Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Mengapa hanya motorsikal? Ini tak adil!

Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia....

Hari ini rakyat Malaysia berbangga menyambut Hari Malaysia, hari penubuhan Gagasan Malaysia yang ke 49. Penulis melihat, di tempat penulis terdapat perarakan sempena menyambut hari penubuhan Malaysia. Setiap rakyat menyertai perarakan tersebut.

Namun apa yang penulis tidak berpuas hati adalah tindakan abg-abg dan pakcik-pakcik POLIS yang kelihatan secara luarannya cukup tamak dan tidak memikirkan langsung apa perasaan orang ramai yang melihat. Itu belum lagi dikira perasaan orang yang terlibat dan menjadi "mangsa".

Yang lebih menyakitkan hati, mengapa hanya motorsikal yang ditahan, di"check" lesen dan "road tax". Manakala kereta lori di biarkan berlalu tanpa sedikit pun menahan dan "check" lesen mereka. 









Kita semua tahu, mereka-mereka yang menunggang motorsikal adalah mereka yang kurang berkemampuan dan boleh dikategorikan miskin. Jika mereka kaya dan banyak duit, sudah pasti mereka memandu kereta saat itu bahkan mungkin BMW ataupun Lamborghini.

Jika abg-abg dan pakcik-pakcik POLIS mahu menahan mereka, biarlah adil. Tahanlah sekali kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan. Hanya kerana ingin cepat mengeluar sehelai kertas kepada penunggang motorsikal atau terus mendapatkan sekeping not kertas, mungkin tercatat angka 50, maka hanya motorsikal yang menjadi mangsa. ITU TIDAK ADIL

Apa-apa tindakan dari pihak polis mestilah adil. Barulah orang ramai tidak mempertikaikan tugas anda. Barulah orang ramai akan menyangjung anda sebagai anggota polis yang bertanggungjawab. Penulis bukannya mahu menidakkan tugas polis tetapi mereka sepatutnya bertindak adil. Jangan hanya menyasarkan kepada penunggang motorsikal sahaja.

 Andai penulis adalah Pengarah JPJ, penulis akan mansuhkan Lesen B2. Motorsikal dibawak 200cc tidak perlu lesen untuk ditungganggi dengan beberapa syarat yang perlu diikut.



Klik LIKE jika anda bersetuju dengan pendapat penulis.

0 comments :: Mengapa hanya motorsikal? Ini tak adil!

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET