Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

review samurai high school

Sebenarnya nak buat review tentang drama japanese yang aku tengok semalam dari episod 1 hingga episod 9 ( final ) tapi tak jadi la plak. Mau tido dulu lah...

isu semasa - rejim israel

Salam dan selamat sejahtera.

Sekadar memberi pandangan atas dasar pemikiran hamba sebagai orang muda yang mungkin akan dikatakan pendek akal atau yang seerti dengannya namun hamba rasa ada benarnya apa yang bakal hamba katakan. Walau bagaimanapun, terlebh dahulu hamba dahulukan dengan ucapan mohon ampun dan maaf di atas kekasaran dan keceluparan yang bakal diluahkan.

Terus kepada motif utama, sana-sini kita lihat, sana -sini kita dengar, dan sana-sini percakapan orang, mesti tidak lari tajuknya berkenaan dengan topik Semenanjung Gaza, rejim israel, serangan rejim israel terhadap konvoi sukarelawan, dan paling utama, penahanan rakyat malaysia yang turut menyertai misi konvoi sukarelawan tersebut.

Di kaca tv, berita terutamanya turut menyiarkan pelagai berita dan isu akibat tindakan rejim israel hingga diadakan tunjuk perasaan secara aman, bantahan secara aman oleh seluruh rakyat malaysia bahkan seluruh dunia. Turut di bentangkan isu dan dibahaskan di parlimen. Tapi cukupkah sekadar tindakan sedemikian? Cukupkah sekadar mengadakan tunjuk perasaan? Cukupkah sekadar bantahan demi bantahan diadakan? Cukupkah sekadar dibahaskan di parlimen?

Hamba cukup gembira dengan apa yang berlaku di Malaysia. Bukan setakat Malaysia, organisasi antarabangsa seperti OIC dan PBB turut mengutuk tindakan rejim israel? Tapi cukupkah sekadar hanya mengutuk? Cukupkah?

Cuba bayangkan jika konvoi-konvoi tersebut menyerang balas tindakan rejim isreal yang menyerang kapal yang dinaiki mereka, sudah pasti mereka yang menyertai konvoi tersebut digolongkan dalam golongan terrorist. Pasti mereka akan dibunuh tanpa sebarang tindakan yang diambil oleh kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Dunia pada hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa. Kuasa besar dunia; Amerika Syarikat hanya menjadi boneka kepada israel. Walaupun US berada di bawah pemerintahan obama yang kononnya ingin menjalinkan persahabatan dan hubungan dua hala dengan negara-negara islam. 

Umat Islam akhir zaman walaupun mempunyai penganut yang amat ramai, namun "kekuatan" tersebut sebenarnya tiada. Musuh Islam sedikit pun tidak berasa gentar. Bahkan mereka lebih berani.

Dengan keadaan sekarang, kita hanya mampu membakar patung presiden israel seperti yang dilakukan oleh ahli parlimen ibrahim ali, hanya mampu mengadakan tunjuk perasaan SECARA AMAN, hanya mampu mengutuk dan mengutuk tindakan rejim israel. Itu sahaja tanpa sedikit pun dapat mengubah keadaan dan pendirian rejim israel untuk terus bermaharajalela.

Dengan kata lain, baiki diri dan iman. Bertakwalah kepada ALLAH dengan melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA berpandukan SUNNAH Rasulullah. Nescaya ALLAH akan menanam perasaan gerun musuh-musuh Islam terhadap Umat Islam.

 
p/s : entri untuk diri sendiri..

tabiat

Another coming 112 hours,

Aku akan exam final untuk sem ni but apa yang aku buat sekarang? Aku tidak sedikit pun menyentuh nota-nota yang tak seberlambak budak-budak degree tapi boleh tahan lah.
Mungkin menjadi kebiasaan bagi aku, terdapat dua perkara yang sering dan selalu berlaku apabila aku akan exam.

1. PC rosak. Dan sememangnya dah rosak pun tapi telah aku baiki.
2. Akan berminat menonton. 

Ya!! aku sedang menonton sekarang. 1 anime ; one piece dan 1 jdrama. Boleh tahan jugak jdrama ni. Tajuk dia samurai high school. Disebabkan aku baru sahaja menonton, jadi masih belum dapat memberikan sinopsis. Ape-ape pun, aku layan jdrama dulu sementara 60GB one piece aku siap....
 

i'm stupid but why still using me? are you more stupid than me?

kali ini aku cume ingin bertanyakan kepada kamu semua tentang satu perkara. Ia bukan masalah atau apa pun sebenarnya. Cuma sekadar suka-suka dengan sedikit sindiran kot. Aku ada tertengok dalam list YM member-member aku, tapi salah satu status dari member-member yang online, ada satu status yang cukup menarik minat aku untuk bertanya.

Dari apa yang aku tahu dan paham, kira macam selepas di tanya lah, dia merupakan pengguna celcom broadband. statusnya berbunyi "CELCOM BODOH"

Lalu aku tanpa banyak soal, terus aku bertanya, :CELCOM YANG BODOH? HABIS MACAM MANA DENGAN ORANG YANG MENGGUNAKANNYA?"

Mungkin die sedikit beremosi dengan pertanyaan aku itu, tanpa belas kasihan terus aku di panggil BONGOK. Sememangnya dia dah marah la tu kan? Dari dulu hingga sekarang..perangai tetap tak berubah.

Apa yang aku ingin katakan ialah, kalo dah tau mende tuh BODOH misalnya, kenapa dari awal-awal lagi menggunakan celcom broadband? Tidakkah ini jelas menunjukkan ANDA seorang yang tidak membuat perbandingan terlebih dahulu? atau boleh juga aku katakan yang orang yang menggunakan celcom broadband itu LEBIH BODOH? 

Jangan kerana kita menyukai atau meminati dan memerlukannya sesuatu, kita terus menggunakannya dan membeli. periksa dahulu baik buruk, kelebihan, dan kesan-kesan. jangan sampai orang mengatakan ANDA LBEIH BODOH DARI SESUATU YANG ANDA KATAKAN BODOH WALHAL ANDA MENGGUNAKAN BARANG/ PERKHIDMATAN YANG  ANDA SENDIRI KELASKAN SEBAGAI BODOH. AMAT JELAS KEBODOHAN ANDA.


p/s : satu pertanyaan tidak sepatutnya dijawab dengan emosi. ngok!

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET