Assalamualaikum.....
Malam ni aku saja ja nak berkongsi dengan kamu-kamu semua berkaitan forex ni. Tak adelah banyak sangat pun. Boleh la dikira dengan jari tips-tips yang aku nak taip kat bawah ni..Korang janganlah segan-segan nak baca. Dah memang aku jenis yang suka menulis panjang-panjang dan merapu ntah ape ape ntah..hehehehe jom jom jom dan jo!
Forex..Siapa yang tidak mengetahui apakah itu forex? dan jika masih terdapat mereka diluar sana yang masih tidak meggetahui apakah forex,boleh kita kelas kan mereka sebagai amat ketinggalan zaman. Usah kita beri pelbagai alasan, jika ditanya pakcik-pakcik yang berumur 40-an pun, mereka mengetahui apakah sebenarnya forex.
Hari ini, forex amat popular dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan mereka yang mempunyai access internet. Amat mudah untuk mencari dan mengaut keuntungan pada masa sekarang. Tidak haranlah jika kita dapati ramai remaja-remaja yang mampu hidup mewah bergelimang bersama-sama wang ringgit. Ia merupakan satu petanda yang positif dan membanggakan. Kemudahan internet tidaqk dibazirkan begitu sahaja. malah ramai sahaja pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil kesempatan sedikit masa mengulangkaji pelajaran untuk bermain forex. Tidak banyak modal yang diperlukan. Cukup lah sekadar USD 100 atau RM300++ sahaja. Pengisian masa sebegini bagi saya adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Namun persoalannya, adakah Forex merupakan satu kegiatan yang sah dan halal di sisi agama?
Berdasarkan kepada pengertian jual beli, kita harus memahami tiga asas dalam kontrak jual beli.
1. Reda - penjual dan pembeli perlu redha dengan apa-apa yang dijual dan dibeli.
2. berpuas hati. - pejual mestilah berpuas hati dengan perolehan jualannya semetara pembeli pula berpuas hati dengan apa yang dibelinya.
3. adil - keduaa-dua pihak perlulah merasa adil dengan urusan yaang dijalankan.
Akibatnya, forex menjadi haram jika terdapat unsur-unsur ketidakpastian dan meragukan berdasarkan tiga asas kontrak jual beli yang dinyatakan di atas.
Melalui perbincangan ulama, Hampir 90% mengapa forex menjadi haram adalah disebabkan riba Menurut Shofian lagi, walaupun Islam mengharuskan jual beli wang namun umat Islam sama sekali tidak digalakkan memilih forex sebagai satu-satunya sumber pencaian utama. Ini kerana perdagangan mata wang tidak memberi sebarang nilai tambah seperti aset-aset yang lain. Eg: Tanah, emas, bangunan.
Harus diingatkan bahawa pelaburan forex berbeza dengan pelaburan saham. Ini kerana pelaburan forex berdasarkan nilai mata wang dan pelaburan saham pula berdasarkan bidang-bidang seperti penternakan, teknologi, perniagaan, pekerjaan, makanan dan lain-lain bidang yang sememangnya mempunyai nilai tambah.Menyentuh dari segi pelaburan emas, pelaburan emas turut berbeza dengan pelaburan forex. Ini kerana emas tidak akan menggangu orang lain sebaliknya forex akan menggangu dan menyusahkan orang lain dan ia terbukti jika forex dilakukan secara besar-besaran, akan menyebabkan berlakunya inflasi bukan sahaja di satu-satu negara bahkan di seluruh dunia. Buktinya ialah kemelesetan ekonomi dunia yang berlaki pada tahun 1997-1998. Ramai peniaga-peniaga bankrup dan ini bukankah dikatakan telah menyusahkan orang lain?
Oleh itu, Dr. Shofian Ahmad menegaskan," pelaburan haram akan menumbuhkan daging yang haram dan daging yang haram tempatnya adalah Neraka ".
p/s : Pada pendapat korang la kan...aku yang single n bujang ni, elok beli rumah dulu or kete dulu..? Coz 2-2 aku xde lagi. hahahaha
0 comments :: Tips main Forex!!
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...