Alhamdulillah, aku sedar pagi tadi. Tengok-tengok aku masih bernafas. Bersyukur aku diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat dan yang penting diberi peluang untuk bertaubat, untuk mensucikan diri dari segala dosa-dosa kecil atau besar.
Ahad nanti, 28 November 2001, aku amat benci dan tidak suka akan kedatangannya untuk tahun ini. Mengapa? Ah...aku terpaksa memerah otak, terpaksa berfikir, terpaksa menjawab, terpaksa, terpaksa, dan terpaksa. Exam midterm lah, ape lagi kan?. Mengapala ada ujian dalam dunia ni..Hehehehe
Namun bila difikir kembali, hidup kita di dunia ini pun sebenarnya satu ujian. Ujian di mana untuk membuktikan apa yang telah roh-roh kita janjikan semasa di alam roh dan di alam rahim. Kita mengakui dengan penuh percaya bila ditanya siapakah tuhan kamu. Tanpa sangsi dan tanpa ragu-ragu kita menjawab Allah lah tuhan ku. Lalu kita diturunkan ke dunia untuk diuji. Adakah kita seperti yang telah kita janjikan dahulu.
Dari hari pertama lahir ke dunia, kita secara automatiknya berada di alam peperiksaan dan ujian. Untuk memastikan adakah kita akan seperti yang kita janjikan. Maka kita dilahirkan di dalam pelbagai jenis keluarga bangsa. Ada Cina, India, Melayu, English a.k.a mat salleh, Arab, siam, jepun, korea dan pelbagai bangsa yang lain. Dan untuk memastikan adakah kita seperti yang kita janjikan, maka kita dilahirkan di dalam pelbagai bentuk agama. Jika dilahirkan di dalam keluarga Islam, maka tentunya kita amat bertuah. Tiada kekangan dari mana-mana pihak. Kita bersyukur di lahirkan di dalam sebuah keluarga Islam, Ibu nya Islam, ayahnya Islam, datuk dan nenek juga Islam, maka kita secara automatiknya juga merupakan seorang penganut agama Islam.
Bagaimana dengan kita? Adakah kita berpuas hati dan cukup dengan hanya sekadar dilahirkan didalam sebuah keluarga Islam dan akhinya kita juga akan menjadi seorang Islam. Jangan kamu mudah lalai. Lahirnya kamu di dalam sebuah keluarga Islam, seorang Islam belum tentu kamu merupakan ahli Syurga. Kamu dijanjikan Syurga apabila kita taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Namun itu belum tentu akan menjadi asset untuk ke Syurga.
Pernah ada satu cerita, di Akhirat kelak , Allah mengatakan bahawa ka mu (semua umat manusia) akan memasuki Syurga dengan RahmatKU tetapi terdapat seorang ulamak/mualim telah mencabar dan mengatakan bahawa dia akan memasuki syurga dengan segala amal kebaikan yang dilakukan semasa berada di dunia. Lantas, Yang Maha Adil mula mengungkit (xsesuai digunakan perkataan mengungkit sebenar tapi terpaksa kerana aku tidak terfikir untk menggunakan perkataan apa yang lebih sesuai. maaf) semua kemudahan dan anugerah yang diberikan seperti mata, hidung, telinga, kaki, tangan dan lain-lain supaya dibayar. Akhirnya, si mualim tersebut terpaksa mengakui bahawa untuk ke syurga adalah melalui Rahmat Allah dan bukannya sebanyak mana amalan dan pahala yang dia ada..
Kita hidup di dunia semata-mata untuk menempuhi ujian dari Yang Maha Kuasa..Andai kita berjaya dalam ujian tersebut, maka kitalah orang yang berjaya sebenarnya. Walaupun kita bukannya mualim atau lebai atau tinggi ilmunya. Ujian dengan kata lain, sebahagian dari kehidupan kita sebenarnya.
p/s : ujian yang paling genting ialah ujian semasa menghadapi kematian. Datangnya Iblis laknatullah untuk menggoda dan menyesatkan sekalian manusia supaya kufur kepada Allah..
p/s : Doa kan aku melepasi ujian midterm yang tak seberapa ini jika ingin dibandingkan dengan ujian Allah.
p/s : Setiap manusia diuji dengan ujian yang sama tahap dengan imannya. Makin tinggi ilmu dan imannya, maka makin besarlah ujian yang menantinya.
pergh ko asal!!
ilimiah sgt nie .. abe long
bts
Anonymous
Saturday, November 27, 2010 at 1:56:00 PM GMT+8bts tuh ape wei?
Abe Long
Saturday, November 27, 2010 at 4:35:00 PM GMT+8