Assalamualaikum..w.b.t
Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat penulis apabila penulis terbaca keratan ini di facebook. Penulis bukan berniat untuk menghina Ulama, cuma sekadar berkongsi pendapat apa yang penulis fikirkan.
Menghina Ulama sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Apatah lagi Ulama itu dikatakan sebagai pewaris Nabi@Rasulullah. Pewaris yang mewarisi Ilmu Rasulullah, Akhlak Rasulullah, Kebijaksanaan Rasulullah. Mengapa penulis menggunakan Nama Rasulullah dan bukannya Nabi? Semestinya kerana kita, Umat Rasulullah, Umat Nabi Muhammad S.a.w. selaku umat akhir zaman. Kita bukan sekadar tidak digalakkan menghina Ulama, bahkan DILARANG sama sekali. Itu adalah hakikatnya.
Persoalannya, ULAMA yang bagaimana itu?
Penulis akui, ilmu yang ada pada penulis semenangnya tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada Ulama tersebut. Jauh sekali untuk menandingi dengan beliau. Namun, adakah begini kata-kata yang harus keluar dari mulut seorang Ulama terhadap Rasulullah?
Lihat pula video di bawah ini. Malah Ust. Kazim juga dicela dan diserang gara-gara membetulkan apa yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Jika kita fikirkan betul-betul, sepatutnya manusia di bawah ini telah lama dijatuhkan bala dari ALLAH kerana konsisten menentang apa sahaja ( yang tidak benar, tidak adil ) yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz sejak dahulu lagi termasuklah mengarahkan Tok Guru supaya tidak melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Sepatutnya beliau telah lama dijatuhkan bala dari ALLAH s.w.t. Jadi, lihatlah, fikirkanlah, adakah selama ini apa yang ditentang oleh manusia di bawah ini betul atau tidak.
Maka, fikir-fikirkan lah. Kita semua cuma hamba ALLAH yang hina, tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan kekhilafan. Begitu juga dengan Nik Aziz, beliau cuma sekadar seorang hamba ALLAH yang hina.
0 comments :: Tun Mahathir sepatutnya dah lama terima bala gara-gara menentang Nik Aziz
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...