Assalamualaikum... dan salam berhujung minggu.
Setelah sekian lama penulis menyepi, hari ini penulis kembali lagi. Setelah "mood" yang dicari tidak menjelmakan diri.
Kali ini, penulis bukanlah ingin berpolitik cuma sekadar memohon pertolongan dari pakar-pakar yang mungkin mengetahui jalan penyelesaian kepada masalah penulis.
Penulis mencuba untuk install Windows 8 dalam partition berasingan di laptop kesayangan penulis tetapi gagal. Untuk pengetahuan semua, berikut adalah partition yang terdapat dalam laptop penulis.
Penulis mencuba untuk install Windows 8 ke partition F:Win8, tetapi gagal. Penulis hanya dibenarkan untuk install di partition C sahaja iaitu partition dimana OS sedia ada adalah Windows 7. Berikut adalah reason yang diberikan mengapa Windows 8 tidak boleh di install selain di partition C.
Jadi, penulis mohon jasa baik pembaca-pembaca sekalian berkongsi maklumat bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Terima kasih.
Penulis berterima kasih kepada facebooker Rainbow Children kerana membantu menyelesaikan masalah penulis.
Penyelesaiannya cukup mudah iaitu dengan menukarkan Type of HDD dari Dynamic kepada basic. Jika pembaca sekalian perhatikan gambar di atas, type HDD penylis adalah Dynamic. Jadi, hanya 1 OS sahaja yang boleh digunakan dalam 1 HDD walaupun kita mempunya partition yang lebih dari dua.
Untuk menukar Type Dynamic kepada BAsic, sebenarnya memerlukan kita format keseluruhan HDD.
Namun dengan bantuan Rainbow Children, masalah tersebut dapat diselesaikan tanpa mem "format" HDD sedia ada tanpa menghilangkan data-data sedia ada dengan menggunakan Partition Wizard Profesional Edition. Anda boleh dapatkan di sini http://uppit.com/zt5w31opj1vg/pwhe761.exe dengan disertakan serial number.
Anda boleh mendapatkan maklumat di http://www.eightforums.com/installation-setup/4058-partition-problems.html
Selamat mencuba.
Abe Long
Friday, December 14, 2012 at 11:40:00 AM GMT+8