Selang beberapa bulan selepas itu, mamamin sekali lagi meminta pertolongan aku. katanya setelah menukar layout, terdapat function yang hilang dan dia tidak tahu untuk memasukkannya semula. maka aku sekali lagi berbakti kepada mama angkat aku ini tanpa sebarang pertanyaan. sambil aku membantunya, dia menyuruh aku klik ke blog mamat nih kerana katanya ceritanya lawak-lawak. aku tanpa membantah walau sepatah terus mengklik.
aH..itu adalah sedikit kisah bagaimana aku boleh memiliki sebuah blog sekarang. semuanya gara-gara aku tengah boring dan kemudiannya membaca blog ah fatt yang membuatkan aku ingin mempunyai blog juga. dan aku berjaya
********************************************************
Setelah aku membaca entri yang di post kan oleh kawie mengenai pendapat sarjana russia terhadap Tun Dr. M, dan sedikit kaitan dengan buku yang di hasilkan oleh Tun telah membuatkan aku kembali bersemangat untuk menghabiskan bacaan buku dilema Melayu.
Aku terpaksa memulakan bacaan aku dari muka surat yang pertama. bagi aku, buku ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin memahami dan mendalami perangai , tabiat dan asal usul kita sebagai bangsa melayu. mungkin kamu akan terasa sakit hati atau marah apabila Tun mendedahkan tabiat negatif atau tabiat buruk yang dimiliki oleh kita semua. namun apa yang ditulis oleh Tun ade benarnya dan jika kita ingin berubah dan terus maju ke hadapan, kita perlu mengetahui apa kelemahan dan kuburukan yang ada pada diri kita sendiri. jika tabiat negatif itu tidak kita buang, selagi itulah kita tidak dapat berubah dan maju berbanding bangsa-bangsa lain.
Tidak hairanlah mengapa pada peringkat awal penerbitan buku ini telah diharamkan dari di pasarkan. tidak semua orang akan bersetuju untuk membuka pekung sendiri di khalayak ramai. namun itulah hakikatnya kita sebagai orang melayu.
Tidak perlu kita lihat pada bangsa lain, sudah cukup jika kita lihat sifat hasad dengki yang ada pada orang melayu. mereka tidak senang melihat seorang melayu yang lain lebih kaya atau senang dari mereka. bahkan meraka akan bersorak jika seorang melayu yang kaya tiba-tiba jatuh miskin atau muflis. contoh tersebut sudah jelas menunjukkan bagaimana kita orang melayu akan maju jika sifat hasad dengki ini terlalu menebal. dalam islam juga ada mengatakan, sifat dengki itu harus lah ke arah kebaikan dan membangun. contohnya, kita harus "berdengki" dengan orang lain jika mereka lebih banyak beribadat dengan kita sepatutnya melakukan ibadat yang lebih dari orang lain. maksudnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan ibadat. bukannya dengan menganiayai meraka apabila perniagaan mereka lebih maju dari perniagaan kita.
p/s : bacalah buku dilema melayu dan darah kamu akan mendidih untuk menangkis apa yang tertulis di dalam buku tersebut.
p/s : maafkan aku jika terasa....
p/s : maafkan aku jika terasa....