Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Sukan pun dipolitikkan mereka

Assalamualaikum.....dan salam jumaat

Seperti yang dah kita sedia maklum, akhirnya persoalan terjawab jua apabila pasukan negara bimbingan K. Rajagopal akhirnya kandas di separuh akhir apabila kalah 0 - 2 kepada Thailand di laman lawan dengan agregat keseluruhan, skuad Harimau Malaya tewas 1 - 3 kepada Thailand. Walaupun kita tewas kali ini, peluang masih ada untuk kita buktikan pada musim yang akan datang. Usahlah terlalu kecewa dan sedih.

Namun, terdapat peristiwa lawak yang penulis lalui semasa menonton perlawanan timbal balas di restoren berhampiran tempat tinggal penulis. Tempat tinggal penulis sememangnya terkenal dengan penyokong parti pembangkang. Yang lawaknya, ada seorang pakcik yang mempertikaikan warna jersi skuad Harimau Malaya yang berwarna biru. Katanya itu warna BN. Nasib tidak pecah perut penulis ketawa. Hahahahah... Dangkalnya pemikiran penyokong parti pembangkang. Itupun hendak dipolitikkan.

Gelagat pakcik tersebut semenangnya lawak. Dari awal perlawanan, beliau sentiasa pot pet pot pet menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pengadil dari Korea yang asyik meniup wisel jika pemain Malaysia yang melakukan walaupun sedikit kesalahan sebaliknya jarang-jarang meniup wisel keramatnya jika terdapat pemain Thailand yang bertindak kasar. Sekali lagi kami ketawa.

Setelah pasukan Thailand menjaringkan gol ke 2, penulis dapati pakcik tersebut telah tiada. Mungkin terlalu kecewa dengan persembahan pasukan negara dan mungkin juga pakcik tersebut tidak dapat menrima kenyataan kekalahan tersebut..

Penulis tertanya-tanya juga, apa yang penulis nampak, setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung, penyokong yang memenuhi stadium hampir keseluruhannya adalah orang Melayu. Di manakah penyokong-penyokong cina? Berbeza jika kita bandingkan perlawanan dan kejohanan badminton, stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong Melayu dan cina. Adakah kerana badminton didominasi hampir 100% pemain cina yang menyebabkan mereka ke stadium untuk memberikan sokongan, berbanding hanya pemain Melayu dan India sahaja yang membarisi pasukan bola sepak?

Kita orang Melayu tidak kira apa jua bidang sukan, sama ada ada atau tidak orang melayu membarisi mana-mana skuad sukan, kita tetap bertandan ke stadium untuk memberikan sokongan yang padu. Sebaliknya tidak bagi orang cina. Boleh dikatakan mereka hanya akan berpusu-pusu ke stadium jika satu-satu jenis sukan itu didominasi oleh kaum cina. Itulah hakikat yang berlaku di Malaysia sekarang. JADI, siapakah yang sebenarnya rasis?

Terdapat seorang facebooker yang penulis kenali, membuat sedikit lawak di wall facebook penulis. Bagaimana status yang di post oleh penulis berhubung dengan perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 dikaitkan dengan Najib dan Rosmah yang tidak bertudung. Penulis tertanya-tanya, apa kaitan sehingga beliau berkata sebegitu. Beginikah mentaliti penyokong yang terlalu fanatik dengan pebangkang sehingga semua perkara pun mahu dikaitkan dengan UMNO, mahu dikaitkan dengan BN, mahu dikaitkan dengan DS Najib dan bininya Rosmah. APA KAITANNYA?

Adakah kerana anda kecewa kerana kekalahan Harimau Malaya? 

2 comments :: Sukan pun dipolitikkan mereka

  1. bodoh punya pembangkang. fikiran sempit.

  2. long time no see seimura...

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET