Mula-mula nak bagitau, saya bukan doktor. Dan boleh juga dikatakan sebagai tidak layak untuk bercakap tentang ilmu kedoktoran. Walau bagaimanapun, dari segi perspektif dan pandangan selaku orang luar, ada juga pentingnya.
Ya!! Aku memang sukakan drama kedoktoran ini. Satu jalan cerita yang pada pendapat aku cukup menarik. Dan aku rasa, semua doktor harus mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang ditonjolkan dalam drama tersebut.
1. Tidak akan membiarkan pesakit yang memerlukan pertolongan.
2. Tidak akan berputus asa walaupun peluang untuk diselamatkan cuma sekadar 1%.
3. Pesakit diutamakan dengan memberi rawatan dan perkhidmatan yang terbaik.
4. Tidak menjadi seperti sesetengah orang yang hanya mementingkan wang dalam memilih pesakit.
5. Lagi? sila fikir sendiri
Apa-apa pun, bagi aku, selain kerja seorang guru yang cukup mulia, kerja sebagai doktor juga tidak kurang mulianya.
Jadi, kepada anda-anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, atau sedang dalam pengajian ilmu perubatan atau seorang pelatih doktor atapun anda sememangnya seorang doktor, saya rekemenkan 2 drama dari Jepun ini untuk anda tonton.
1. Godhand Teru
Walaupun drama ini berpandukan kepada anime, tapi apa yang penulis cuba sampaikan boleh kita ambil sebagai panduan. Kita semua tahu, kita bukan tuhan, dan semestinya bukan kita yang menentukan mati hidup seseorang. Namun, sikap tidak mudah menyerah kalah, tidak mudah putus asa sebaliknya sedaya-upaya berusaha untuk menyelamatkan nyawa manusia.
Bagi aku. jalan cerita yang agak menarik walaupun terdapat aksi dan sedutan yang mungkin boleh diklasifikasikan sebagai sedikit dongeng. Tidak mungkin manusia mempunyai tangan tuhan. Kan? Jika anda berminat untuk menonton, sila download dari link-link yang disediakan di bawah.
2. Iryu, Team Medical Dragon
Ia mempunyai tiga musim setakat ini dan musim yang ke3 mula disiarkan pada awal Januari 2011. Rasanya tidak perlu aku banyak songeh, jika anda ingin menonton, jangan segan-segan, jangan silu-silu. Boleh klik di link-link di bawah.
- Season 1
- Season 2
- Season 3
Apa yang boleh saya katakan, anda tidak akan berganjak untuk mengetahui kisah-kisah yang selanjutnya. Wonderful skill !!!!
Hahaha... Dr. HOUSE x der ke... X pun Grey Anatomy... Ke ER kerr... Hahaha :D
my etech9[dot]com @ Enchik Nine
Enchik Nine
Monday, June 27, 2011 at 10:55:00 PM GMT+8salwa buat GA. jemput tuan rumah jenguk hadiah. kalau nak jadi sponsor, bagitau okay?
:)
http://salwaismail.blogspot.com
Unknown
Tuesday, June 28, 2011 at 6:09:00 PM GMT+8semua ciri2 tu ada tapi yang no 4 tu fail la
mamai
Wednesday, June 29, 2011 at 12:39:00 AM GMT+8