Assalamualaikum w.b.t
Penulis tidak mahu membuang masa dengan menulis kata-kata aluan sebagai penyedap tulisan sebalik penulis mahu terus kepada pengisian. Artikel di bawah penulis ambil daripada satu page di facebook. Terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya bagi kita semua dan ianya sedikit sebanyak merungkai persoalan mengapa dan kenapa.. Teruskan bacaan anda.
_______________________________________________________________________________
1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah
minyak di dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12
($3.30) di dunia, mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara
yang paling murah di dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan
kenyataan ke-12 itu adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana
Malaysia yang menduduki di tangga ke-9 ($4.19)?
Ini tidak
termasuk kerajaan BN terbaru yang mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen
seliter dan yang paling penting Anwar HANYA BERJANJI sementara BN
merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak dalam Manifesto BN
2.Isu Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP:
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu
harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah
kerana fakta no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara
pengeksport minyak. Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual
minyak ke negara luar sahaja akan dijemput untuk menjadi sebahagian
daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90% daripada minyak harian yang
dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai oleh rakyat tempatan.
Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan menjual minyak
negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita tidak
diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.
Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong
sehari pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang
tahun 2020, negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan
minyak melebihi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di
dunia. Pada masa yang sama, permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7
juta tong sehari, paras terendah sejak tahun 2001.Harga minyak di
Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada lain-lain negara
pengeluar minyak di dunia dan negara-negara pengeksport seperti Iraq,
Sudan dan lain-lain.
3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP:
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara
pengeluar minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara
Norway tidak memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya
negara Norway menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan
seperti perkhidmatan pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan
untuk penambahbaikan infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang
tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyat mereka, akhirnya
menggunakan subsidi itu kepada pendidikan percuma. Di Malaysia, kadar
faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada kos
keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk
subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara
Malaysia lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan
kelebihan subsidi minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama
memberikan subsidi yuran Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.
4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika
Syarikat ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika
Syarikat, maka RM 40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat.
Namun rakyat dan ahli politik termasuk pembangkang tidak pernah
berjanji untuk menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, menghapuskan
tol dan banyak lagi janji bulan dan bintang yang tidak pernah dibuat
oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya 27% daripada cukai
pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan sebagainya.
Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara itu
sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka
berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda
boleh buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA
ANDA” - John F Kennedy
5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula
adalah 3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah
perkara biasa dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa
meminta kita tidak membandingkan dengan negara yang paling teruk
daripada kita, maka mengapa tidak kita hanya membandingkan semua ini
dengan 1 daripada negara utama dan terbaik di dunia iaitu Amerika
Syarikat?
6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang
hanya pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia
tidak mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika
Syarikat akan bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada
Amerika tentang apa yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang
Negara bukan hanya menyalahkan dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan
seperti mana DAP lakukan di Malaysia.
Hutang negara Malaysia
hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan fakta bahawa
hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan negara
sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib
mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian
Chua, Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita
palsu bahawa negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling
nyata dan tidak berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai
pelajar Malaysia dari SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan
pembohongan palsu ini
DAP tidak pernah sekali memberitahu kita
semua bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya
memberitahu bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita untuk
diberikan kepada anda itu dan ini serta menghapuskan itu dan ini tanpa
membincangkan secara kritikal atau rancangan yang teliti tentang
bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya kerajaan
Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan
tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.
7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR:
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri
adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4
tahun (selepas Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1
bilion hanya dalam masa 4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula
mencanangkan bahawa negeri mereka adalah “surplus state?”. DAP telah
memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang kepada kepada kerajaan
Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah BN maka
sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada
kerajaan perseketuan iaitu BN.
8.Rasuah:
Selepas PM Najib
Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan Korupsi
Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam
iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana
menunjukkan pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM
Najib razak serta dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan
rasuah seterusnya akan menduduki carta yang lebih tinggi dari ke-54
menunjukkan negara Malaysia jauh lebih bersih dari negara lain. Datuk
Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang
menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.
________________________________________________________________________________
Untuk bacaan selanjutnya termasuklah komen-komen dari pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang sila klik di sini untuk karya tulisan asal.
escorts in mumbai
mumbai escorts
delhi escorts
Blogger
Wednesday, July 31, 2013 at 3:40:00 AM GMT+8