Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

jenis politician letak akai di kaki

0 comments
Salam dan selamat pagi semua.....


Masyarakat Malaysia berpolitik lebih menjurus kepada suasana  saling memfitnah dan saling mendedahkan aib lawan masing-masing. Saling tuduh menuduh, saling kata mengata, saling serang menyerang hal peribadi Senang-senang cerita, politik kotor. Tidak kira di pihak pembangkang mahupun kerajaan. Tidak kira sama ada secara halus mahupun terang-terangan.


Masyarakat Melayu kita di Malaysia berpolitik mengalahkan segala-galanya. Meletakkan politik lebih tinggi dari kewajiban-kewajiban yang lain malah ada yang sanggup berhabis wanag ringgit. Ke sana ke sini melalak di pentas ceramah. 


Mengapa mereka sanggup berbuat sedemikian? Sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan  budaya melayu yang sopan santun dan yang lebih menyedihkan, membelakangkan agama dalam mencapai apa yang diimpikan. Seolah-olah kemenangan politik di dunia adalah segala-galanya.


Aku memang CUKUP HAIRAN. Tak boleh lawan secara positif? Berpolitik secara bersih?



Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

2 comments


Kaum feminin cakap “susah j...adi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebu

Harakah - Uniknya Malaysia, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu.

1 comments

Salam dan selamat sejahtera dan selamat beramal perintah Allah s.w.t. 

Siapa yang tidak kenal pemilik gambar di atas. Dalam artikel  harakahdaily hari ini, 19/10/2011 yang bertajuk ADA SESUATU TIDAK KENA DENGAN HIMPUN, beliau menyatakan 5 alasan mengapa HIMPUN tidak patut dilaksanakan. Sila klik pada tajuk untuk maklumat yang lebih lanjut.

Namun pada pendapat aku, perjuangan parti PAS yang lebih terkenal memperjuangkan Agama Islam sepatutnya menyokong penuh perhimpunan tersebut yang telah kita ketahui memperjuangkan dan menegakkan akidah umat Islam dari keluar dari Islam ( murtad ). 

Persoalan yang berputar di kepala aku ialah, mengapa mesti ada perasan curiga akan diambil kesempatan oleh orang lain yang mempunyai muslihat demi kepentingan diri?  Mengapa tidak kita letakkan kepentingan agama Islam di hadapan berbanding lain-lain isu? Pada aku, HIMPUN ini tidak menyentuh isu-isu sensitif agama lain sebaliknya mempertahankan kemuliaan Islam itu sendiri. Kemuliaan akidah umat islam di Malaysia.

Kenapa pemilik gambar di atas ingin menyamatarafkan HIMPUN dengan BERSIH? BERSIH bertujuan untuk dunia semata-mata sebaliknya HIMPUN tidak semata-mata kepentingan keduniaan.

Apa-apa pun, tingkatkan ibadat kepada Allah dan tinggalkan larangannya.

Budak2 jangan klik. Untuk tontonan 18 ke atas sahaja.

0 comments
Salam dan selamat petang.

Hari ini aku tak ada cerita panas-panas yang ingin dikongsikan. Buku hasil tulisan  Ridhuan Tee pun aku baca bis lagi. Jadi, revienya akan dikemudiankan. Apa yang aku ingin bercerita kali ini, berkaitan dengan anime. Anda ramai dikalangan anda yang meminati anime sama ada baca komik atau tengon anime itu sendiri. Berbanding dengan dulu, amat susah untuk kita follow setiap episod melainkan jika ditayangkan di tv. Aku ada beberapa anime yang menjadi koleksi dan berada dalam simpanan dari  episod satu hinggalah episod terkini. Anime yang aku paling minat ialah one piece.


Agak mustahil jika terdapat dikalangan remaja yang tidak mengetahui pasal one piece sedangkan bapak-bapak yang berumur 30-an pun masih mengikutinya. Sepengetahuan aku, one piece akan tamat dalam masa 10 tahun lagi.

Anime yang kedua dan seterusnya

Naruto 

bleach

fairy tail

EyeShield21

The prince of tennis

Hikaru no go

high school of the dead

hyakka ryouran samurai girls

Avatar : the last air bender

Stein gate

whistle

beelzebub

gosick

Dengan kata lain, HD aku sebesar 500GB telah penuh, ditampung pula dengan HD laptop 350GB juga hampir penuh dan akhir sekali, dalam DVD. Itu adalah sebahagian anime yang aku masih simpan. Itu masih belum termasuk koleksi kamen rider. Antara siri kamen rider yang masih dalam simpanan pula ialah:

decade

Den-0

OOO

Double or W

ryuki

kiva

kabuto

Dan tentunya siri kamen rider yang terbaru. Kamen rider Fourze.

Kali ni banyak gambar pulak. Selalunya jangan harap nak ada gambar kan? Hahahaha

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET