Telefon bimbit akan dibenarkan oleh KPM untuk dibawa ke sekolah untuk tujuan keselamatan pelajar tersebut. Tindakan dan keputusan yang dibuat ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat sama ada lebih banyak manfaat ataupun mudarat. Bila difikirkan dan dibicarakan soal keselamatan pelajar terutamanya pelajar perempuan dan kanak-kanak, penulis berpendapat telefon bimbit sememangnya wajar dibawa ke sekolah.
Namun, setiap perancangan dari akal manusia sememangnya tidak terlepas dari kekurangan dan kecacatan. Penulis berpendapat, lebih banyak keburukannya jika telefon bimbit dibenarkan dibawa ke sekolah.Sekarang mungkin kita tidak seberapa nampak tapi hakikatnya pasti sebegitu.
Contohnya seperti yang diutarakan dalam HarakahDaily.Net pada pagi ini. Walaupun tajuknya lebih kepada menyindir mungkin, apa yang ditulis ada betulnya seperti " Penyebaran gambar-gambar dan filem porno, leka bermain game dan berbalas sms dengan rakan ketika guru mengajar akan memburukkan disiplin sesbuah sekolah ". Gejala sebegini semestinya menular dengan pantas tanpa kawalan. Sila klik untuk bacaan lanjut.
Bagaimanapun, PAS dan HarakahDaily.Net telah mengelaskan pelajar-pelajar yang bukannya bersekolah di sekolah elit seperti MRSM dan sekolah berasrama penuh sebagai kurang berotak atau bahasa kasarnya BODOH.
Tidakkah mereka tahu, mereka-mereka yang "lebih berotaklah" yang kebiasaannya lebih banyak menimbulkan masalah berbanding yang "kurang berotak". Salah satu sikap yang hanya pandai menunding jari mencari mangsa untuk dipersalahkan dan tidak reti untuk muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.
***Nampaknya, mak ayah kena wat pinjaman la plak wat beli phone tuk anak2.

0 comments :: PAS kata "lebih berotak"
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...