Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Teguran tandanya disayangi


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba, masih diberi peluang untuk taubat, moga dihapuskan dosa yang telah lepas, yang sekarang dan yang akan datang. 

Penulis terfikir dan ini merupakan pendapat penulis semata-mata. Apabila berbicara tentang pilihanraya umum, seperti dalam penulisan yang lepas, boleh klik di sini untuk membaca.

Alhamdulillah, penulis panjat rasa kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana masih memberi teguran kepada kepimpinan UMNO/BN dalam kesilapan mentadbir Malaysia. Bersyukur kerana tidak terus menghukum sebaliknya memberikan peringatan. Tidak seperti ummat-ummat terdahulu yang terus dibinasakan, terus dihukum.

Lihat bagaimana Yang Maha Pencipta memberi teguran kepada kita, kepada pimpinan kerajaan, kepada UMNO/BN khususnya. Yang Maha Mengetahui telah menggerakkan hati bekas Perdana Menteri ke5 supaya membubarkan Parlimen lebih awal dari biasa iaitu hanya selepas 4 tahun pemerintahan beliau. Dan akibatnya, kesannya, BN hanya menang dengan majoriti mudah dan bukannya majoriti 2/3 seperti selalu. Cuba kita fikirkan, apa akan berlaku kepada kerajaan BN umumnya dan UMNO khususnya jika Tun Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen lebih lewat ataupun mungkin setelah genap 5 tahun pemerintahan? ADAKAH BN masih berpeluang untuk menang dengan majoriti mudah? Atau lebih teruknya kalah dengan majoriti yang sedikit?

Semua ini kita perlu fikirkan. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan pada pendapat penulis sebab yang paling utama adalah ALLAH s.w.t mahu menegur kita tentang beberapa kesilapan yang telah kita lakukan. Kesilapan di sini tidak semestinya hanya perlu di tuju kepada pemerintah sahaja sebaliknya turut di tuju kepada setiap rakyat Malaysia.

Kemenangan tipis oleh BN sebenarnya merupakan satu teguran dari Yang Maha Esa. Seperti yang penulis jelaskan di atas, apa akan berlaku jika PRU12 dahulu dilakukan lebih lewat? Dalam keadaan bukan sahaja rakyat yang kebanyakannya telah menolak kepimpinan PM ke-5, pimpinan akar umbi sendiri mula menolak  kepimpinan beliau atas sebab-sebab yang telah kita semua sedia maklum. Sudah pasti kekalahan yang terpaksa diterima oleh BN jika PRU12 dahulu diadakan lebih lewat. Sudah pasti kita terpaksa menerima orang lain menjadi PM kita yang ke-6. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, Yang Maha Mengetahui masih memberi peluang kepada kerajaan sedia ada untuk berubah menjadi lebih baik dan tidak terpesong dari matlamat asal mereka.

Jadi, penulis berharap Kepimpinan BN sekarang mesti mengambil ikhtibar dari sejarah dalam PRU12 dahulu.

Orang Tua-tua kata, kita DITEGUR  kerana mereka menyayangi kita. Benarkah? Bagaimana pula dengan TEGURAN dari Yang Maha Esa? Adakah kerana ALLAH menyayangi kita?

0 comments :: Teguran tandanya disayangi

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET