Assalamualaikum..w.b.t.
Bertemu lagi nampaknya ita pada hari ini. Alhamdulillah, penulis masih lagi dipanjangkan umur dan masih diberi peluang untuk menulis pada kali ini.
Jam 12.20 tengah hari tadi, kelihatan Perdana Menteri kita Ds Najib keluar dari Istana Negara setelah mengadap Yang Dipertuan Agung. Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar apakah yang dibincangkan ataupun disampaikan oleh PM kepada YDPA. Adakah berkenaan dengan pembubaran parlimen ataupun berkenaan isu di Lahad Datu.
Sebelum penulis mengulas lanjut, marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara yang telah gugur ( yang bergama Islam ) dalam mempertahankan negara yang tercinta dan marilah sama-sama kita berdoa moga Malaysia, akan terus aman dan damai.
Berkenaan dengan bilakah Parlimen akan dibubarkan, itu terserahlah kepada keputusan Perdana Menteri dengan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agung. Rata-rata rakyat Malaysia, sudah tidak sabar untuk menyatakan sokongan kepada parti-parti pilihan mereka dengan menzahirkan sokongan mereka di atas kertas undi kelak. Jika penyokong pro kerajaan, tidak kisahlah bila pun kerana parlimen akan terbubar dengan sendirinya dalam masa terdekat jika PM kita masih tidak mahu membubarkan Parlimen.
Manakala bagi pembangkang pula, mereka seolah-seolah panas punggung tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya. Kita lihat, sejak Januari 2012 lagi, pelbagai khabar menyatakan tarikh-tarikh yang PM akan bubarkan Parlimen. Dan sehingga sekarang, belum pun dibubarkan lagi. Mereka yang mengwar-warkan yang PM akan mengumumkan pembubaran Parlimen dan apabila tiba tarikh tersebut, tidak juga diumum-umumkan. Maka mereka menyatakan bahawa Ds Najib tak dak teloq, penakut, konon-kononnya Ds Najib mengetahui bahawa semua rakyat telah menolak kepimpinan beliau dan UMNO dan Barisan Nasional.
Maka hari demi hari mereka menyerang dengan pelbagai soalan seolah-olah mendesak supaya pilihanraya diadakan. Pelbagai tohmahan dilemparkan.
Apa yang penulis mahu katakan ialah, bilakah parlimen akan dibubarkan, itu terserahlah kepada Perdana Menteri Ds Najib yang tentukan. Sama ada sekarang ataupun beliau memilih untuk bubar secara automatik pada bulan April nanti. Itu KERJA PERDANA MENTERI dalam menentukan tarikh pilihanraya setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agung. Bukannya kerja anda-anda semua. Kerja anda adalah kempen dan pangkah mana-mana parti yang anda semua mahu. BN kah, PAS kah, PKR kah, DAP chauvinist Kah, itu terserahlah kepada anda menentukannya. Itulah KERJA ANDA SEMUA, MENGUNDI DAN MEMANGKAH. Bukannya membubarkan Parlimen.
Usahlah jadi seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz di dalam video di bawah. " Kerja tuhan die nak buat, yang kerja dia, dia tak buat. "
ya...mmg btol itu kerja PM nak bubar bila PARLIMEN.....tapi yang menentukan siapa yang patut berada di dalam PARLIMEN adalah rakyat jelata...rakyat bukan memangkah dan mengundi tanpa tanpa tujuan...yang pasti untuk memilih orang yang bakal mengubal undang2 yang adil untuk kesejahteraan semua di PARLIMEN...jadi tarikh untuk PM bubarkan PARLIMEN juga adalah hak rakyat untuk mengetahui...
keyon
Wednesday, March 13, 2013 at 9:08:00 PM GMT+8keyon mu faham tak.. berapa kali nak cakap ?
MR a.
Thursday, March 14, 2013 at 9:09:00 AM GMT+8Kalau nak pilihanraya cepat, suruh la Khalid Gagap pi bubarkan DUN Selangor hari ni. Sebelum raya cina dulu bukan main bangga kata akan buat pengumuman mengenai pembubaran DUN Selangor lepas Chap Goh Mei....
Wei penganut PR, Chap Goh Mei aku rasa dah boleh sambut sampai 3 kali lepas Chap Goh Mei pertama dulu, mane dia pengumuman dari Khalid gagap??? Apakah dia pun TARAK TELOQ??? PENAKUT???
mohammad azren fooldog PH yg bahalol
Thursday, March 14, 2013 at 9:56:00 AM GMT+8