KEPADA YANG BERKENAAN
APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.
Assalamualaikum w.b.t.
Tahniah kepada Barisan Nasional a.k.a Better Nation katanya di atas kemenangan dan terus menjadi pemerintah di Malaysia. Semoga DS Najib memberi perhatian yang lebih kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang memberikan sokongan yang padu yang menyebabkan BN terus memerintah negara. Jika DS Najib mahukan sokongan yang lebih daripada sekarang, bantulah mereka yang menyokong DS Najib. Jangan diabaikan mereka sehingga mereka berkecil hati, jika tidak buruk padahnya DS Najib.
Kali ini penulis ingin meng"entri"kan petikan daripada salah seorang rakan facebook. Artikel ini berkenaan dengan GST iaitu Good and Service Tax. Bagaimana GST berfungsi dan dalam masa yang sama akan menurunkan sedikit harga barangan.
____________________________________________
Asssalamualikum,
salam sejahtera. Akhirnya, wa terpanggil untuk mengulang tentang isu
GST yang sibuk diperkatakan ketika ini. Sebenarnya wa malas mau layan
sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus
kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia
yang sedang panas tidak bertambah terbakar.Tapi apakan daya, wa tak
dapat menahan gelora di jiwa ini untuk membincangkan hal GST ini. dan
untuk makluman, sehingga 9/5/2013 2.58p.m GST masih belum dilaksanakan
di Malaysia. Sebelum itu, dinasihatkan POST mengandungi sepanjang 800
patah perkataan. Tidak sesuai bagi mereka yang MENGANTUK.
------------------------------------------------------------------------------------------
PERTAMA, APAKAH ITU GST?
Ringkasnya, GST ataupun Goods and Service tax ini dilaksanakan ke atas
barangan dan perkhidmatan, tetapi ada pengecualian antaranya dalam
kesihatan, pendidikan, makanan, pengangkutan dan perkara-perkara asas
yang lain. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang
sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika
diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula
dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan
restoran. Jadi bila GST diperkenalkan, CUKAI JUALAN atau CUKAI
PERKHIDMATAN akan dihapuskan.
-------------------------------------------------------------------------------------------
NEGARA MANA YANG DAH LAKSANAKAN GST?
Antara negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand,
Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini
waktu ini ialah Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar
sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.
Bukan di
Asia sahaja, malah negara-negara besar yang lain turut menggunakan
sistem GST ni atau turut dikenali sebagai VAT (Value Added Tax) dan
kadar mereka lebih tinggi contohnya UK 20%, Australia 10%, NZ 10%, China
17%. Kalau tak percaya uolls boleh rujuk di sini http://www.worldwide-tax.com/#partthree
Sehingga MAC 2012, kadar GST yang dicadangkan di Malaysia adalah 4%.
--------------------------------------------------------------------------------------------
KENAPA PERLU DILAKSANAKAN GST?
2010, Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada
mengeluarkan laporan bahawa hanya 1.7 juta rakyat Malaysia daripada 8.5
juta yang berdaftar di LHDN iaitu bersamaan dengan 6% yang membayar
cukai. Mana pergi yang lain? Mereka..Lari..
------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh paling mudah, yang boleh wa tunjukkan ialah individu-individu
yang membeli kereta mewah/import di Malaysia ini. Laporan 2011, AUDI
(927 unit), VOLVO (1006 unit), LEXUS(1711 uniit), PORSCHE (415 unit),
MItsubishi (12053 unit) dan lain-lain.
Pembayar cukai top bracket = 40,000 individu
Jualan model kereta yang berharga tinggi adalah berjumlah 206,250 buah
Jumlah pembelian kereta mewah tinggi tetapi pembayar cukai top bracket masih lagi rendah?
Jadi, mana pergi mereka-mereka yang selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab membayar cukai?
Ini namanya lari cukai……dengan pelaksanaan GST. Tiada istilah lari untuk mereka semua ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Selain itu, dengan terlaksananya GST kelak :
i)cukai pendapatan boleh diturunkan
ii)cukai korporat boleh boleh diturunkan
iii)Kerajaan Malaysia boleh memperolehi RM6.3 bilion (dengan kadar 4%)
iv)Sekarang ini Singapura mengenakan GST sebanyak 7%. Kalau Malaysia
ikut kadar yang sama seperti Singapura, Malaysia berjaya mempeorlehi
pendapatan sebanyak RM25.7 bilion
Itu kalau kerajaan Malaysia nak ikut, tetapi sehingga MAC 2012 kadar GST yang dicadangkan ialah 4%
------------------------------------------------------------------------------------------
BAGAIMANA IANYA DILAKSANAKAN??
Seperti yang kita tahu, semua barang yangg kita beli memang sudah
bercukai, iaitu cukai jualan 5 atau 10 % atau kadar spesifik utk bahan
api, dan cukai perkhidmatan 6%. DAN BILA atau ANDAI KATA GST ini
dilaksanakan, ianya akan mengganti kedua-dua jenis cukai ini. BUKAN
SEBAGAI TAMBAHAN CUKAI BARU!!
CONTOHNYA, air mineral SPRITZER
(botol besar) berharga RM2.80 adalah termasuk cukai jualan 5%. Jadi,
bila GST dperkenalkan, harga air mineral SPRITZER ini akan berharga
RM2.66. LIHAT. Ianya menjadi semakin rendah. Sebab apa? Cukai jualan 5%
telah ditolak dan GST dikecualikan pada air Spritzer sebab ianya adalah
makanan asasi.
dan lagi satu, GST akan dilaksanakan bersekali
dgn Anti-profiteering Act yang akan menghalang peniaga dari mengambil
kesempatan dgn meletakkan harga sebelum cukai sekali dgn cukai sedia
ada.
--------------------------------------------------------------------------------------
KENA MENGENA DENGAN PRU 13? SEBAB BN MENANG?
Ingat, sebelum kita gunakan hak bersuara marilah kita gunakan hak
berfikir yang ada. Kalau kita follow berita-berita semasa atau pun
sekurang-kurangnya kita kaji balik berita-berita berkaitan yang
terdahulu, GST ini bukan tetiba nak dilaksanakan. Bukan kes BN menang
PRU 13, terus nak buat. Bukan ya.
Sejak 2005 lagi, Pak Lah
telah mencadangkan tentang GST ini semasa pembentangan Bajet 2005.
Lihat. dan 7 tahun, tetapi masih belum dilaksanakan. Kalau betul mereka
lapar duit rakyat, sejak 2008, PRU 12, mereka dah boleh laksanakan, dah
boleh makan duit kita. (hehe. typcal Malaysians attitude) Tetapi tak,
mereka tak laksanakan lagi sebab banyak perkara yang perlu diambil kira.
Masih banyak lagi implikasi-implikasi buruk yang bakal terjadi jika GST
ini tidak dikaji dengan betul sebelum dilaksanakan. Sebab hakikatnya
GST adalah satu sistem yang sangat kompleks. Ya betul, tiada satu pun
cukai di dunia ini yang tak membebankan.
FRANKLY SPEAKING,
betul, mungkin niat wa tulis panjang lebar ini adalah untuk backup
kerajaan tetapi itu hanyalah 10% sahaja dari niat wa. Lagi 80%? 80% lagi
sebab wa cuma tak berapa gemar melihat insan-insan yang wa sayang terus
hidup dalam keadaan tak tahu.Maksud wa di sini ialah mereka marah
dengan sesuatu yang mereka tak tahu. Seakan-akan hidup dalam kegelapan.
Confirm, ini penangan kes "blackout" lah ni.hehe.
Insyallah,
kalau wa rasa wa dah bijak sangat dan tak perlu study untuk exam, wa
akan bincangkan keburukan GST ni. Standarlah. Setiap benda ada baik dan
buruknya.
Akhir kata dari wa, Salam 5 Tahun Lagilah!
(frasa "5 Tahun Lagilah!" boleh dibaca di dalam intonasi gembira, sinis, sedih atau pun marah. It is your right.)
______________________________________________
Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda semua dalam memahami apa itu GST yang sebenar. Usah termakan dengan hasutan oleh pembangkang yang hanya mahu menjadi pemerintah, mahu menjadi perdana menteri. Unuk memberi tekanan kepada kerajaan yang baru di beri mandat, mereka (pembangkang) seboleh-bolehnya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia agak ke jalanan untuk membantah dan berdemontrasi. Tetapi mereka lupa bahawa bukan semua rakyat Malaysia akan tertipu dengan hasutan mereka.
Sekian....
0 comments :: GST, adakah menguntungkan rakyat?
Post a Comment
ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...