Ok..inilah sepupu aku iaitu anak sulong kepada makcik dan pakcik aku. Oleh kerana namanya agak panjang, jadi aku tak ingat siapakah nama budak kecik yang comel ni. Hehehe maap na makcik dan pakcik.
Mula-mula jumpa, bukan main sombong lagi budak kecik ni. Langsung tak tegur aku. Tapi aku tak kisah pasal dia kan budak. Takkan la itu pun nak berkira jugak kan? Biar je lah. Kata mak nya, perangainya memang sebegitu. kebiasaannya, selepas 30 minit dan apabila dia sudah kenal. Maka sifat friendlynya akan terserlah dan akan lebih menyerlah lagi. Dan sememangnya terbukti.
Setelah terkeluar perkataan " abang " dari mulut si comel ini. Maka keakrabannya cukup terserlah. Dia memang rapat dengan aku. Cukup mesra dan apa yang aku tak tahan sekali, kemesraan yang ditunjukkan jika seseorang tidak tahan dengan perangainya sudah pasti akan " gila ". hahahah tapi aku ok je. Dan aku pun memang sukakan budaknya.
Si jejaka kacak dan si kecil manis dan gedik. Hahahahaha
hehe alamak sweetnya budk kecik tu ;)
Unamn
Monday, February 21, 2011 at 7:02:00 PM GMT+8