Bukti? Aku pernah dengar ceramah daripada pegawai yang menganjurkan kursus burung walit. Mengapa beliau mengatakan perusahaan sarang burung walit amat sesuai dengan perangai dan tabiat orang Melayu?
5D - Duduk Diam Diam Dapat Duit.
Kerana formula 5D tersebut, ia dikatakan amat sesuai dengan tabiat dan perangai orang Melayu. Tak nak kerja banyak, malas kerja berat-berat, tak nak kerja lebih masa sebaliknya nak kerja yang paling ringan,paling senang dan paling mudah tapi nak pulangan yang lumayan.
Lagi satu, orang Melayu kalau boleh semua nak semua barang free. Nak tau mengapa saya cakap macam tu? Baca keratan di bawah....
" Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengulangi tuntutan rakyat supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma. "
" DPPWP juga, katanya menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun.
“Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai,” katanya.
Tambahnya, dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.
Dalam bab yang lain, katanya DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara.
Ini, ujarnya kerana DPPWP melihat kos pengajian di dalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara.
“Berdasarkan pengalaman alumni universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar di dalam negara,” katanya. "
Jadi, salahkah kalau aku berkata sedemikian? Adakah aku saja-saja mereka cerita?
p/s : untuk bacaan yang lebih jelas, sila klik di sini..
0 comments :: kalau aku kata Melayu Malaysia pemalas..korang marah tak?
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...