Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Maksud sebenar pepatah " Seperti mencurah air ke daun keladi "

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.....


Alhamdulillah, berjumpa lagi kita pada pagi Jumaat yang indah ini dengan cuaca yang cukup indah. Tidak nampak akan berlakunya hujan yang mencurah-curah, tidak nampak akan tanda-tanda untuk berlaku nya ribut. Alhamdulillah, nikmat dari ALLAH s.w.t.

Hari ini penulis berasa terpanggil untuk mengulas berkenaan dengan tajuk artikel hari ini. Benarlah kata pepatah Melayu, " bagai mencurah air ke daun keladi " yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia yang tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya lebih merugikan. Pepatah tersebut biasanya dikaitkan dengan nasihat yang diberikan kepada seseorang tetapi orang yang diberi nasihat tersebut sebenarnya tidak ambil peduli sedikit pun.

Bagi penulis, nasihat boleh dikategori dalam banyak bentuk dan bukannya dalam bentuk lisan semata-mata. Namun sama ada nasihat dalam lain-lain bentuk itu dalam bentuk berhemah atau tidak, itu terserah kepada cara penyampaian masing-masing. Bagaimana bentuk penyampaian nasihat itu, bukan matlamat yang penulis ingin sampaikan kali ini.

Kepada ahli UMNO dan angkatannya, Penulis ingin tegaskan di sini, USAHLAH KAMU MEMBUANG MASA semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli PAS mahupun supporters pembangkang. Usahlah kamu bazirkan masa kamu yang penting itu untuk berbahas mahupun bertikam lidah dengan mereka. Mengapa penulis mengatakan anda sememang membuang masa semata-mata mahu berbahas, atau pun menyatakan dan memberi bukti yang mungkin boleh dikategorikan sebagai bukti kukuh, menjelaskan sesuatu perkara mengapa ia dilakukan ataupun untuk mendapatkan sokongan  mereka sebagai membuang masa? Mengapa?

Sebab itulah penulis mengandaikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh supporters kerajaan mahupun dari pihak kerajaan sendiri dalam pelbagai isu dan kes sebagai bak kata pepatah melayu, " seperti mencurah air ke daun keladi ". 

Penulis tidak menolak perlunya kerajaan membuat penjelasan dalam semua isu dan kes tapi bukanlah untuk ditujukan kepada supporters pembangkang semata-mata sebaliknya ia perlu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai atas pagar dan penjelasan untuk supporters BN juga. Sebagai contoh dalam isu pencerobohan Lahad Datu oleh tentera yang kononnya menggelar diri mereka sebagai tentera sultan sulu. Mengapa mengambil masa yang agak panjang melebihi 2 minggu sebelum menjalankan misi membanteras mereka. Pihak Pembangkang dan supporters nya secara terang-terangan menyalahkan kerajaan seolah-olah pihak kerajaan sengaja bermain wayang untuk mendapat simpati rakyat. Mereka masih boleh mengatakan itu adalah sandiwara UMNO untuk menagih simpati rakyat walaupun telah mengorbankan 2 orang anggota polis. Namun apabila pihak inteligence Filiphina membongkarkan maklumat bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam serangan askar sultan sulu di Sabah, terus mereka iaitu supporters pembangkang menyatakan UMNO memfitnah Anwar Ibrahim.

Kita lihat pula contoh yang kedua, dalam tahun 90-an, Tun Dr Mahathir dikatakan telah menghina janggut Rasulullah. Dikatakan Rasulullah simpan janggut kerana pada zaman tersebut tidak mempunyai "gillette" untuk bercukur. Maka PAS mengambil kesempatan ini berkempen di seluruh pelusuk negeri dengan menyatakan Tun M hina rasulullah. Ketika itu, adakah mereka memberi peluang kepada Tun M untuk membuat penjelasan? Sudah tentu tidak. Tapi, bagaimana pula penerimaan mereka apabila Datuk Bentara Nik Aziz sendiri yang mengeluarkan kata-kata yang menghina Rasulullah? Apabila Datuk Bentara Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa " Rasulullah masa dia kecil dulu sama sahaja dengan mamat-mamat di kampung ". Kita kena ingat dan perlu tahu, Roh Rasulullah dan siapa yang akan menjadi Nabi akhir zaman telah tercatat sebelum kewujudan Nabi Adam A.S. Kita lihat betapa mulianya Rasulullah di sisi Allah s.w.t. Kita lihat, dari kecil hingga ke dewasa dan wafat, bagaimana akhlak  Rasulullah? Adakah akhlak Rasulullah masa kanak-kanak adalah sama seperti mamat-mamat yang dok ada di kampung kita sekarang? Pernahkah Rasulullah semasa kanak-kanaknya kencing berdiri seperti mamat-mamat yang dok ada kat kampung kita sekarang? Apabila terdapat beberapa orang ustaz-ustaz yang menafikan bahawa Rasulullah tidak seperti yang dikatakan oleh Datuk Bentara Nik Aziz dan terus menyerang Nik Aziz, maka supporters PAS bangun dan menyalahkan UMNO kerana tidak memberi peluang kepada Datuk Bentara Nik Aziz membuat penjelasan.





Oleh itu, penulis ingin memberikan saranan kepada jentera Umno dan komponen BN supaya lebih memberi perhatian terhadap supporters BN sendiri dan mereka yang tergolong dalam pihak yang tidak menyokong mana-mana parti atau perkataan lain atas pagar. Kita semua tahu bahawa pihak atas pagar adalah penentu kepada kemenangan dalam PRU13 nanti.  Kita perlu ingat, kita tidak akan dapat mengubah cara pemikiran dan pendirian mereka supaya mengundi UMNO dan BN. Dalam pendirian mereka, pembangkang adalah betul dan yang salah adalah kerajaan sedia ada sekarang  walau sekukuh mana bukti yang kita tunjukkan sekalipun.

Semalam, penulis ada bersembang dengan salah seorang student dari UIA, kita semua tahu UIA adalah salah satu kubu kuat Ketua Umum Pakatan Rakyat. Penulis bertanya adakah beliau percaya bahawa pelakon lelaki dalam video lucah yang dikatakan dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK PERCAYA" dan sudah tentu penulis akan bertanya mengapa. Beberapa sebab diberikan. Penulis hanya senyum sahaja membaca apa jawapan beliau. Salah satu jawapannya ialah, perut Anwar Ibrahim tidak sebuncit perut lelaki dalam video tersebut. Walaupun penulis ingin menjawab apabila membaca jawapan tersebut, tetapi penulis tidak terus menjawab.

Jika benarlah seperti jawapan yang diberikan oleh penuntut dari UIA tersebut, mari kita fikir-fikirkan kembali. Tidak perlu kita persoalkan di manakah jam omega yang dikatakan berada dalam tangan pihak polis. Cukup sekadar berfikir, bilakah video itu di ambil dan bila pula Anwar Ibrahim menunjukkan perutnya yang "kempis"? Adakah pada hari yang sama? Pada minggu yang sama? Atau pada bulan yang sama? Sudah pasti tidak. Pernah lihat iklan-iklan kecantikan di televisyen? Sila abaikan Tv3, Tv2, dan Tv1. Takut-takut dikatakan bohong dan fitnah pula. Cukup sekadar iklan di Metro dan Sinar Harian. Pernahkah kita melihat iklan kecantikan yang boleh menurunkan berat badan dari gemuk ke ramping hanya dalam beberapa minggu sahaja. Pernah lihat iklan kempiskan perut yang boroi dan buncit yang tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan 6 pax? Pernahkah anda? Walau bagaimana pun penulis kesal kerana beliau tidak mahu menjawab soalan penulis yang terakhir.

Jadi, penulis boleh membuat kesimpulan di sini bahawa, jika kita memberikan bukti yang kukuh, yang pastinya tidak boleh dipertikaikan lagi sekali pun, mereka akan memberikan pelbagai alasan malah akan melabelkan bukti tersebut sebagai fitnah. 

Tidak  perlulah jentera UMNO dan BN membuang masa bersama-sama mereka. Cukuplah. Berilah perhatian kepada mereka yang setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Namun ia tidak bermakna kerajaan harus melupakan dan menidakkan bantuan dan kebajikan mereka. Setelah menjadi kerajaan, maknanya menjadi kerajaan kepada semua rakyat Malaysia termasuklah rakyat yang tidak menyokong sekali pun. Bukan seperti Kerajaan PR negeri Selangor yang meminta bukti adakah mereka memangkah PKR, PAS dan DAP dalam PRU12 dahulu apabila rakyat Selangor menuntut janji yang diberikan mereka ketika  berkempen dalam PRU12 dahulu.

Jangan pula menjadi seperti mereka-mereka di bawah ini, kejadian yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan tetap di cuba juga untuk dikaitankan dengan kerajaan. mereka telah ditanam, apa juga kerajaan buat, TETAP SEMUANYA SALAH DAN TIDAK BETUL.





Sekian....untuk kali ini.


AJAIB!! PRU13 lahirkan 2 orang Perdana Menteri.

2 comments

Penulis terkejut, selepas PRU 13 tahun ini dalam sejarah telah melahirkan 2 orang perdana menteri. Anda mungkin juga akan terkejut sekiranya 2 orang perdana menteri ini masing-masing terpampang di media perdana. Seorang di lantik oleh YDPA selepas memenangi majoriti mudah kerusi parlimen dan seorang lagi dilantik oleh diri sendiri selepas mengambil kira undi popular.



Dua gambar di atas di ambil semalam ( 8 Mei 2013 ) dalam perhimpunan suara rakyat suara keramat anjuran Anwar Ibrahim dan kawan-kawannya yang tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri hasil daripada PRU13. Apa tujuan diadakan perhimpunan sedemikian tidaklah penulis ketahui. Walaupun media arus perdana dan blogger-blogger yang mendedahkan tujuan diadakan perhimpunan tersebut agar berlakunya keadaan kucar-kacir dan rusuhan seperti yang berlaku pada tahun 1998 paling tidaknya.

Apa yang mengejutkan penulis ialah apabila terbaca tulisan Masdar Wajid di KeadilanDaily.Com. Sivarasa dikatakan telah mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke - 7 dan disambut sorakan hadirin yang hadir.




Penulis tidak faham, adakah mereka ( pembangkang, terutamanya Anwar sendiri ) bodoh atau buat-buat bodoh. Penulis anggapkan benar peratusan 52% undi memihak kepadanya dan hanya 47% memihak kepada Najib. Mereka bodoh atau buat-buat bodoh, biarlah mereka yang tentukan. Tetapi budak-budak pun tahu jumlah penduduk di setiap Parlimen adalah tidak sama. Ada yang sedikit, ada yang ramai, dan ada yang terlalu ramai.

Mereka lupa bahawa Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di mana penguasaan bilangan parlimen yang majoriti akan membentuk kerajaan. Bukannya demokrasi seperti di Amerika yang memerlukan calon presiden bertanding di semua negeri/wilayah yang ada dan kemenangan mengikut bilangan suara rakyat. Biasalah, Anwarkan pernah berkata jika dia kalah PRU13 dan tidak menjadi Perdana Menteri, maka dia kata nak berhenti dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Amerika. Mungkin kerana dia dah biasa dengan Amerika tu yang dia mati-mati dok ingat demokrasi di Malaysia ni sama seperti demokrasi di Amerika. Hei Nuar, Malaysia mengamalkan Demokrasi secara Berparlimen. Penulis berikan contoh seperti di bawah, 




Di Negara Pinang Sebatang ada 5 parlimen dengan jumlah penduduk 5 juta org yg layak mengundi.

P01 - 2 juta layak mengundi
P02 - 2 juta layak mengundi
P03 - 500 ribu layak mengundi
P04 - 300 ribu layak mengundi
P05 - 200 ribu layak mengundi

Setelah dijalan pilihanraya parti Better Nation menang di P03 (400 ribu undi, P04 (250 ribu undi) dan P05 (150 ribu undi)
Manakala parti Plastik Rokyak menang di P01 (1juta 700ribu undi) dan P02 (1juta 800ribu undi)


 

Agak-agak korangla, berdasarkan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita, Malaysia, parti mana yg akan menubuhkan kerajaan di Negara Pinang Sebatang?

Akhir sekali, Anwar, terimalah hakikat bahawa BN membentuk kerajaan dan Najib our PM.





 

GST, adakah menguntungkan rakyat?

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tahniah kepada Barisan Nasional a.k.a Better Nation katanya di atas kemenangan dan terus menjadi pemerintah di Malaysia. Semoga DS Najib memberi perhatian yang lebih kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang memberikan sokongan yang padu yang menyebabkan BN terus memerintah negara. Jika DS Najib mahukan sokongan yang lebih daripada sekarang, bantulah mereka yang menyokong DS Najib. Jangan diabaikan mereka sehingga mereka berkecil hati, jika tidak buruk padahnya DS Najib.

Kali ini penulis ingin meng"entri"kan petikan daripada salah seorang rakan facebook. Artikel ini berkenaan dengan GST iaitu Good and Service Tax. Bagaimana GST berfungsi dan dalam masa yang sama akan menurunkan sedikit harga barangan. 

____________________________________________

Asssalamualikum, salam sejahtera. Akhirnya, wa terpanggil untuk mengulang tentang isu GST yang sibuk diperkatakan ketika ini. Sebenarnya wa malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.Tapi apakan daya, wa tak dapat menahan gelora di jiwa ini untuk membincangkan hal GST ini. dan untuk makluman, sehingga 9/5/2013 2.58p.m GST masih belum dilaksanakan di Malaysia. Sebelum itu, dinasihatkan POST mengandungi sepanjang 800 patah perkataan. Tidak sesuai bagi mereka yang MENGANTUK.

------------------------------------------------------------------------------------------
PERTAMA, APAKAH ITU GST?

Ringkasnya, GST ataupun Goods and Service tax ini dilaksanakan ke atas barangan dan perkhidmatan, tetapi ada pengecualian antaranya dalam kesihatan, pendidikan, makanan, pengangkutan dan perkara-perkara asas yang lain. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. Jadi bila GST diperkenalkan, CUKAI JUALAN atau CUKAI PERKHIDMATAN akan dihapuskan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

NEGARA MANA YANG DAH LAKSANAKAN GST?

Antara negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.

Bukan di Asia sahaja, malah negara-negara besar yang lain turut menggunakan sistem GST ni atau turut dikenali sebagai VAT (Value Added Tax) dan kadar mereka lebih tinggi contohnya UK 20%, Australia 10%, NZ 10%, China 17%. Kalau tak percaya uolls boleh rujuk di sini http://www.worldwide-tax.com/#partthree

Sehingga MAC 2012, kadar GST yang dicadangkan di Malaysia adalah 4%.

--------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA PERLU DILAKSANAKAN GST?

2010, Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada mengeluarkan laporan bahawa hanya 1.7 juta rakyat Malaysia daripada 8.5 juta yang berdaftar di LHDN iaitu bersamaan dengan 6% yang membayar cukai. Mana pergi yang lain? Mereka..Lari..

------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh paling mudah, yang boleh wa tunjukkan ialah individu-individu yang membeli kereta mewah/import di Malaysia ini. Laporan 2011, AUDI (927 unit), VOLVO (1006 unit), LEXUS(1711 uniit), PORSCHE (415 unit), MItsubishi (12053 unit) dan lain-lain.

Pembayar cukai top bracket = 40,000 individu
Jualan model kereta yang berharga tinggi adalah berjumlah 206,250 buah
Jumlah pembelian kereta mewah tinggi tetapi pembayar cukai top bracket masih lagi rendah?
Jadi, mana pergi mereka-mereka yang selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab membayar cukai?
Ini namanya lari cukai……dengan pelaksanaan GST. Tiada istilah lari untuk mereka semua ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu, dengan terlaksananya GST kelak :

i)cukai pendapatan boleh diturunkan
ii)cukai korporat boleh boleh diturunkan
iii)Kerajaan Malaysia boleh memperolehi RM6.3 bilion (dengan kadar 4%)
iv)Sekarang ini Singapura mengenakan GST sebanyak 7%. Kalau Malaysia ikut kadar yang sama seperti Singapura, Malaysia berjaya mempeorlehi pendapatan sebanyak RM25.7 bilion

Itu kalau kerajaan Malaysia nak ikut, tetapi sehingga MAC 2012 kadar GST yang dicadangkan ialah 4%

------------------------------------------------------------------------------------------
BAGAIMANA IANYA DILAKSANAKAN??

Seperti yang kita tahu, semua barang yangg kita beli memang sudah bercukai, iaitu cukai jualan 5 atau 10 % atau kadar spesifik utk bahan api, dan cukai perkhidmatan 6%. DAN BILA atau ANDAI KATA GST ini dilaksanakan, ianya akan mengganti kedua-dua jenis cukai ini. BUKAN SEBAGAI TAMBAHAN CUKAI BARU!!

CONTOHNYA, air mineral SPRITZER (botol besar) berharga RM2.80 adalah termasuk cukai jualan 5%. Jadi, bila GST dperkenalkan, harga air mineral SPRITZER ini akan berharga RM2.66. LIHAT. Ianya menjadi semakin rendah. Sebab apa? Cukai jualan 5% telah ditolak dan GST dikecualikan pada air Spritzer sebab ianya adalah makanan asasi.

dan lagi satu, GST akan dilaksanakan bersekali dgn Anti-profiteering Act yang akan menghalang peniaga dari mengambil kesempatan dgn meletakkan harga sebelum cukai sekali dgn cukai sedia ada.

--------------------------------------------------------------------------------------
KENA MENGENA DENGAN PRU 13? SEBAB BN MENANG?

Ingat, sebelum kita gunakan hak bersuara marilah kita gunakan hak berfikir yang ada. Kalau kita follow berita-berita semasa atau pun sekurang-kurangnya kita kaji balik berita-berita berkaitan yang terdahulu, GST ini bukan tetiba nak dilaksanakan. Bukan kes BN menang PRU 13, terus nak buat. Bukan ya.

Sejak 2005 lagi, Pak Lah telah mencadangkan tentang GST ini semasa pembentangan Bajet 2005. Lihat. dan 7 tahun, tetapi masih belum dilaksanakan. Kalau betul mereka lapar duit rakyat, sejak 2008, PRU 12, mereka dah boleh laksanakan, dah boleh makan duit kita. (hehe. typcal Malaysians attitude) Tetapi tak, mereka tak laksanakan lagi sebab banyak perkara yang perlu diambil kira. Masih banyak lagi implikasi-implikasi buruk yang bakal terjadi jika GST ini tidak dikaji dengan betul sebelum dilaksanakan. Sebab hakikatnya GST adalah satu sistem yang sangat kompleks. Ya betul, tiada satu pun cukai di dunia ini yang tak membebankan.

FRANKLY SPEAKING, betul, mungkin niat wa tulis panjang lebar ini adalah untuk backup kerajaan tetapi itu hanyalah 10% sahaja dari niat wa. Lagi 80%? 80% lagi sebab wa cuma tak berapa gemar melihat insan-insan yang wa sayang terus hidup dalam keadaan tak tahu.Maksud wa di sini ialah mereka marah dengan sesuatu yang mereka tak tahu. Seakan-akan hidup dalam kegelapan. Confirm, ini penangan kes "blackout" lah ni.hehe.

Insyallah, kalau wa rasa wa dah bijak sangat dan tak perlu study untuk exam, wa akan bincangkan keburukan GST ni. Standarlah. Setiap benda ada baik dan buruknya.

Akhir kata dari wa, Salam 5 Tahun Lagilah!
(frasa "5 Tahun Lagilah!" boleh dibaca di dalam intonasi gembira, sinis, sedih atau pun marah. It is your right.)
______________________________________________
 
Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda semua dalam memahami apa itu GST yang sebenar. Usah termakan dengan hasutan oleh pembangkang yang hanya mahu menjadi pemerintah, mahu menjadi perdana menteri. Unuk memberi tekanan kepada kerajaan yang baru di beri mandat, mereka (pembangkang) seboleh-bolehnya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia agak ke jalanan untuk membantah dan berdemontrasi. Tetapi mereka lupa bahawa bukan semua rakyat Malaysia akan tertipu dengan hasutan mereka.
 
Anda boleh klik di sini untuk membaca tulisan asal rakan facebook penulis. 
 
 Sekian.... 
 

Selamat Mengundi dan kempen "Kita Bersaudara"

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tepat jam 12.00am maka tamatlah tempoh berkempen parti-parti yang bertanding. Kita hanya perlu melaksanakan tugas masing-masing iaitu mengundi pada esok hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tidak kiralah PAS atau BN yang menang. Semuanya telah tersurat seperti yang dikehendaki oleh Yang Maha Pencipta.

Penulis ingin memaklumkan bahawa selepas PRU13 bermula 7 Mei 2013, penulis akan melancarkan kempen 

" KITA BERSAUDARA "  

Penulis berharap, kempen ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia

ikrar DAP dan Ambiga apabila menang PRU13

0 comments

Assalamualaikum...

Penulis ingin mengingati semua rakyat Malaysia di luar sana, walaupun tidak seberapa ramai yang membacanya, namun penulis amat berharap supaya kita sesama Melayu dan Islam sentiasa saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 

Ingat!! Jangan kita memberi undi kepada calon pembangkang pada PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang akan datang. Ini kerana DAP dan Ambiga sudah bersiap sedia dengan ikrar mereka yang dilaungkan selama ini untuk dinobatkan jika menang pilihanraya nanti.



Berwaspadalah dengan janji Ambiga iaitu sebaik sahaja melangkah ke Putrajaya, mereka akan meminda Perlembagaan dengan memansuhkan semua hal berkaitan dengan kepentinga ISLAM dan Melayu.

Antaranya ialah Malaysia akan bertukar menjadi negara Republik, Islam tidak lagi agama persekutuan sebaliknya ditukar kepada kristian, ketua negeri akan dilantik dari kalangan bukan melayu, raja berpelembagaan akan dihapuskan, laungan azan lima kali sehari tidak akan dibenarkan dan tilawah al-quran dihapuskan, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri selama dua tahun dan diganti dengan Lim Guang Eng dan Mahkamah Syariah akan dibubarkan.

Lihat sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang jelas mengikut kehendak DAP dan manifesto pembangkang itu juga jelas tidak meletakkan kepentingan Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini.

Jangan mudah terpedaya walaupun dalam manifesto bukan janji pembangkang yang kononnya mahu menghapuskan diskriminasi kaum di negara ini yang hakikatnya tidak ada sedikit pun diskriminasi kaum tetapi hakikatnya pakatan pembangkang terikat dengan dominasi DAP secara langsung sebagai pencatur kepada hala tuju pakatan pembangkang.

DAP sememangnya terkenal dengan perjuangan konsep " Malaysian Malaysia" yang membawa maksud kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara. DAP sengaja membangkitkan soal diskriminasi tetapi semua itu lebih menyerlahkan sikap talam dua muka apabila mereka lupa bangsa Cina selama ini sudah menikmati lebih daripada apa yang Melayu dapat. Lebih berganda-ganda.

Dalam soal ekonomi, cuba kita fikirkan  apa yang orang Cina dapat? Disebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya merekalah (kaum cina) yang paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberi kuota 30% kepada Bumiputera tetapi penguasaan 70% terus dinikmati oleh masyarakat Cina yang sudah membentuk kartel mega.

Kita jangan sesekali mudah terperangkap dengan keluhan dan rintihan pakatan pembangkang kerana mereka akan terus kaya dan berkuasa. Dalam keadaan Melayu yang memerlukan kuota untuk Bumiputera, malangnya DAP mahu menghapuskan "kuota khas" bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Hari ini, kaum Cina adalah 24% penduduk negara ini yang menguasai ekonomi dengan dasar kerajaan yang terbuka yang membolehkan ekonomi kaum cina terus melonjak. Hakikatnya, bangsa Melayu terus berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara.

MALAYU JANGAN LUPA!!! Jika pembangkang menang dalam PRU13 kali ini, tuntutan pengkhianat seperti Ambiga, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bukan lagi sekadar angan-angan, sebaliknya akan menjadi kenyataan. PRU kali ini bukanlah pertembungan UMNO dengan PAS seperti sebelum ini TETAPI PERJUANGAN MASA DEPAN ISLAM DAN MELAYU menentang puak Islam Plural yang bersekutu dengan kumpulan sekular.

Kumpulan Ambiga mahu kerajaan pakatan memastikan bayi yang baru dilahirkan oleh pasangan Islam tidak boleh diiktiraf sebagai beragama Islam selagi umur belum mencecah 21 tahun. Dalam erti kata lain, setiap bayi tidak dibenarkan diberi status agama. Cuba bayangkan kanak-kanak Islam yang bersolat, berpuasa dan dalam waktu yang sama kita tidak berhak memanggil mereka sebagai Orang Islam. Jika mereka tidak beragama, sudah pasti pendakyah kristian akan berpeluang dan diberi peluang untuk memujuk mereka memilih kristian sebagai  agama apabila mencapai usia layak memilih agama mana untuk dianuti.

Ambiga juga mahu kerajaan pakatan memberi kebenaran kepada semua muallaf untuk kembali murtad tanpa dikenakan tindakan, wal hal Fasal (4) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i'tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.

Oleh kerana kes murtad boleh didakwa di mahkanah syariah, kumoulan Ambiga juga mahu kerajaan pembangkang membuat perundangan supaya sebarang kes murtad dikendalikan oleh mahkamah sivil. Niat jahat sebenar Ambiga semakin terpancar apabila beliau mahu kerajaan tajaannya nanti menguatkuasakan perundangan agar seseorang muslim tidak perlu dicatatkan perkataan Islam pada kad pengenalan mereka.

APAKAH ERTINYA BANGSA MELAYU DIBERI HAK ISLAM TETAPI TIDAK DIPERAKUI OLEH JABATAN PENDAFTARAN SEDANGKAN MALAYSIA MENJUNJUNG DAN MEMULIAKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTAN MALAYSIA.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET