Berbalik kepada cerita asal yang ingin aku ketengahkan sebenarnya, aku baru sahaja lepas membaca entry dari kapten atuk yang dahulunya aku kenalinya sebagai fatt chin chow. Sehingga kini aku masih lagi memanggilnya dengan panggilan ah fatt. Dah terbiasa macam tu. Ceritanya berkaitan Khairul Fahmi Che Mat yang putus tunang.
Aku bersetuju dengan pendapat Ah Fatt yang mengatakan tempoh pertunangan adalah satu tempoh untuk kita memastikan keserasian antara kita dan bakal isteri. Jika dirasakan tiada keserasian, maka lebih elok diputuskan pertunangan tersebut untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Jika wujudnya kerasian, maka lebih elok dipercepatkan perkahwinan bagi mengelakkan timbulnya pelbagai fitnah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkenal dan menjadi perhatian orang ramai.
Okay, itu sahaja yang ingin aku taipkan pada Jumaat hari ini. Walau apapun, lakukanlah sesuatu kerja dengan niat yang ikhlas dan niat untuk beribadat. Maka hidup kita tidak akan rugi di dunia mahupun di akhirat kelak. Itu sahaja. Innamal a'mal lubin niat.
Drpd Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W tlh brsabda:
" Sesungguhnya sesuatu perkara itu bergntung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatkannya.Jika hijrahnya adalah karana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi,atau kerana wanita yang ign dikahwininya,maka hijrahnya adalah berdasarkan apa yang diniatkannya. "
0 comments :: GEMPAR!!! Rahsia disebalik putusnya pertunangan Khairul Fahmi Che Mat
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...