Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

AJAIB!! PRU13 lahirkan 2 orang Perdana Menteri.


Penulis terkejut, selepas PRU 13 tahun ini dalam sejarah telah melahirkan 2 orang perdana menteri. Anda mungkin juga akan terkejut sekiranya 2 orang perdana menteri ini masing-masing terpampang di media perdana. Seorang di lantik oleh YDPA selepas memenangi majoriti mudah kerusi parlimen dan seorang lagi dilantik oleh diri sendiri selepas mengambil kira undi popular.



Dua gambar di atas di ambil semalam ( 8 Mei 2013 ) dalam perhimpunan suara rakyat suara keramat anjuran Anwar Ibrahim dan kawan-kawannya yang tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri hasil daripada PRU13. Apa tujuan diadakan perhimpunan sedemikian tidaklah penulis ketahui. Walaupun media arus perdana dan blogger-blogger yang mendedahkan tujuan diadakan perhimpunan tersebut agar berlakunya keadaan kucar-kacir dan rusuhan seperti yang berlaku pada tahun 1998 paling tidaknya.

Apa yang mengejutkan penulis ialah apabila terbaca tulisan Masdar Wajid di KeadilanDaily.Com. Sivarasa dikatakan telah mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke - 7 dan disambut sorakan hadirin yang hadir.




Penulis tidak faham, adakah mereka ( pembangkang, terutamanya Anwar sendiri ) bodoh atau buat-buat bodoh. Penulis anggapkan benar peratusan 52% undi memihak kepadanya dan hanya 47% memihak kepada Najib. Mereka bodoh atau buat-buat bodoh, biarlah mereka yang tentukan. Tetapi budak-budak pun tahu jumlah penduduk di setiap Parlimen adalah tidak sama. Ada yang sedikit, ada yang ramai, dan ada yang terlalu ramai.

Mereka lupa bahawa Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di mana penguasaan bilangan parlimen yang majoriti akan membentuk kerajaan. Bukannya demokrasi seperti di Amerika yang memerlukan calon presiden bertanding di semua negeri/wilayah yang ada dan kemenangan mengikut bilangan suara rakyat. Biasalah, Anwarkan pernah berkata jika dia kalah PRU13 dan tidak menjadi Perdana Menteri, maka dia kata nak berhenti dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Amerika. Mungkin kerana dia dah biasa dengan Amerika tu yang dia mati-mati dok ingat demokrasi di Malaysia ni sama seperti demokrasi di Amerika. Hei Nuar, Malaysia mengamalkan Demokrasi secara Berparlimen. Penulis berikan contoh seperti di bawah, 




Di Negara Pinang Sebatang ada 5 parlimen dengan jumlah penduduk 5 juta org yg layak mengundi.

P01 - 2 juta layak mengundi
P02 - 2 juta layak mengundi
P03 - 500 ribu layak mengundi
P04 - 300 ribu layak mengundi
P05 - 200 ribu layak mengundi

Setelah dijalan pilihanraya parti Better Nation menang di P03 (400 ribu undi, P04 (250 ribu undi) dan P05 (150 ribu undi)
Manakala parti Plastik Rokyak menang di P01 (1juta 700ribu undi) dan P02 (1juta 800ribu undi)


 

Agak-agak korangla, berdasarkan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita, Malaysia, parti mana yg akan menubuhkan kerajaan di Negara Pinang Sebatang?

Akhir sekali, Anwar, terimalah hakikat bahawa BN membentuk kerajaan dan Najib our PM.





 

2 comments :: AJAIB!! PRU13 lahirkan 2 orang Perdana Menteri.

  1. nak buat macam mana. dia fikir dia n pengikut ja betul. BN semua kotor bagi mereka kan. takut juga ada dua pedana menteri ni ..hehehe.. BUDAK SEKOLAH pun tau menilai walaupun mereka belum faham sangat. takpelah redha je. bila ditegur kita kene hentam

  2. This comment has been removed by the author.

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET