Assalamualaikum w.b.t.
2 tahun selepas entry terakhir penulis, klik di sini penulis dengan penuh harapan menginginkan negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan terus maju dan makmur dalam memperjuangkan agenda UMNO demi agama, bangsa dan tanah air, dengan harapan rakyat akan semakin yakin dengan Barisan Nasional dan terus menyokong kerajaan yang sedia ada sekarang. Itu yang penulis impikan. Namun, hakikatnya tidak seperti apa yang penulis impikan.
Penulis akan kembali menulis menyampaikan apa yang penulis rasakan betul dan perlu untuk disampaikan.
Penulis juga ingin nyatakan di sini bahawa penulis bukan lagi penyokong tegar kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Jika apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah, maka ia tetap salah dan harus diperbetulkan dan ditegur. Sebaliknya jika apa yang dilakukan oleh pembangkang betul, maka ia harus dipuji. Betul kita kata betul, salah kita tetap akan kata salah. Tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.
Dengan kata lain, penulis berpendirian ATAS PAGAR.
Kita berjumpa kembali di artikel akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Aku Kembali Kerana Aku Sayangkan Agamaku, Bangsaku dan Negaraku
p/s : Penulis ingin maklumkan di sini bahawa alamat blog telah bertukar daripada www.abelongthekacak.us kepada http://abelongthekacak.blogspot.com. Penulis tidak lagi menggunakan URL tersebut atas beberapa sebab.
0 comments :: Kembali dengan harapan baru
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...