Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Pengalaman pahit bercuti di Langkawi

Entri kali ini, bukan penulisan penulis tetapi luahan rasa tidak puas hati pelancong yang ditipu dan terus tertipu. Penulis tidak ubah walau sepatah. Entri ini penulis ambil dari facebooker Amir Aqram bin Azizi. Anda boleh klik pada nama beliau untuk ke facebook beliau. 

Cerita hari ini. Plan becuti di langkawi lingkup sebab kena sembelih dengan keret sewa. Sampainya aku di jeti kuah langkawi call call kereta booking tak angkat. Kereta sewa rm 80 avanza untuk sehari hanya nampak bayang sahaja.padahal awal awal sudah berjanji tapi akhirnya di mungkiri. Mungkin sebab banyak pemintaan. Bawala aku dengan mak dan anak tanpa haluan .yela peak season macamni mesti kereta sewa habis di sewakan.




Di jeti semua kereta sewa sudah habis. Berjumpa abang mi. Tawarkan van 250 sehari selama 3 hari pada awalnya nak dapat untung lebih. Padahal sepatut dikira 2hari.nego punya nego dapat 200sehari(lebih mahal dari biasa mpv 180sehari pada hari cuti) ok takpalah.aku ambil juga.silap bayar dulu tK tengok kereta.di beri kereta buruk van manual yang stereng ketat tangan berminyak pintu van pun nak tercabut.(silap tak ambil gambar)
Tapi yang boleh bawak tu isteri aku ja manual ni.kah kah. Bawa jugaka ke chalet. Sampai sampai isteri minta saya tukar kereta.call company kata kena bayar lagi seratus untuk dapat mitsubishi mpv yang buruk seperti di bawah kalininlebih sikit je auto.pagini baru ke cable car kereta berhenti lagi.minyak baru isi. Rupanya bateri kereta pun habis. Tersadai anak bini dengan mak. Setakat ni habis 500dah.




Tolongla fikir sikit company kereta sewa langkawi oii.tak kesianka hangpa pada family macam kami.yang ada mak yang dah tua anak yang masih kecik menangis panas .agak agakla nak ambil kesempatan pun.yang menipu pun orang melayu jugaa..orang islam...bukan orang cina. Harap la jangan datang ke langkawi masa peak season .kalau tak

KENA SEMBELIH LA HANGPA




Keadaan seperti inilah yang kerap berlaku pada musim cuti sekolah dan cuti am. Ada segelintir agen yang hanya wujud pada musim-musim tertentu sahaja. Pada musim di mana 2 perkara yang pasti tidak cukup untuk menampung kehadiran para pelancong, iaitu kenderaan sewa pandu sendiri dan chalet. Mereka wujud hanya untuk mengambil kesempatan dan menipu orang ramai. Jika yang kena tipu tu orang kaya duit berjuta-juta boleh tahan juga. Ini yang kena, golongan yang perlu berjimat, golongan yang perlu menabung untuk bercuti.

Tidakkah mereka sedar, walau 1 sen duit yang mereka perolehi dengan cara yang sedemikian, hidup mereka tidak akan senang. Tidak akan berkat. Malah hukumnya sudah terang-terang haram. Apatah lagi dengan duit itu mereka memberi anak dan isteri di rumah makan. Nauzubillahinzalik.....Minta dijauhkan kita dari golongan orang yang sedemikian. 

Golongan seperti inilah yang menyebabkan orang pengusaha-pengusaha lain turut sama terpalit. Mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan juga akan dituduh. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Penulis berharap dan doakan agar mereka yang menjalan kegiatan penipuan sedemikian akan insaf dan berubah. Semoga tiada lagi kejadian-kejadian seperti ini berulang di masa akan datang.
Penulis rekemenkan kepada anda sekalian, jika ingin bercuti ke Langkawi, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Setakat ini, beliau adalah trusted dalam memberikan perkhidmatan.



0 comments :: Pengalaman pahit bercuti di Langkawi

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET