Amalan Mengelakkan Santau
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu akan diletakkan dengan bahan-bahan seperti miang buluh, kaca dan bisa besi. Bahan-bahan tersebut yang telah dimakan bersama-sama makanan/minuman akan memasuki perut dan akan melukakan bahagian dalam perut. Seseorang yang termakan racun santau ini akan mengalami muntah darah, pitam, pengsan dan boleh membawa kepada kematian
Adakah terdapat amalan tertentu yang dapat menghindarkan diri daripada terkena racun santau?
Caranya, (1) sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak 1 x.
(2) Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak 1x lagi
*Surah al-Quraisy:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لِإِيلَـٰفِ قُرَيۡشٍ (١) إِۦلَـٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ (٢) فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَـٰذَا ٱلۡبَيۡتِ (٣)
ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ (٤)
(3) Kemudian, bacalah doa ini:
(4) Setelah dibaca surah al-Quraisy dan doa di atas, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita, maka dibolehkan untuk meminumnya. Namun jika tidak ada bayangan wajah kita, sebaiknya tidak diminum air tersebut.
(5) Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca doa di atas. Jika terdapat racun santau, insyAllah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah S.W.T.
Wallahua'lam.
0 comments :: Hati-hati dengan SANTAU
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...