abe zul : aku rasa lepas spm nanti, aku nak cari kerja la. bantu ayah aku dan keluarga aku.
Amir, cik kiah dan samad hanya tunduk memandang ke bumi. menguis-nguis tanah seolah-olah terdapat emas di dalamnya.
abe zul : aku doakan semoga kamu semua berjaya.
cik kiah : sayang lah kalau macam ni abe zul, kamu pelajar paling bijak di antara kami. kamu ada masa depan yang cerah.
samad : betul tu, ko paling bijak di antara kami bahkan ko paling bijak antara pelajar tingkatan 5.
cik kiah : aku kadang-kadang cemburu dengan pencapaian dan bijaksanaan kamu tapi mungkin ini kelebihan yang kamu ada.
abe zul : bijak pun tak guna juga. paling tinggi aku boleh, setakat sijil spm je. nak sambung ke menara gading, keluarga aku mana mampu. harta pun takde.
************************************************************************
Namun, sudah ditakdirkan nasib setiap makhluknya. demi membantu golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memulakan langkah dengan penubuhan PTPTN atau nama panjangnya perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional.
Tertubuhnya PTPTN ini, ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah boleh menyambung pendidikan mereka ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah, master dan pHD. pinjaman diberikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran berbanding orang-orang yang berada. peningkatan pelajar-pelajar melayu di institusi pengajian tinggi berlipat ganda. ibu bapa tidak lagi perlu menjual harta seperti tanah, lembu, kambing untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka.
Kesannya, ramai graduan-graduan ijazah dapat di keluarkan terutamanya graduan melayu dan seterusnya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. kesannya, ramai doktor melayu di lahirkan, ramai akauntan melayu di lahirkan, ramai guru-guru melayu dilahirkan, ramai jurutera-jurutera pelbagai bidang dilahirkan. ramai cendekiawan-cendekiawan melayu dilahirkan.
Dan kesan yang lebih besar ialah orang melayu bertambah maju dan maju dan maju.
NAMUN, kemajuan yang dicapai atas usaha pemberian pinjaman PTPTN tidak diingati. dengan kata lain, hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka yang ikhlas berterima kasih dan yang selebihnya????
MALAH, mereka menuduh PTPTN seperti lintah darat ( mungkin benar ) yang mengambil kesempatan dalam pemberian pinjaman dengan mengenakan interest yang tinggi. tidakkah mereka tahu, pekerja-pekerja yang bekerja di PTPTN itu juga memerlukan pendapatan untuk membiayai keperluan hidup mereka? tidakkah mereka tahu jika tiada sedikit interest maka modal yang disuntik akan semakin berkurangan dan apa akan jadi kepada generasi akan datang terutamanya golongan yang tidak mampu seperti mereka dahulu? malah ada yang memberi nama baru ptptn iaitu PTPTIPU. aH.. betul ke ptptn tipu kamu? bukan ke kamu yang tipu ptptn? ada juga yang gantikan ptptn kepada drakula..wow!!!
Mungkin peminjam yang tak nak bayar PTPTN ni sebab ilmu tu takleh dilihat, dipegang dll (intangible). sebab tu tak ramai nampak manfaatnya. kalo loan kete, rumah dll biasanya org takkan wat bodo coz memang kite nampak & dapat rasa.
Apa-apa pun, kita perlu lihat sudut positif setelah ptptn ditubuhkan. wujudkah peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika tanpa ptptn? jika generasi sekarang mungkin jawapannya YA!! tapi generasi ayah dan ibu kita? atau generasi diantaranya? bantuan diberikan disebabkan kita perlukan bantuan dan apabila bantuan diberikan, kita tidak bersyukur. bantuan yang diberikan membebankan? jadi mengapa semasa kamu memohonnya dahulu tidak kamu fikirkan terlebih dahulu yang ptptn ini membebankan? kerana adanya interest? mana ada didalam dunia ini bantuan diberikan secara percuma. sekurang-kurangnya sedikit imbuhan diperlukan untuk tujuan perlaksanaan.
Kita orang melayu yang halus budi bahasanya. kita orang melayu beragama islam, diajar untuk BERTERIMA KASIH kepada orang atau pihak yang membantu kita.
p/s : jika kamu ingin hentam aku cukup-cukup, silakan dan aku alu-alukan. itu hak kamu.
p/s : TAPI KAMU PERLU INGAT!!! KEJAYAAN YANG KAMU KECAPI SEKARANG ADALAH INISIATIF KERAJAAN YANG MEMBANTU KAMU.
p/s : jika kamu katakan aku pro kerajaan.. ade aku kisah?