Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Pengalaman pahit bercuti di Langkawi

0 comments
Entri kali ini, bukan penulisan penulis tetapi luahan rasa tidak puas hati pelancong yang ditipu dan terus tertipu. Penulis tidak ubah walau sepatah. Entri ini penulis ambil dari facebooker Amir Aqram bin Azizi. Anda boleh klik pada nama beliau untuk ke facebook beliau. 

Cerita hari ini. Plan becuti di langkawi lingkup sebab kena sembelih dengan keret sewa. Sampainya aku di jeti kuah langkawi call call kereta booking tak angkat. Kereta sewa rm 80 avanza untuk sehari hanya nampak bayang sahaja.padahal awal awal sudah berjanji tapi akhirnya di mungkiri. Mungkin sebab banyak pemintaan. Bawala aku dengan mak dan anak tanpa haluan .yela peak season macamni mesti kereta sewa habis di sewakan.




Di jeti semua kereta sewa sudah habis. Berjumpa abang mi. Tawarkan van 250 sehari selama 3 hari pada awalnya nak dapat untung lebih. Padahal sepatut dikira 2hari.nego punya nego dapat 200sehari(lebih mahal dari biasa mpv 180sehari pada hari cuti) ok takpalah.aku ambil juga.silap bayar dulu tK tengok kereta.di beri kereta buruk van manual yang stereng ketat tangan berminyak pintu van pun nak tercabut.(silap tak ambil gambar)
Tapi yang boleh bawak tu isteri aku ja manual ni.kah kah. Bawa jugaka ke chalet. Sampai sampai isteri minta saya tukar kereta.call company kata kena bayar lagi seratus untuk dapat mitsubishi mpv yang buruk seperti di bawah kalininlebih sikit je auto.pagini baru ke cable car kereta berhenti lagi.minyak baru isi. Rupanya bateri kereta pun habis. Tersadai anak bini dengan mak. Setakat ni habis 500dah.




Tolongla fikir sikit company kereta sewa langkawi oii.tak kesianka hangpa pada family macam kami.yang ada mak yang dah tua anak yang masih kecik menangis panas .agak agakla nak ambil kesempatan pun.yang menipu pun orang melayu jugaa..orang islam...bukan orang cina. Harap la jangan datang ke langkawi masa peak season .kalau tak

KENA SEMBELIH LA HANGPA




Keadaan seperti inilah yang kerap berlaku pada musim cuti sekolah dan cuti am. Ada segelintir agen yang hanya wujud pada musim-musim tertentu sahaja. Pada musim di mana 2 perkara yang pasti tidak cukup untuk menampung kehadiran para pelancong, iaitu kenderaan sewa pandu sendiri dan chalet. Mereka wujud hanya untuk mengambil kesempatan dan menipu orang ramai. Jika yang kena tipu tu orang kaya duit berjuta-juta boleh tahan juga. Ini yang kena, golongan yang perlu berjimat, golongan yang perlu menabung untuk bercuti.

Tidakkah mereka sedar, walau 1 sen duit yang mereka perolehi dengan cara yang sedemikian, hidup mereka tidak akan senang. Tidak akan berkat. Malah hukumnya sudah terang-terang haram. Apatah lagi dengan duit itu mereka memberi anak dan isteri di rumah makan. Nauzubillahinzalik.....Minta dijauhkan kita dari golongan orang yang sedemikian. 

Golongan seperti inilah yang menyebabkan orang pengusaha-pengusaha lain turut sama terpalit. Mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan juga akan dituduh. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Penulis berharap dan doakan agar mereka yang menjalan kegiatan penipuan sedemikian akan insaf dan berubah. Semoga tiada lagi kejadian-kejadian seperti ini berulang di masa akan datang.
Penulis rekemenkan kepada anda sekalian, jika ingin bercuti ke Langkawi, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Setakat ini, beliau adalah trusted dalam memberikan perkhidmatan.





Tips-tips bercuti di Pulau Langkawi

0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat yang penuh barokah.


Musim cuti persekolah tidak kira penggal pertama, cuti pertengahan tahun atau pun cuti akhir tahun merupakan peluang untuk para ibu bapa membawa anak-anak mereka makan angin tidak kira dalam negara mahupun luar negara.

Di kesempatan ini juga, rakan penulis yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri dan chalet di langkawi telah membuat beberapa pengiklanan sama ada di facebook dan dengan rakan-rakan bloger bagi melariskan jualan beliau. Tambah-tambah pada musim cuti sebegini adalah peluang bagi mereka untuk menambahkan pendapatan.

  
Usaha beliau yang beliau lakukan boleh dikatakan agak memberangsangkan apabila banyak menerima panggilan dan mesej pesanan ringkas untuk menempah ( booking ) terutamanya kereta dan van. 

Sememangnya menjadi kebiasaan di Pulau Langkawi, apabila menjelang musim cuti persekolahan dan lain-lain cuti am, kehadiran pelancong sama ada dari dalam negara atau luar negara bertambah. Keadaan ini menyebabkan pihak beliau dan rakan-rakan tidak dapat menyediakan kenderaan yang mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan. 

Jadi beliau memberikan beberapa tips kepada penulis untuk disampaikan kepada orang ramai supaya lebih awal membuat persiapan agar cuti kita penuh dengan kenangan manis. Tidak kira bersama keluarga, teman atau rakan sekerja. Tips-tips yang beliau berikan ada yang sesuai sepanjang tahun dan ada yang hanya sesuai pada musim cuti sahaja.

Antara tips-tips yang diberikan oleh beliau ialah :

1. Tempah kereta sewa dan chalet lebih awal sekurang-kurangnya 1 minggu terutamanya pada musim cuti sekolah, cuti am, dan hari minggu. Jika tidak, percutian anda mungkin terpaksa di tangguhkan disebabkan tiada kekosongan.

2. Jika anda mahu bercuti lebih dari 5 hari, seeloknya bawa masuk kereta sendiri. Kosnya akan lebih murah. Selain akan memudahkan pihak anda.

3. BerHati2 dalam memilih tempat untuk makan. Jika boleh survey dahulu. Manalah tahu kot2 kena sembelih ke nanti.

4. Berhati-hati juga dengan penipu-penipu yang berkeliaran sama ada di facebook mahupun di jeti yang menawarkan pakej dengan harga yang murah dan meminta pihak anda untuk bank in yang kononnya deposit tetapi dengan harga penuh. Kebiasaannya deposit yang minta oleh rakan penulis dan lain-lain pengusaha kereta sewa ialah sama nilai dengan harga untuk satu hari untuk sebuah kenderaan yang mahu disewa. Ada juga yang ambil dengan nilai minima sebanyak RM 100.00

Penulis dimaklumkan kerapkali ramai pelancong yang tertipu dan rabun mata apabila mereka ditawarkan dengan harga yang murah bagi setiap pakej. Harga yang ditawarkan memang tidak dapat diberikan oleh pengusaha sebenar. Akibatnya, ramai yang telah menjadi mangsa dan hanya mengetahui mereka ditipu setelah mereka sampai di Jeti Pulau Langkawi.

Pada ketika itu, panggilan dari mangsa tidak lagi dijawab. Malah ada yang terus mematikan telefon untuk suatu tempoh. Ada juga yang menggunakan nombor tersebut untuk satu musim sahaja dan mereka akan menukar nombor lain bagi setiap musim. Jadi, berhati-hatilah. Usah terpedaya apabila anda ditawarkan harga yang jauh lebih murah. Jika tidak, anda mengkin mangsa seterusnya seperti gambar di bawah






 Jadi, sesiapa yang ingin melancong ke Pulau Langkawi dan memerlukan kenderaan pandu sendiri, bolehlah berhubung dengan nombor yang tertera seperti gambar di bawah. Ishaa Allah, anda tidak akan ditipu. Kalau nak dapat murah sikit, cuba beritahu kawan zul.






Sekian.....selamat bercuti

WowApp - Berhubung sambil menjana pendapatan

10 comments
Assalamualaikum w.b.t


Entri pertama dari penulis untuk tahun 2016 adalah berkaitan aplikasi oyang boleh kita gunakan untuk berhubung bersama keluarga, teman dan tidak mustahil untuk insan-insan yang tersayang.

1. WhatsApp - Semua orang sedia maklum dan penggunaan yang paling ramai sama ada di negara kita mahu pun luar negara. Salah satu sebab mengapa ramai orang gemar menggunakan WhatsApp adalah tiada iklan-iklan yang kadang-kadang menyakitkan mata apatah lagi membazirkan data dan bandwith walaupun pengguna akan di cas sebanyak US$ 0.99 untuk satu tahun. 




2. Telegram - Aplikasi yang hampir sama dengan WhatsApp tetapi mempunyai beberapa kelainan berbanding WhatsApp seperti bilangan pengguna telegram yang menjangkau sehingga 1000 untuk "group" selain boleh menghantar aplikasi dan file. telegram adalah 100% percuma dan tanpa ada paparan iklan. Kekurangan telegram berbanding WhatsApp ialah tiada fungsi panggilan iaitu "voice call". 

3.GBWhatsApp - Boleh dikatakan "clone" kepada Aplikasi WhatsApp dengan beberapa "setting" tambahan yang membolehkan kita "disable" atau "hide" beberapa fungsi seperti "blue tick", "cesond tick" dan lain-lain privacy . Aplikasi ini amat sesuai untuk golongan yang ramai "skandal". Apa yang menariknya dengan aplikasi ini adalah anda boleh menggunakan 2 WhatsApp dalam 1 smartphone. Sama seperti anda menggunakan 2 nombor dalam 1 telefon.



4. WeChat - Aplikasi ini mempunyai ramai pengguna dari golongan remaja. Mungkin kerana faktor permainan yang disediakan di samping mereka tidak perlu mempamerkan nombor telefon. 

Kesemua aplikasi di atas adalah percuma dan ada juga yang akan dikenakan cas apabila cukup tempoh. Aplikasi ke-5 yang penulis ingin perkenalkan juga mempunyai fungsi yang sama dengan 1 fungsi yang amat berbeza tetapi cukup mengujakan. 

Kita kerap melihat ramai pengguna di facebook mengiklankan simkad Tone Excel yang mampu menjana pendapatan hanya bermula dengan beberapa puluh RM sahaja asalkan kita mencari pengguna seterusnya yang didaftarkan dibawah kita.Walaupun pendapatan hanya dalam nilai sen-sen sahaja tetapi apabila rangkaian network kita besar, pendapatan juga turut berkembang. Begitu juga dengan aplikasi yang ke-5 bakal saya dedahkan. Cuma bezanya, anda tidak perlu mengeluarkan RM untuk menyertainya. Cukup sekadar daftar, download aplikasi, dan "invite" kawan-kawan untuk turut serta di bawah network anda.


 5. WowApp - Satu-satunya aplikasi sosial yang bukan sahaja menghubungkan kita dengan keluarga, rakan-rakan dan sesiapa malah kita turut dibayar apabila kita menggunakan WowApps dalam nilai USD. Penulis baru sehari mendaftar dan menggunakan WowApp dan dalam masa yang sama telah mengajak rakan-rakan untuk turut menggunakan WowApp. Lain-lain kelebihan boleh rujuk gambar di bawah.




Berikut akaun yang telah penulis daftar yang masih belum jejak tempoh 1 hari tetapi penulis telah mempunyai 17 rakan-rakan yang menyertai "network" penulis.



Dan ini hasilnya selepas 1 hari menggunakan WowApp dengan 19 rakan telah mendaftar di bawah network penulis.


Sama seperti pengguna simkad Tone Excel, makin ramai kita ajak orang, makin tinggi pendapatan yang kita perolehi. Yang penting usaha kita untuk terus mengajak rakan-rakan supaya turut menggunakan WowApp. Anda boleh buka laman WowApp untuk mendapatkan lebih maklumat. Untuk penjelasan lebih jelas bagaimana anda mampu menjana pendapatan dengan menggunakan WowApp, boleh klik link youtube di bawah
 
  

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK ANDA JANA PENDAPATAN SAMBIL BERHUBUNG DENGAN INSAN TERSAYANG, RAKAN TAULAN DAN KELUARGA.


ATAU KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TERUS REGISTER

Kembali dengan harapan baru

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.



2 tahun selepas entry terakhir penulis, klik di sini  penulis dengan penuh harapan menginginkan negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan terus maju dan makmur dalam memperjuangkan agenda UMNO demi agama, bangsa dan tanah air, dengan harapan rakyat akan semakin yakin dengan Barisan Nasional dan terus menyokong kerajaan yang sedia ada sekarang. Itu yang penulis impikan. Namun, hakikatnya tidak seperti apa yang penulis impikan.

Penulis akan kembali menulis menyampaikan apa yang penulis rasakan betul dan perlu untuk disampaikan. 

Penulis juga ingin nyatakan di sini bahawa penulis bukan lagi penyokong tegar kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Jika apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah, maka ia tetap salah dan harus diperbetulkan dan ditegur. Sebaliknya jika apa yang dilakukan oleh pembangkang betul, maka ia harus dipuji. Betul kita kata betul, salah kita tetap akan kata salah. Tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. 

Dengan kata lain, penulis berpendirian ATAS PAGAR. 

Kita berjumpa kembali di artikel akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca. 


Aku Kembali Kerana Aku Sayangkan Agamaku, Bangsaku dan Negaraku


p/s : Penulis ingin maklumkan di sini bahawa alamat blog telah bertukar daripada www.abelongthekacak.us kepada http://abelongthekacak.blogspot.com. Penulis tidak lagi menggunakan URL tersebut atas beberapa sebab.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET