Turun dari bas, ku juga mendapati keadaan yang sama berlaku. sehinggalah aku sampai ke library, tempat pertapaan aku sebelum masuk ke kelas. dan tika itu baru aku perasan mengapa orang ramai asyik memandang aku dan kadang-kadang ku lihat mereka seolah-olah membisikkan sesuatu dengan teman-teman mereka. ingin tahu apakah dan mengapa mereka memandang aku sedemikian rupa seolah-seolah mereka terpegun dengan kekacakan aku? tunggu di akhir entri yang ku taip ini.
*********************************************************
Aku sedikit hairan dengan cara kita orang melayu. bagaimana kita menentukan keturunan-keturunan. apa yang aku tahu, setiap keturunan ditentukan oleh pihak lelaki. bukankah begitu? contohnya seorang lelaki cina berketurunan Lee berkahwin dengan seorang perempuan cina berketurunan Tong, sudah tentunya nama keluarga perempuan tersebut juga akan ditukar kepada Lee or orang akan panggilnya mrs lee. dan anak-anak mereka juga akan mewarisi nama keluarga lee dan bukannya Tong. begitu kan?
Begitu juga jika perempuan cina berkahwin dengan lelaki india. keturunan yang berikutnya ditentukan pihak lelaki dan anak-anak mereka akan berbangsa india. dan sebaliknya jika perempuan india berkahwin dengan lelaki cina. keturunan yang seterusnya adalah berbangsa cina dan akan terus menggunakan nama keluarga pihak lelaki.
Unik kan kita bangsa melayu?
*****************************************************
Berbalik kepada persoalan aku diatas mengapa orang memandang aku semacam sahaja seolah-olah aku begitu kacak dan ensem. tidak aku nafikan aku sememangnya kacak ( kakakakakakakakakaka ) namun itu bukan penyebabnya. aku pun tidak tahu mengapa hari ini aku terlalu rajin untuk MEMBACA!!!! tunggu bas pun, aku membaca. dalam bas pon aku membaca, berjalan ke kelas pun aku membaca, masuk library pon aku membaca.
p/s : aku sememangnya seorang yang kacak dan ensem lagi rajin membaca!!!!!!!!!