 6     Episod 7      Episod 8     Episod 9     Episod 10     Episod 11

Iryu Team Medical Dragon Season 03
  • Season 3
      Episod 1 part 1        Episod 1 part 2     Episod 2     Episod 3     Episod 4     Episod 5

     Episod 6     Episod 7       Episod 8     Episod 9     Episod 10


Apa yang boleh saya katakan, anda tidak akan berganjak untuk mengetahui kisah-kisah yang selanjutnya. Wonderful skill !!!!

baik punye "movie". yang belom kawen jangan klik

1 comments
Ya!! Memang susah menjadi seorang pentadbir. Bukan setakat hanya menjalan tugas, menyiapkan tugas sebaliknya perlu bekerja berpandukan objektif organisasi. Sebab itulah mengapa mereka dibayar upah yang tinggi berbanding pekerja lain. Tambah-tambah jika terdapat banyak peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi.


Baru-baru ini, kerana menjalankan tugas sebagai pentadbir, aku terpaksa mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan melarang mereka daripada melakukan apa yang tidak boleh dilakukan. Alhamdulillah, mereka agak baik kerana mengikuti peraturan tetapi terdapat salah seorang hamba allah, jika ikutkan, dia sebenarnya tidak boleh berada di sini. Namun disebabkan kakaknya merupakan seorang staff di sini, maka ia dibenarkan tinggal bersama kakaknya.


Berdasarkan latar belakangnya, dia boleh digolongkan kepada mereka-mereka yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih lebih-lebih lagi seoraang yang amat kurang ajar. Seorang yang sanggup menumbuk dan melawan cikgu yang banyak membantunya semasa berada di sekolah. Seorang yanag mempunyai sedikit rekod jenayah apabila dia termasuk dalam kes polis yang melibatkan pencabulan remajabawah umur beramai-ramai.


Berdasarkan latar belakang tersebut, ketika berada di sini pun masih berlagak seperti itu. Kurang ajar dengan orang-orang yang berada di sekeliling. Tidak mengikuti peraturan di sini. Dan apabila ditegur dan dilarang, mula melenting dan mula ajak bertumbuk dan bergaduh.


Dan itulah yang terjadi kepada aku, tidak pasal-pasal aku ditendang beberapa kali. Oleh kerana masih aku ingat dengan jelas nasihat bos aku. Banyakkan bersabar dan bersabar. Seorang pentadbir akan menghadapi banyak masalah dan oleh itu, banyakkanlah bersabar. Jadi, biarlah mereka menganggap aku penakut asalkan aku tahu aku bukan beegitu. Walaupun aku terasa tangan dan kaki aku menggeletar untuk membalas balik. Tapi, akal mengatakan "bersabarlah".


Dua tiga hari ini, kerja aku hanya mendownload j-drama dan menontonnya. Aku agak minat drama-drama yang seperti ini. Jalan cerita agak simple sahaja dan mudah difahami.


Shinagawa Daichi sepatutnya menjadi pelajar yang baik namun kini menjadi seorang pelajar yang bermasalah, manakala presiden kelasnya iaitu  Adachi Hana merupakan seorang pelajar yang pada asalnya suka membuat masalah tetapi setelah memasuki sekolah menengah, beliau mula berubah menjadi baik. Persamaan antara Daichi dan Hana ialah, mereka merupakan samseng ataau dikenai sebagai yankee. Jadi, kalau ingin tahu bagaimana cerita mereka. Jom download aje menggunakan megaupload.


Oh..megaupload telah di block oleh Streamyx? Okay, jangan bimbang, anda boleh mengatasi masalah tersebut. Bagaimana? Klik sahaja di sini....dan masalah akan selesai.


Episod 1     Episod 2    Episod 3    Episod 4     Episod 5      Episod 6     Episod 7    Episod 8   Episod 9    Episod 10

Oh lupe, tajuk citer die YANKE-KUN TO MAGANE-CHAN



TERKINI : streamyx bakal block facebook dan twitter

3 comments
Banyak dah web-web untuk mendownload lagu dan movie dan drama yang di block oleh Streamyx. Kata mereka mendownload hasil titik peluh orang lain tanpa kebenaran adalah satu satu kegiatan mencuri. Jadi, jika nak lagu atau movie atau drama, sila beli DVD Ori. Pastikan Ori.


Lagi satu cadangan aku, Streamyx sila block twitter dan facebook. Kedua-dua page sosial ini mendatangkan kedan yang lebih buruk berbanding web-web yang di block untuk menghalang pengguna mendownload. Tahap kerja semakin tidak productive, student ipt leka dan leka. Termasuk juga budak sekolah menengah dan rendah. Sama sahaja.


Lagipun, akhlak masyarakat semakin buruk dan bertambah buruk apabila mereka tanpa segan dan silu meletak gambar yang tidak senonoh, biadap, kurang ajar, bergaduh, membuka aib orang lain.


Jadi, streamyx perlu lebih memandang serius perkara ini. BLOCK SAHAJA TWITTER DAN FACEBOOK. Dan tak lupe juga friendster.

kalau aku kata Melayu Malaysia pemalas..korang marah tak?

0 comments
Sekali lagi aku ingin bertanya, kalau aku mengatakan bahawa bangsa Melayu Malaysia pemalas, agak-agak ada orang marah aku tak? Atau ada yang bersetuju dengan pendapat aku? Aku tak kisah pun kalau ada yang ingin menghentam aku kerana aku berkata sedemikian. Dah memang terbukti hampir keseluruhan Melayu Malaysia sememangnya pemalas tetapi ingin hidup senang dan mewah.


Bukti? Aku pernah dengar ceramah daripada pegawai yang menganjurkan kursus burung walit. Mengapa beliau mengatakan perusahaan sarang burung walit amat sesuai dengan perangai dan tabiat orang Melayu?


5D  - Duduk Diam Diam Dapat Duit.


Kerana formula 5D tersebut, ia dikatakan amat sesuai dengan tabiat dan perangai orang Melayu. Tak nak kerja banyak, malas kerja berat-berat, tak nak kerja lebih masa sebaliknya nak kerja yang paling ringan,paling senang dan paling mudah tapi nak pulangan yang lumayan.


Lagi satu, orang Melayu kalau boleh semua nak semua barang free. Nak tau mengapa saya cakap macam tu? Baca keratan di bawah....


" Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengulangi tuntutan rakyat supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma. "


" DPPWP juga, katanya menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun.
“Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai,” katanya.
Tambahnya, dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.
Dalam bab yang lain, katanya DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan  pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara.
Ini, ujarnya kerana DPPWP melihat kos pengajian di dalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara.
“Berdasarkan pengalaman alumni universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar di dalam negara,” katanya. "
Jadi, salahkah kalau aku berkata sedemikian? Adakah aku saja-saja mereka cerita?

p/s : untuk bacaan yang lebih jelas, sila klik di sini..

Nilai RM semakin kecik dan kecik bila semua harga naik???

0 comments
idea asal klik di sini...


Cuba tanya makcik-makcik dan mak-mak kamu semua, apa sangat nilai sekeping RM bernilai 50? Jika nak dibandingkan dengan 10 tahun lepas, amat berbeza sekali terutamanya selepas negara berada di bawah pemerintahan perdana menteri ke-5. Segala-galanya bermula di situ. Titik permulaan nilai RM semakin menipis. Jika kita ke pasaraya sekarang, bakul kecil pun tak sampai setengah diisi, dah lebih dari RM50, kan? 


Setiap kali harga barang-barang naik, setiap kali itu jugalah semua rakyat akan bising-bising. Bermacam-macam jenis alasan diberikan. Ya! Aku tahu, setiap rakyat yang bergelar pengguna ada hak untuk setiap penjelasan. 


Setiap kali pada awal setiap tahun pada setiap kali sesi persekolahan dibuka, maka ibubapa akan bising-bising kerana duit tidak mencukupi untuk pelbagai bayaran. Termasuklah yuran persekolahan, segala buku-buku sama ada buku tulis, buku nota, buku latihan, buku rujukan, yuran kelas tambahan, baju dan seluar sekolah untuk lelaki dan baju kurung sekolah untuk perempuan. Dengan kata lain, jumlah wang banyak diperlukan. Itu belum lagi duit poket untuk anak-anak pada setiap hari. Dan yang lebih memeritkan, jika mereka mempunyai anak-anak yang ramai yang masih bersekolah.


Begitu juga pada setiap awal bulan Julai, ibubapa sekali lagi mengeluh. Perbelanjaan yang lebih besar diperlukan untuk mendaftarkan anak mereka yang berjaya menempatkan diri di institusi pengajian tinggi. Perbelanjaan untuk keperluan mendaftar, membeli barang-barang keperluan, kos minyak dan makan minum bagi mereka yang menghantar semasa pendaftaran dan lain-lain kos yang berkaitan.


Ibubapa akan mengeluh. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kononnya negara akan melangkah menjadi negara maju tidak lama lagi. 


Setiap kali berlakunya kenaikan harga barang-barang, maka mereka menuduh kerajaan tidakprihatin kepada rakyat. Mereka hanya lebih memfokuskan poket masing-masing poket kroni-kroni mereka. Itu mungkin ada benarnya. Untuk perbelanjaan yang seperti diatas dangan ditambah perbelanjaan harian di rumah, segala bil-bil air dan elektrik, mereka akan bising-bising menuntut supaya kerajaan menurunkan harga barang-barang keperluan asas.


Tapi, pernah kah mereka merungut untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain? Undi AF,Mentor, Rajalawak or Maharaja  lawak, rokok, melepak di kedai makan atau restoren setiap hari. Atau lain-lain perbelanjaan yang menurut segala kehendak mereka. Walhal terdapat sesetengah perbelanjaan tersebut sebenarnya tidak mendatang sebarang keuntungan sebaliknya merugikan. Mereka tidak pernah terfikir untuk menggunakan wang yang digunakan untuk perbelanjaan tersebutuntuk disimpan dan digunakan apabila amat diperlukan kelak. Mereka tidak fikirkan soal tersebut. Dan mereka tidak pernah salahkan diri sendiri untukperbelanjaan tersebut.


Pernah sekali aku bertanyakan seorang chatter, " ada baiknya jika kamu gunakan duit yang kamu UNDI AF, Mentor dan lain-lain rancangan sepertinya itu dengan memberikan kepada ibubapa atau menyimpan untuk masa depan"


Jawapan yang aku terima dari soalan tersebut cukup "positiif". Dan aku sememangnya menjangkakan jawapannya. " Ada aku gune duit kamu undi AF? Ade aku menyusahkan kamu? ikut suka aku la duit aku"


Itulah jawapan yang aku terima dari pemikiran seorang gadis muda yang sudah berkerjaya. Cukup "positif". 


Dan kita pun tahu, golongan yang fanatik mengundi untuk rancangan seperti itu bukan terhad kepada golongan muda tetapi turut melibatkan golongan tua. Itu adalah hakikat. 


Apa-apa pun, mereka tidak pernah memikirkan bahawa mereka sebenarnya mampu untuk mengubah keadaan sebenarnya. Setiap keputusan mereka akan memberi kesan. Jika keputusan mereka berpandukan akal pemikiran yang wajar, maka petusannya pasti positif dan jika keputusan dibuat berdasarkan nafsu semata-mata, pastinya keputusannya negatif. 




p/s : Menabung akan memastikan masa depan terjamin....

sape kate dengki tak elok? cemburu tak baik?

4 comments
Orang selalu sebut, jauhi perasaan hasad dan dengki sesama manusia. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya mempunyai sifat dengki dan cemburu. Begitu juga dengan pendapat peribadi aku, aku juga bersetuju sifat dengki dan cemburu perlu ada dalam setiap umat Islam pada hari ini.


Kebanyakan orang menganggap, bila di sebut sahaja dengki dan cemburu, mereka lebih cenderung ke arah perkara-perkara negatif, perkara-perkara buruk. Ya! sememangnya sifat manusia sebegitu.


Pada zaman Rasulullah sendiri pon, setiap para sahabat baginda berperasaan dengki dan cemburu sesama mereka.


Tapi, dengki dan cemburu yang bagaimana dibenarkan di dalam Islam? Dengki dan cemburu yang seperti mana yang diamalkan oleh para Sahabat Rasulullah?


Semestinya ke arah kebaikan. Para Sahabat akan berasa dengki dan cemburu jika terdapat sahabat yang lain yang melakukan lebih amalan kebaikan. Maka mereka akan berlumba-lumba untuk mengatasi amalan kebaikan dengan memperbanyakkan lagi amalan mereka. Jika sahabat si A bersedekah lebih satu Dinar contohnya, maka parasahabat yang lain akan bersedekah 2 atau 3 Dinar.


Jika para sabahat si B membaca Al-Quran satu juzud pada setiap malam, maka para Sahabat yang lain akan membaca lebih dari 1 juzud, mungkin 2, atau 3 atau khatam pada setiap malam. Pada setiap kali berlakunya peperangan untuk menegakkan Syiar Islam, jika terdapat para Sahabat yang tidak dapat menyertainya, maka mereka akan berasa dengki dan cemburu terhadap Sahabat-sahabat yang boleh menyertai.


Mengapa? Mereka lebih melihat kepada keuntungan di akhirat kelak.Mereka tahu nilai kehidupan yang sebenar.


Ia sungguh berbeza dengan sikap dan tabiat  manusia sekarang yang lebih menampakkan kebendaan dan keduniaan.




p/s : Tidak perlu kita membandingkan kita dengan para Sahabat, tidak tercapai pun. Tapi ada baiknya jika kita cuba untuk melakukan sepertimana yang dilakukan oleh para Sahabat.

PTPTN or PTPTipu ? which one?

8 comments


Sebelum aku bercakap banyak, korang tengok aje blog di atas. Cun kan? Tuan punye blog pon cun jugak. Tapi mulutnya mungkin kurang cun, Opss...bukan mulut tapi jarinya yang kurang cun semasa menaip. Kalau tak nampak, sila klik di sini ya?

Kita orang melayu, diajar supaya menghormati orang lain, bersopan santun dan berbudi bahasa. Apabila bercakap, bercakap dengan nada yang tidak terlalu tinggi dan lemah lembut. Kita juga diajar supaya berbuat baik dengan orang lain, terutamanya yang berbudi dengan kita. Kita diajar sejajar dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah, Nabi junjungan kita. Selaras dengan agama Islam yang kita anuti.


Jadi, kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu kita. Ucaplah terima kasih dan bersyukurlah kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kita semua tahu, barangsiapa yang bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi, maka Allah akan menggandakan lagi rezekli mereka. Kita tahu itu.


Jika kamu menganggap pinjaman PTPTN itu satu penipuan yang akan membebankan diri kamu pada masa akan datang, maka usahlah kamu pinjam dan gunakan. Carilah duit lain. Usahakalah untuk mendapatkan biasiswa yang semestinyatidak perlu kamu bayar balik. Atau, gunakanlah duit kamu sendiri.


Jika kamu tahu kamu tidak mampu, dan kamu tahu kamu perlu  mendapatkan pinjaman PTPTN juga untuk melanjutkan pelajaran, maka berterima kasihlah. Bersyukurlah kepada Ilahi dengan rezeki yang kamu perolehi.






p/s: maaflah kalau kamu terasa dengan entri kali ini.



beginikah demokrasi di malaysia???? HAMPEH!!

4 comments
Wah!!, baca tajuk ja mesti ingat nak hentam kerajaan ni. Tapi sebelum sebarang anggapan dibuat, sila baca sehingga selesai dahulu.

Dalam beberapa hari ini, aku tidak menghasilkan entri atau memberi sebarang pendapat dalam mana-mana blog, sama ada blog pro kerajaan atau sebaliknya. Apa yang menarik perhatian aku ialah, berkenaan dengan salah satu sistem pemerintahan yang secara majoritinya diamalkan oleh setiap negara yang wujud di dunia. Dikatakan ia merupakan satu sistem pemerintahan yang cukup terbuka dan memberi peluang mana-mana piahak untuk memberi pandangan atau pun sebarang kritikan. Dengan kata lain, kebebasan untuk bersuara. Itulah demokrasi dalam bahasa yang paling mudah.

Dalam pemikiran kepala aku, masayarakat Melayu yang dilahirkan akhir 80-an dan awal 90-an cukup tidak beradab dan tidak berkualiti. Bukan kerana tidak mempunyai pendidikan, bukan kerana tidak mempunayi ilmu pengetahuan sebaliknya perangai masing-masing yang boleh dikatakan sebagai kurang ajar. 

Mengapa aku melontarkan pendapat yang sedemikian? Adakah kerana aku dengki dengan mereka semua? Adakah kerana aku kuno dan mempunyai pemikiran yang kolot? Yang tidak maju?

Bagi aku, jawapannya cukup mudah sekali. Mereka tidak mempunyai satu pendirian yang tetap. Sebaliknyaterumbang ambing seperti ombak di laut. Kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Jarang-jarang sekali tenang. Dengan kata lain, mereka amat mudah dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai agenda peribadi. Mereka sangat mudah dipengaruhi dan dipergunakan. Malah lebih senang lagi digunakan bahkan ada juga yang sanggup digunakan hanya kerana ditawarkan wang ringgit. Mungkin berpuluh ribu atau ratusan ribu.

Berbalik kepada demokrasi, aku dapati amat ramia remaja-remaja yang terikut dengan idea pembangkang yang mahukan apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir turut terjadi di Malaysia. MEnggulingkan kerajaan yang ada sekarang dan membentuk kerajaan baru yang lebih "ADIL" katanya. Tidak tahulah seadil mana mereka nanti. 

Di katakan bahawa demokrasi di Malaysia sudahtidak adil dan seolah-seolah lebih kepada autokrasi kerana sejak merdeka, Malaysia diperintahkan oleh satu kerajaan sahaja iaitu Parti Perikatan dan nama baru sekarang Barisan Nasional. Sudah 54 tahun. Disebabkan terlalu lama Barisan Nasional memerintah, pihak pembangkang menuduh dan memfitnah bermaca-macam perkara dan isu untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang namun tetap gagal hingga ke hari ini. Sebaliknya mereka yang merasa kegagalan itu apabila Perak yang diterajui mereka kembali jatuh ke Barisan Nasional. Mengapa? Kerana, wakil yang diamanahkan oleh rakyat tahu mereka hanya omong-omong kosong sahaja. Taktik yang mereka rancang untuk merebut ahli parlimen BN dengan menawarkan wang ringgit sebagai rasuah telah memakan diri. Akhirnya, Perak terlepas dari genggaman mereka. 

Lebih menyedihkan, mereka menyalahkan pihak kerajaan kerana merasuah dan membeli ADUN mereka untuk menyertai BN. Kegagalan demi kegagalan menyebabkan mereka lebih kerap dan aktif melontarkan pelbagai fitnah. Dan yang terbaru adalah dengan menghasut rakyat supaya mendemontrasikan perarakan ( merusuh )seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN. Tidakkah mereka sedar betapa hina dan jijiknya tindakan mereka?

Apa tidak cukupkah Demokrasi di Malaysia? Adakah Singapura lebih Demokrasi berbanding Malaysia sehinggakan tidak ada parti pembangkang yang boleh bertanding dan melawan parti PAP? Itukah yang dikatakan Demokrasi oleh pembangkang sepeti anwar berahim? seperti nik aziz? Demokrasi kah singapura?

Atau samakah Demokrasi di Mesir dan Jordan dengan Malaysia? Hinggakan boleh dikatakan tidak wujud parti-parti pembangkang di Mesir dan Jordan? 

Jika benar Malaysia sedemikian, sudah lama parti PAS di haramkan oleh kerajaaan BN. Sudah pasti tidak wujud parti KeADILan rakyat yang hanya tahu memecah belahkan orang Melayu. Parti yang hanya pandai melontarkan fitnah demi fitnah.

Atau akan wujudkan parti-parti seperti dap, mca, mic dan lain-lain jika benar Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebetul-betulnya. Wujudkah parti-parti tersebut?

Atau

berpeluangkah pas, adil, dap memerintah kelantan, selangor dan pulau pinang? Jika benar seperti fitnah yang dilontarkan bahawa kerajaan BN sama seperti presiden Mesir, aku pasti, sejak awal lagi hanya terdapat parti UMNO sahaja. Tidak akan ada parti komponen BN, tidak akan ada parti pas, adil, dap. Jangan harap untuk parti-parti ini wujud dan memerintah beberapa negeri sekarang.

Itukah yang dikatakan Demokrasi di Malaysia hanya di kuasai oleh kerajaan BN. Hanya menurut telunjuk kerajaan BN.

Bagi aku, HANYA ORANG BODOH NAK MAMPUS sahaja yang berfikir sebegitu.

Yang lebih BODOH NAK MAMPUS dan jijik lagi hina, mereka yang menghasut rakyat untuk bangun memberontak dan melakukan rusuhan seperti di Mesir agar kerajaan BN tumbang.

Dan yang aku rasa lagi-lagi BODOH NK MAMPUS ialah mereka-mereka yang seperti LEMBU dicucuk hidung yang diarah untuk berbuat seperti yang disarankan oleh parti pembangkang. Aku masih lagi berpegang kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir, kerajaan yang menggantikan kerajaan yang sedia ada belum tentu lebih baik. Siapa yang tidak kenal Saddam HUssien? Seorang pemerintah Iraq yang dahulunya terkenal dengan diktatornya. Semua rakyat bergembira apabila pemerintahan Saddam HUssien digulingkan oleh tentera US. Pada pendapat mereka, Iraq akan lebih aman dan harmoni. Namun hakikatnya hidup mereka lebih sengsara berbanding dahulu. Setiap hari memikirkan akan keselamatan diri masing-masing. Nyawa mereka terancam setiap hari. Pergerakan mereka terhad, tiada kebebasan dalam semua segi. Akhirnya, mereka mengakui bahawa Saddam Hussien lebih baik. Jika masa boleh diundurkan, mereka mahu kembali kepada zaman pemerintahan kuku besi  Saddam Hussein. Itulah hakikatnya.

Usah diberikan contoh yang jauh-jauh, yang depan mata pun sudah cukup. Seperti dalam salah satu entri saya yang sebelum ini, bagaimana nasib rakyat di zaman PM kelima hinggakan terdapat desas desus mengatakan mahu mengembalikan Tun Dr. Mahathir menerajui kepimpinan negara.

Wahai Melayu yang bodoh lagi bangap!! Gunakanlah akal yang diberikan Ilahi. Fikir apa yang betul, apa yang silap. Jangan hanya menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan. Tidak kira sama ada dari kerajaan BN mahupun PR.





p/s : Sesi politik la plak...jangan marah naaaa

ISTERI KAMU PELACUR YE?

2 comments
Untuk berita penuh, sila klik di sini




Okay, inilah ghupernye pelacur kelas atasan!!! Aku tidak tahu bagaimana untuk komen tapi aku hairan, mengapa pemilik gambar di atas ingin mengelaskan isteri-isteri sama ada solehah atau tidak, taat atau tidak sebagai pelacur kelas atasan? 


Satu sahaja pertanyaan aku. Adakah kamu berbangga jika kamu dikelaskan sebagai pelacur kelas atasan dan jika ia, adakah martabat kamu diangkat? ditinggikan?


Setahu aku, pada zaman Rasulullah dahulu, mengapa Rasulullah berkawin ramai? Semata-semata kerana ingin mengangkat martabat dan darjat seorang wanita yang tidak bersuami. Tahukah kamu, dalam ramai-ramai isteri Rasulullah, hanya Saidatina Aisyah sahaja merupakan anak dara. Yang lain-lain merupakan janda. Ini bermakna, perkahwinan merupakan satu cara untuk mengangkat martabat dan darjat para wanita.


Adakah dengan menganggap menjadi pelacur kelas atas kepada suami akan menyebabkan suami tidak akan mencari yang lain? Jika qada' dan qadar mengatakan mereka akan carilain, mereka akan tetap cari lain walaupun betapa baik dan taatnya seorang isteri kepadasuaminya.


Dan jika ada suami-suami yang mengatakan tidak  akan berminat terhadap gadis-gadis lain, maka itu BOHONG!!!


Usahlah meletakkan diri kamu sebagai pelacur even kelas atasan ke, kelas teratas ke, ape-ape je ke. Letak lah diri kamu sebagai isteri yang taat kepada suami. Itu lebih baik.




p/s : takkan nak panggil isteri-isteri kamu sebagai pelacur. Kan?

Money!! its what they talk about.

3 comments












Dear,

Perkenalkan nama saya Ria Citra Saya ringgal di London namun berasal dari Indonesia . Saya bertemu seorang bankir. Mr Clement berniat untuk datang berinvestasi di Indonesia.Dia menasihati saya untuk mencari seorang teman di Indonesia yang dapat membantu dia berinvestasi. Apakaha Anda bisa membantu Mr Clement?


Mr Clement sendiri adalah seorang Direktur Executive yang mengurus pengkreditan dan Nota Luar Negeri di Bank Of Citibank (UK) PLC. Beralamatkan di
11 Earl Grey Street Edinburgh
EH3 9B. Dia ingin mentransfer uang sebanyak
5,000,000.00 pounds dan menggunakannya untuk berinvestasi di Indonesia .

Apabila anda berminat membantu, mohon anda bisa membantu juga dalam:

1. Membantu dalam hal transfer dana yang dimaksud
2. Memberikan arahan dalam hal-hal yang patut diinvestasikan
3. Membantu membeli harta perumahan di Indonesia


Apabila anda berniat untuk membantu dia dalam tranksaksi ini, anda diberikan 30% dari jumlah dana 5,000,000.00 Pounds. Mr Clement akan sangat senang apabila anda bisa membantu dengan memberikan NOMOR TELEPON anda. Ini supaya Mr Clement bisa memberikan informasi lengkap tentang cara, prosedur dan berbagai macam hal yang berhubungan agar dana ini bisa ditransfer atau tersedia untuk anda.


Saya menunggu balasan dan reaksi positif anda.
Apabila anda BERMINAT membantu saya dan Mr.Clement, silahkan memberikan

BALASAN BERUPA EMAIL: KE riaclement10@hotmail.com
Hormat Ria
  
_________________________________________________________________________


Salam semua, da baca dah? Dah faham semua? Apa-apa pun anda semua tidak perlu jeles atau terasa hati kerana RIA telah memilih aku dan bukannya kamu. Tidak perlu lah aku berkerja keras selepa ini. Bukan sikit dana yang dia nak transfer tu. Hehehe


Tapi, hanya mereka-mereka yang bodoh dan tidak berotak sahaja akan respon. Tidak perlu banyak yang aku kena taip. Fikir-fikir sendirilah. Sapa senang-senang nak bagi duit kat orang. Tambah-tambah jika tidak dikenali.




p/s : adios, tapi ceq memang nak kasi hadiah bernilai RM...... untuk anda semua yang BERANI menyertai kontez yang akan saya buat nanti. BERANI kah anda?

Terasa nak bg duet kat orang!!!!

3 comments
Yup...niat masih sama dengan tajuk entri pada kali ini. Hahahah baiknya aku. Banyak sangat ke duet aku ni? Sat nak ceq lam dompet..oh ade la dalam 4, 5, 6 ringgit jerk. Misekin rupenye aku ni tapi ade hati nak bagi duet kat orang. Opsss bukan cash but berupa hadiah yang nilainya sama dengan RM ......... bla bla bla.


Pada mulanya niat untuk membuat kontez berbentuk entri, tapi disebabkan ramai yang berbuat sedemikian, maka aku telah terfikir satu idea yang agak menarik untuk dijadikan platform untuk bagi hadiah kat orang.


Bagaimana bentuk kontez kali ini? Kita tunggu dulu kontez dari Cik Adibah Mazlan tamat. Ini kerana ceq ade sponser beberape sen untuk kontez beliau. Hehehehe






p/s : Kontez kali ini pasti mencabar dan menyeronokkan!!!! Tak pernah dibuat orang lagi. Hahahaha

folower ratusan ribuan tapi......??????????podahhhh!!!!!

8 comments
Salam semua blogger....


Kerja aku kerja jalan-jalan je. Cukup bulan dapat gaji + elaun kerja jenjalan. Tapi takde la banyak sangat pun. Kerja dengan NGO memang macam ni. Takde nak mahal-mahal pon gajinya. Ok..tu bukan apa yang aku nak mention kan.


Berbalik kepada niat asal. Niat bukan untuk mengutuk, bukan untuk mengata. Sekarang bertaipan untuk post entri je. Banyak aku jalan-jalan dari belok dan ke belok. Blogwalking la der... Sowang-sowang aku tengok punya follower beratus-ratus bahkan beriban-riban. Pada pikiran cetek aku, aku terpikir, pasti setiap entry yang dihasilkan punya komen yang beratus-ratus bahkan beriban-riban juga.


Tapi ternyata apa yang aku terpikir tadi meleset sama sekali. Kalo boleh tengok komen sampai sepuluh pon dah cukup banyak. Tapi itu kalau la. hakikatnya tidak pun.


Cuba anda-anda sekalian fikir, kenape punye follower yang ramai tapi komentar nye nggak ada? Jawapannya cukup senang, sila anda klik blog-blog yang memolow anda, apa yang kurang sebenarnya? Dan bagitau apa kekurangan tersebut. Sapa jawab dengan betol ada hadiah!!!




p/s : adiah kuk!

lawak la ang ni...

2 comments
Okay..hari tu aku ada bagitau nak tunjuk gambaq-gambaq lawak yang aku ambik kan..Ok.anda boleh layan gambaq-gambaq di bawah ini...



















p/s : cukup untuk hari ni.....

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET