Salah satu daripada dua buah kegemaran aku ialah durian. Wah...raja buah tu. Aku masih ingat ketika aku masih bersekolah awal menengah di Rantau Panjang, Kelantan. Setiap kali musim buah durian, harganya memang murah. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang jauh beza harganya.
Sekarang, jika ingin membeli durian kampung contohnya, amat payah sekali ingin berjumpa dalam bentuk selonggok RM10. Jika ditanya, RM10 juga tapi untuk satu kilogram dan bukannya selonggok. Memang juah bezanya. Satu biji pun dah menjangkau hampir RM20 atau lebih jika buahnya besar. Betapa nilai wang sudah rendah jika dibandingkan dengan dahulu.
Aku masih ingat. Jika dibawa RM50, jika pergi ke Jeli, kamu boleh membawa pulang buah durian satu bonet kereta. Malah jika satu guli 50kg, harganya kadang tidak mencecah pun RM40. Dan jika kamu bawa nilai wang yang sama, dengan RM50 tu, belum tentu kamu boleh membawa pulang durian walaupun 5 biji.
p/s : untung mereka-mereka yang mempunyai dusun durian. Freeeeeeeeeee je kan?
KEPADA YANG BERKENAAN
APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha. tanam satu pokok depan rumah ko
Anonymous
Saturday, May 7, 2011 at 8:40:00 PM GMT+8erkk..entry durian?? hehehe...
ala,ini semua kerana MINYAK!! haha
xmasal...
Nurshafiraamin
Sunday, May 15, 2011 at 9:47:00 PM GMT+8