Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

dijajah 400 tahun, DEB cuma 20tahun Cukup ka?

0 comments
Seeperti biasa dan seperti yang selalu akulakukan, apabila aku terbaca artikel tidak kira sama ada dari pro kerajaan atau pro pembangkang,, jika aku tidak bersetuju, maka akan aku tetap katakan aku tidak bersetuju. Kali ini ia ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ibrahim Ali berkenaan DEB dan Tanah Melayu yang dijajak British lebih dari 400 tahun.

Berbanding dengan lain-lain negara di Asia tenggara yang dijajah, Tanah Melayu yang namanya kini adalah Malaysia merupakan yang paling cepat membangun dan sedang menuju ke arah sebuah negara maju. Malah jika dibandingkan dengan Thailand, negara yang tidak pernah dijajah, Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia yang membawa maksuh Melayu Punya lebih membangun berbanding Thailand.

Jadi, apa yang ingin saya katakan, negara yang paling cepat membangun dengan percambahan ekonomi yang pesat telah membuka mata kepada lain-lain negara di dunia untuk mencontohi Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia. Jika lain-lain pemerintah sama ada dari kalangan negara membangun atau mundur, mereka menjadikan negara sebagai contoh dan banyak pendapat-pendapat kita mereka minta. Bagi mereka, negara kita cukup bertuah kerana memiliki negarawan yang boleh dikatakan bijak dan bijaksana. Kenapa kita yang menjadi rakyat negara ini pula tidak mengucap syukur dikurniakan negarawan yang ulung. Adakah kerana terdapat pentadbir-pentadbir yang korup?

Berbalik kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali,tempoh masa 20 tahun selepas penubuhan DEB iaitu dari 1970 hingga 1990 adalah tidak mencukupi bagi lebih memajukan lagi ekonomi orang Melayu. Mungkin betul dan mungkin juga tidak. Jika dibandingkan dengan pencapaian negara sehingga kini, kita sepatutnya telah mencapai 30% pegangan ekonomi untuk kaum bumiputera. Adalah tidak mustahil jika sasarn 30% pegangan ekonomi negara dimiliki oleh orang Melayu. Tapi, apakah penyebab tidak berlakunya seperti yang disasarkan. Berikut adalah beberapa pendapat yang negatif (mungkin) yang keluarkan dengan penuh emosi oleh beberapa orang yang boleh dikatakan agak !@#$%^&*?



Konklusinya sebab mengapa Melayu tetap tidak boleh mencapai matalamat untuk memegang 30% pegangan ekonomi negara adalah berpunca dari Melayu-melayu seperti diatas yang hanya pandai menyalahkan orang lain sebaliknya diri sendiri hanya kerja untuk cari kelemahan dan kesilapan orang lain. Jika ramai rakyat Tanah Melayu yang namanya kini Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak,walaupun diberi 400 tahun sekali pun, usahkan 30%, 10% pun belum tentu gamaknya.

Itu belum lagi ditunjukkan dengan perangai-perangai yang ingin cepat kaya dalam tempoh yang singkat. Kena ampu sikit oleh kaum cina, terus percaya bulat-bulat. 

p/s : Melayu tetap Melayu yang ciri-cirinya kuat dengki dengan kejayaan orang lain dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan diri mereka.


berehat sebentar bersama kitkat!

0 comments
Aku sebenarnya tak ada idea ingin menulis apa sebenarnya. Itulah sebabnya kali ini aku saja-saja nak merapu meraban sahaja. Sekali sekala merapu apa salahnyakan? Takkanla asal nak hasilkan entri sahaja, mesti nak yang serius-serius.


Walau bagaimanapun, aku baru sahaja mendapatkan sebuah buku hasil nukilan Ridzuan Tee Abdullah yang lebih dikenali ramai dengan panggilan " Lebih Melayu dari Melayu ". Akan aku baca buku tersebut dan akan aku ulas dengan tambahan idea-idea dari aku sendiri nanti. Apa-apa pun, tunggulah sehingga aku mula membaca sehingga selesai.


Oleh kerana tajuk entri pada kali ini berehat sebentar bersama kitkat, jadi kita tengok dulu iklan yang bakal aku perlihatkan di bawah. Eh, korang dah tengok dah? Tak acilah kalau macam ni.


Apa-apa pun, ia amat sesuai dengan golongan yang kurang berkemampuan atau langsung tidak berkemampuan untuk memiliki web hosting sendiri. Anda tidak perlu mengeluarkan banyak wang ringgit untuk memiliki web sendiri. Sama ada mahu dijadikan blog, kedai maya, atau apa sahaja. 


Bermula hanya pada harga RM 1.00 sebulan anda masih boleh memiliki web hosting sendiri. Namun, tambahan sebanyak RM28.00 bagi mendapatkan domain name untuk web hosting anda. Totalnya, RM40.00 untuk satu tahun bagi web hosting anda, milik anda.


Jadi, sila klik di sini untuk mendapatkan info dan lain-lain perkhidmatan yang di sediakan. Berkenaan tentang, stabil atau tidak, aku tidak tahu. hahaha Tapi katanya, 99.99 garenti. Ye kot.. hahahaha


p/s : tamat sudah karutan pada hari ini

Benarkah Mat Indera anggota PKM

0 comments
Sehingga ke hari ini, akhbar-akhbar tempatan sama ada milik parti politik, kerajaan mahu pun swasta sedang hangat memperkatakan tentang isu Mat Indera. Masing-masing menyatakan pendirian masing dan masing-masing saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Dan yang terlibat hanyalah mangkuk-mangkuk melayu sahaja. Saling bergaduh dan saling tuduh menuduh. Penonton-penonton lain saling bersorak dan bertepuk tangan memerli melayu yang masih belum sedar-sedar lagi dari mimpi indah yang kononnya mereka sahaja yang betul.

Adakah Mat Indera salah seorang nasionalis yang harus kita agung-agungkan atau adakah Mat Indera salah seorang pembelot negara dan pengganas?

Untuk mendapatkan jawapannya, bacalah buku-buku sejarah. Bertanyakanlah orang-orang tua yang hidup di zaman Mat Indera. Mereka lebih tahu.

Namun pada pendapat aku, nasionalis juga betul, pembelot negara juga betul. Dalam pengetahuan aku, Mat Indera bukanlah salah seorang ahli dalam PKM sebaliknya ahli dalam KMM. Harus kita ingat, sebeloum wujudnya UMNO pada tahun 1946, KMM terlebih dahulu melaungkan MERDEKA untuk Tanah Melayu. Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Cuma yang bezanya adalah KMM adalah berhaluan kiri. Yang lebih menggunakan kekerasan berbanding kaedah perbincangan yang digunakan oleh UMNO.

Mengapa aku katakan bahawa Mat Indera juga sebahagian dari pembelot?

Selepas kekalahan pihak Jepun di tangan British, wujud kekosongan kuasa di Tanah Melayu sebelum kembalinya British di Tanah Melayu. Dan kita semua sedia maklum bahawa PKM telah mengisi waktu kekosongan tersebut dan menguasai Tanah Melayu dengan tujuan untuk membentuk Tanah Melayu berideologikan komunis. Pada ketika ini, KMM yang menentang pihak British telah bersama dengan PKM menguasai Tanah Melayu. Mungkin boleh disebut juga sebagai, KMM telah tersalah memilih rakan seperjuangan dalam memerdekakan Tanah Melayu yang akhirnya telah menyesatkan mereka. KMM bertambah sesat apabila berlakunya serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

Akibatnya, Mat Indera telah dikatakan pembelot tanah air kerana bersama-sama PKM menyerang balai polis Bukit Kepong.

Jika dari awal KMM tidak terlibat dengan PKM, aku yakin, KMM dan Mat Indera juga akan tergolong dalam senarai nama-nama yang disebut-sebut sebagai pejuang Tanah Melayu, pejuang kemerdekaan dan juga nasionalis.

Oleh itu, adalah lebih tepat jika Mat Indera dikatakan pejuang dan juga petualang tanah air. 

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET